Tumgik
#marabersamaislam
hamassyujaiy · 4 years
Photo
Tumblr media
Hangat betul Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekarang dengan isu berkaitan Dong Zong ya. Nampaklah yang ramai rupa-rupanya yang masih sayang dan menaruh hati terhadap GAMIS. Sungguhpun begitu, saya dengan tetap tenang dan kekal selamba terus sahaja mahu menyebarkan ‘propaganda’ GAMIS; kali ini menerusi pertentangan mata bersama penyumbang Kata Pengantar bagi adikarya “30 Tahun GAMIS” yang berjudul “Kampus, Kemahasiswaan, dan Keperihalan Sosial” di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Alam Melayu (ISTAC) tengah hari tadi saat alam sedang dilitupi semarak gerhana. Alhamdulillah, saya mewakili barisan kepemimpinan GAMIS ingin mengucapkan “jazakumullah al-khayr” buat Profesor Dato' Paduka Mohamad Abu Bakar, Penyandang Kursi Sultan Mizan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merangkap pengarang magnum opus “Mahasiswa Menggugat” (1973) atas kesudian menintakan secebis kata yang sungguh berharga bagi menyempurnakan penulisan naskhah “30 Tahun GAMIS” ini. Bukan sekadar itu. Malahan, Prof. Mohamad berbesar hati pula menerima hadiah karya yang tidak seberapa ini daripada kami buat simpanan dan koleksi kutubkhanah Prof.. Subhanallah! Kami kira, hal ini merupakan suatu penghargaan yang amat besar lagi bermakna buat kami para mantan dan pimpinan GAMIS dalam memastikan pembawaan idealisme mahasiswa Muslim ini berjaya menusup jauh ke tengah-tengah lubuk masyarakat. Semoga Allah senantiasa merahmati segala kerja buat ini demi Islam yang menjadi nadi kehidupan setiap daripada kita. Ha, Prof. Mohamad pun sudah memiliki buku ini. Kalian yang membaca hantaran ini tidak rasa tergugatkah? Ayuh dapatkan buku ini daripada kami hari ini juga! — AHMAD MUHAIMIN BIN AHMAD SAFARUDDIN Penyunting, Buku 30 Tahun GAMIS. #BukuGAMIS #JubliMutiaraGAMIS #GAMIS2019 #GAMIS2020 #MaraBersamaIslam #DemiIslamMahasiswaBangkit (International Institute Of Islamic Thought & Civilisation (ISTAC)) https://www.instagram.com/p/B6h8La-lyY_/?igshid=276yda9zpo14
0 notes
hamassyujaiy · 5 years
Photo
Tumblr media
Hatiku kembali tersentuh Membisik untuk pulang ke sana Di bayu pergunungan itu Di laman kedamaian kita
Biarpun kujauh di sini Namun tak pernah lupakanmu Itulah sebagai tandanya Di dasar sanubari ini Hanya kau yang amat kusayang
Andai kaudengar lagu ini Walau di mana dikau berada Yang hidup atau yang telah tiada Mengertilah wahai saudaraku Dikaulah yang amat kurindu Yang kusayang buat selamanya
Tapi apalah daya diriku Tak terucap lagi di bibir Walau air mata mengalir Kutabahkan demi mereka Kerna kutahu ku 'kan pulang jua
#GAMIS2019 #GAMISDiBawahBayu #MaraBersamaIslam #DakwahFotografi #HamasSyujaiy (Kota Kinabalu)
https://www.instagram.com/p/B0C6o0Sn_Nu/?igshid=1m13rkuz7y7eg
0 notes
hamassyujaiy · 5 years
Photo
Tumblr media
Ramadan ini, Betapa hati orang Mukmin itu begitu gembira dan bahagia apabila diberikan taufik oleh Allah untuk beramal soleh. Apa lagi kebahagiaan yang lebih bahagia daripada itu? Semestinya, kebahagiaan seumpama itu, berpunca daripada ketakwaan yang tertanam dalam sanubari mereka jualah yang menyebabkan mereka begitu bersungguh-sungguh dan bergembira dalam menyambut dan memuliakan Ramadan yang menjadi salah satu daripada syiar agama Allah. Bersama-sama dengan Madrasah Ramadan @gamisofficial 1440H kali ini, Sesungguhnya, telah benar-benar banyak mengajar dan mendidik aku akan erti sebuah kesyukuran dan penghargaan. Betapa kita hakikatnya terlalu alpa diulit nikmat kesenangan dan kemewahan hidup sehingga seringkali melupai mereka di luar sana yang terkadang, tidak memperoleh pun peluang sepertimana kita! Episod kesukaran dan kesusahan yang dialami oleh sebahagian teman kita, sebolehnya tidak pernah menjadi alasan yang menghalang mereka untuk terus beriltizam dalam membangunkan potensi diri dan masyarakat sekeliling. Lalu, apa lagi alasan yang masih mahu kita berikan pada saat Tuhan selalu menghujani kita dengan nikmat keamanan yang berpanjangan? Bahagia mereka apabila diberi, ternyata bahagia lagi hakikatnya diri kita apabila saling berkongsi. Ramadan kian pergi. Ramadan pasti akan datang lagi. Namun, apa yang tidak pasti, apakah kita masih mampu untuk bertemu lagi dengan Ramadan bagi terus menyumbang bakti? Semoga, Madrasah Ramadan ini benar-benar mencapai objektif “madrasah” itu dalam mendidik kita untuk menjadi hamba-Nya yang lebih bertakwa usai bergraduasi nanti. Allāhumma āmīn ~ #Ramadan #RamadanMubarak #RamadanKareem #MadrasahRamadan #GAMIS2019 #MaraBersamaIslam https://www.instagram.com/p/ByQOaZUnU3R/?igshid=ryq4vn22ey0w
0 notes
hamassyujaiy · 5 years
Photo
Tumblr media
MULIA KITA DENGAN AL-QURAN Kalau kita perhatikan, apa-apa saja perkara atau hal yang berkaitan dengan al-Quran, pasti akan memperoleh kemuliaan. Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia kerana padanya diturunkan al-Quran. Malam al-Qadr memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang melebihi seribu bulan kerana turunnya al-Quran pada malam itu. Malaikat Jibril AS yang menjadi perantara dan penyampai wahyu Allah, yakni al-Quran menjadi malaikat yang paling mulia dan ketua bagi sekalian malaikat. Rasulullah SAW ditabalkan sebagai insan dan makhluk yang paling mulia serta penghulu bagi sekalian Rasul kerana menerima wahyu al-Quran untuk disebarkan ke seluruh pelusuk alam. Mekah dan Madinah menjadi dua buah tempat yang paling mulia di muka Bumi kerana menjadi saksi akan penurunan wahyu al-Quran di sekitar kawasan kedua-dua tanah suci tersebut. Bahkan, tercatat dalam sebuah hadith Nabi SAW, “yang terbaik dalam kalangan kalian ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” Saidina ‘Umar RA pernah berbicara, “kita ialah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka jika kita mencari kemuliaan selain daripadanya, pasti kita akan dihina oleh Allah.” Mulia kita kerana Islam. Mulia kita kerana ajaran Islam bersumberkan wahyu dan nas daripada al-Quran dan al-Hadith. Maka, seyogia ke atas kita untuk benar-benar beramal dan menghayati al-Quran dalam segenap penjuru kehidupan. Insya-Allah, moga-moga Allah akan mengurniai kita sebenar-benar kemuliaan; bukan sekadar di dunia, bahkan yang terpenting dan terutama ialah kemuliaan di akhirat sana. Ya Allah, muliakanlah kami dengan kemuliaan al-Quran! — Kredit foto: Jabatan Penerangan dan Informasi (JPI), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (@gamisofficial) “SOLUSI CABARAN SEJAGAT” #Ramadan #WorldQuranHour #MaraBersamaIslam (Masjid Dato' Klana Petra, Putra Nilai) https://www.instagram.com/p/ByEcWhvHXXe/?igshid=4msl6eu4kngf
0 notes
hamassyujaiy · 5 years
Photo
Tumblr media
Pengalaman Tahun Baru Cina aku kali ini benar-benar lain daripada kebiasaan. Pertama kali aku berkunjung ke rumah penjagaan warga emas sempena aturcara Xpresi Dakwah 2.0 Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (@gamisofficial), beraktiviti bersama mereka, serta mendengar sendiri luahan dari hati ke hati oleh sebahagian penghuninya. Ada yang dipulaukan oleh keluarga sendiri, ada yang dihantar oleh pihak polis dari balai kerana ditinggalkan di situ, ada yang disalurkan oleh pihak hospital setelah menerima rawatan namun tidak dituntut semula, serta bermacam-macam lagi versi kisah yang sungguh memamah hati. Sebahagian butir bicara itu dilontarkan oleh mereka berserta juraian manik air mata, entah bagaimana agaknya keperitan yang dideritai sebelum ini. Aku berusaha membantu menguatkan mereka dengan kata-kata seperti “Allah loves you” dan “Tuhan masih sayang uncle and aunty”, menandakan bahawa sinar harapan itu masih ada. Pada akhir acara, setelah aku menyampaikan sendiri cenderahati yang tidak seberapa kepada mak cik yang aku bersembang dengannya (seperti dalam gambar), mak cik itu nyata begitu senang dan ceria sekali dengan pemberian itu. Dia berkali-kali melontarkan ucapan terima kasih, mengucup tanganku (sepatutnya aku yang perlu berbuat demikian), dan memegang pipiku, walhal tiada apa-apa pun yang aku bisa buat di situ; hanya sekadar mendengar celotehnya sahaja. Aku kira, nilaian hadiah itu bukan hanya terletak pada fizikal pemberian semata-mata, bahkan apa yang lebih penting sebenarnya ialah kesudian dan kehadiran kita untuk melapangkan masa bersama-sama mereka. Itu sudah terlalu cukup untuk mengisi lompong-lompong hati yang amat dahaga akan kasih sayang. Benarlah, bahasa cinta dan kasih sayang itu sememangnya bersifat universal. Bukan hak milik sesiapa, malah sesiapa jua berhak menikmatinya. Semestinya, hanya dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, sekalian hamba-Nya bisa berbagi-bagi sayang dan cinta. Terima kasih Allah atas kesempatan yang amat berharga ini :') Kredit foto: @shauqi_jo (P/S: Tiba-tiba terngiang-ngiang lagu @raihaninternational – Kasih Sayang) #GAMIS2019 #MaraBersamaIslam (Sincere Care Home) https://www.instagram.com/p/BtkYlLbgAsZ/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=bok1tjg1xjpx
0 notes
hamassyujaiy · 5 years
Video
Melihat kepada kerencaman dan kedahsyatan serangan pemikiran yang melanda dunia pada masa ini, maka perlunya kita selaku para aktivis gerakan Islam untuk mempersiapkan diri dengan tahap keintelektualan yang tinggi agar berpencaknya kita di hadapan seteru adalah dalam keadaan sentiasa bersedia dengan segala peluru ilmu dan kelengkapan jati diri yang jitu. . Mohon doa dan sokongan semua! . "MARA BERSAMA ISLAM" . AHMAD MUHAIMIN BIN AHMAD SAFARUDDIN Pengerusi, Jabatan Kajian dan Intelektual, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia. . #GAMIS2019 #MaraBersamaIslam https://www.instagram.com/p/BsdahT3gHef/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=gla6me16j581
0 notes