Tumgik
typingrose · 5 days
Text
25th April 2024
I just finished reading the whole story of hal Ruhainies & Aliff Aziz yang disebarkan oleh minah SG kening. What I wanna conclude on their stories is that:
manusia adalah lebih dajal dari dajal (manipulative at their best)
people who lies, lies again bcs it becomes habit
trust no bitches, trust no men (everyone wants to bring you down)
betrayals are everywhere, even you dont know people
never talk about your feelings, pendam je sampai kau gila
jangan main nama tuhan, sedar diri kau tu tak layak jadi manusia
you play stupid games, you win stupid prizes
women becomes psycho, bcs men made them
0 notes
typingrose · 12 days
Text
18th April 2024, Thursday.
Harini sudah syawal yang ke-9. Aku sangat hampa sebab tak dapat tengok kubur ayah lagi. Since ramadan until dah habis raya dah, hmm 😓 Raya was okay lah but me and husband had to juggle with pergi raya sana sini so quite penat menghadap everyone, but it was all right, i enjoyed every moment of it.
Lately ni aku dah macam kurang memasak pula. Sebab we always makan kat luar with family. Ada ada je mak aku ajak makan lah. Kadang makan rumah acap lah. So macam kurang pula this time i cook for my husband, rasa bersalah. Then he gave me RM3000 as nafkah since October 2023 and RM500 for duit raya 🥺 Tak pernah aku rasa seberharga begini. I know its a kewajipan untuk dia bagi nafkah, tapi aku kesian hmmm tapi buat apa nak kesian after teringat balik what he did to me before before hehe lagipun I helped him alot mah hehe. Dah lah semalam dia minta izin nak buat tiktok account waktu kat depan rumah. Balik masuk rumah tahu tahu dah tengah sign up zzz harap dia tak tengok yang bebukan lah ye, dan tak nampak acc si babi tu.
I hope Allah murahkan rezeki suami aku kerana selalu bahagiakan isterinya. Walaupun dia dengan perangai buruk dia, aku cuba untuk redha dengan petunjuk dan ujian yang Allah bagi. I hope he got a better job in other industry pekerjaan dia. I hope my boss accepts him joining MMT. InsyaAllah somoga Allah makbulkan doa aku.
I hate whatever I posted here, end up being stalked / followed by these stupid porn accounts. Aku tak faham macam mana all my posts boleh got recommended sampai ke situ zzz just stop muncul on my likes and followers dummie!
0 notes
typingrose · 1 month
Text
24th March 2024, Sunday.
It's Ramadan already. And harini is my second day period, I'm super stressed out with life! I have tons of works yang overdue, and I'm so tired of finishing it since it's ramadan and I'm very slow.
I hate my workplace dah now. Everything is sooo politic! My team lead is a perempuan cina yang bossy who doesn't care about staff well-being. All she knows is to make us finish the works, she even hired her own blood sister join the company just to chase us with our pending tasks. Kalau camtu, aku pun boleh kerja kejar orang macam kutip hutang je.
Plus, I hate when my mom decided to travel when rumah tengah renovate. Lepastu nyusahkan kita untuk tengok keadaan rumah. Aku dah lah tengah pissed off with the orang2 pasang awning rumah ni. Dah lah berselerakkan kawasan rumah, dengan botol bersepah, rokok lagi, tak puasa pula tu! Ada hati pinjam motor acap just to go kedai depan beli makanan, pastu laki aku pun bagi grr. Now, I'm home along dah pukul 5:30pm they came and said nak buat kerja sampai malam wtf. Terus aku panic attack and super pissed off. Lagi2 bi;a call mak aku yang hantu betul tak reti nak angkat tepon, banyak kali aku call. Nasib baik ada aunjo yang I can call, super bagi aku jadi hangin jela mak kau ni. Dah lah dengan Bubbles aku keluarkan, baju2 sidai, tingkap semua terbuka, haihh stress and I'm alone!
Semalam pun stress gak jumpa mak acap. Annoying betul banyak tanya, sumpah sebijik cam Nenna. Aku dah lah first day period, memang senggugut. And acap pun satu, gi suruh aku beli coconut shake, Bare in mind, period takleh minum kelapa ye. Aku pun lupa sebab acap yang duk push2 tanya aku nak tak.. Eyyy stress dah lah RM6! Sampa umah mak dia, nak kalut bising "Ehhh kakak pun ada?! Kakak tak puasa?!" kau tak perlu kot cakap kekuat nyampah lak aku, kau ingat aku ni bebudak ke nak ajuk gitu? Padahal anak dia sendiri sampai, she moody je. Bila aku masuk dapur, mula dah fake mood dia. Then yang aku nyampah when dia re-enact the part yang dia suh aku angkat meja square ruang tamu dia, then suh aku angkat meja berat. Kau tak perlu borak funny cerita kat anak kau, you're far too old to be funny.
Pastu duk tetanya aku ngan acap tido mana. Aku pun nyampah ngan acap ni kuat bohong mak dia, patut gitau jela dari equine, noktah. Dia takkan tanya dah, lagi kau bohong lagitu dia tanya. Pastu tanya sesengih raya rumah dah siap ke? Eyy babi stress aku ngan orang tua ni. Aku saja cakap pasal mak aku gi umrah tu harga pakej Kawan lagi murah, member terus google tempat tinggal mak aku Makareem tu wahahah sesuatu lah dia ni. Alah perangai mak2 ni, sejenis suka banding haha gasak korang lah nyah
1 note · View note
typingrose · 3 months
Text
14th February 2024, Wednesday.
Today is the worst day for me. Aku search nama Suriya kat fon acap sebelum aku keluar pergi kerja. Guess what i saw? A note yang dah backup kat email dia. It says :
Tumblr media
What do you think me (as a wife) feels when I read it? Knowing that time tu kita dah sebulan nikah. Dan suami tak berubah, masih sama? Dalam perasaan dia happy disisi aku, ternyata dia hanya berpura pura masih tak moved on with his scandal?
At this point, I would say my husband is totally a sundal. Bak kata pepatah : “Once a cheater, will always be a cheater”. Pelik juga si janda tu pun, kau tahu acap dah berkahwin, berani betul ek bermsg lagi. Masih degil sama seperti acap. Dua dua dihasut syaitan, sebabtu rasa best je perasaan trill tu!
Aku ingatkan setelah sekian lama hal haritu berlaku, dah melibatkan keluarga aku, keluarga acap, keluarga betina tu dan juga ex husband dia.. Aku ingat semua dah selesai? Dan aku ingat setelah perbincangan over perbincangan yang tak pernah habis dengan acap sebelum kita nikah, ku fikirkan semua dah berakhir di titik noktah? Ternyata, kau tak boleh ubah hati seseorang lelaki sundal yang terpaut hatinya pada seseorang. That’s why wujudnya “I LOVE YOU” walaupun dah berbini yang serba serbi all out buat yang terbaik untuk suaminya.
Aku akui kehidupan aku awal perkahwinan (beberapa bulan) bersama acap bukanlah yang indah indah yang orang sangka. Aku seperti berkahwin dengan orang asing yang aku tak kenal diri dia yang sebenar, itu perasaan aku ketika itu. Saat aku merasai distance hati aku padanya waktu tu, ternyata betul perasaan aku selama ini. Suami aku masih lelaki yang tak bertanggungjawab.
Cukup saja dengan dia tak open up dengan status dia yang tak bekerja ketika itu. Aku cukup rasa malu time tu sebab aku tanya mak mertua aku dengan rasa hairan kenapa lelaki aku ulang alik keluar masuk rumah semata untuk angkat call. Soalan aku ketika itu : “acap tak kerja ke?” Mak dia sampai jadi terkedu aku tanya soalan tu. Faham tak perasaan bila aku sebagai isteri, dibelakangi oleh suami aku. Sedangkan seorang isteri lah yang wajib tahu tentang perkara sebegini.
Bukan itu sahaja, dengan waktu dia tak bekerja beberapa bulan awal perkahwinan. Dia sibuk mencari hobi lain untuk memainkan perasaan isterinya sendiri. Banyak argument awal perkahwinan yang buat aku selalu nangis bila bercakap pasal topik2 sensitive. Nak buat macam mana, aku memang mudah menitiskan air mata. Dia banyak pinjam aku duit, bukan sedikit punya duit dia pinjam tiap bulan, sampai aku pun tak dapat buat saving untuk diri aku. Ternyata duit2 yang dia selalu pinjam tu sebenarnya untuk dia main kutu dengan staff emart dia. Tengok akhirnya apa Allah nak tunjuk? Dia yang kena scam dengan kak Siti tu 🙂 Tapi macam mana dengan pulangan duit aku? Burn
Dalam masa yang sama, masih berani mengganggu kehidupan orang lain selain mengganggu fikiran dan mental isteri dia. Sebab tu adanya wish birthday yang panjang buat orang istimewa selain isteri dia. Padahal hari tu, dia belikan aku gelang emas. Aik, orang lain dapat i lebiu, isteri dapat gelang? Padahal waktu dia sedang mereka ayat2 puitis buat si janda tu, dia boleh je msg aku dengan kasih sayang. Pelik, dia sangat pandai multitask. Mungkin tengah practice cara poligami. Senanglah hidup macam tu kan? Nak belajar jadi macam babah? Berbini dua yang kaya kiri kaya kanan, senang curlas tanggungjawab.
Bersyukurlah, isteri kamu ni walaupun ego tinggi melangit masih boleh tunduk ikut gerak geri kamu acap. Kalau nak ikutkan, boleh saja aku tuntut serba serbi report di mahkamah atas kelakuan suami yang tak bertanggungjawab. Mana taknya, aku lah provider, aku lah sediakan rumah, aku lah bayar rumah - dia bayar kereta, aku lah beli beras. Bukan nak merungut, tapi aku tahu ini semua sikap baik aku yang toxic. Terlalu mengasihani boyfriend sampai ke tunang sampai ke suami yang dasarnya tak pernah kasihankan isteri dia.
0 notes
typingrose · 3 months
Text
5th February 2024, Monday.
Harini birthday Tunku Abdul Rahman 😍 Just gonna say it coz I selalu lupa when was his birthday. Haih banyak sangat kerja yang pending these few days, bcs I suka procrastinate everything about my work. Starting tomorrow, I nak try to sampai office awal at 9am bcs sekarang HR dah buat face ID check in/check out pula haihh macam2 lah. Dah tak boleh mengelat dah nak pergi kerja lambat - balik awal hmmm.
Also I found out that acap punya passcode fon was our anniversary wedding date. Uhmm kinda sweet! Tapi itu lah, ternampak pula contacts nama2 "Siti". Aku terus shiver ye secara tiba2 menggigil tengok. Aku without hesitant terus delete segala nama Siti yang suspicious. Even aku buka telegram dia, I just realized si sial tu ada dua number ye which is 019 and 010. Pantat punya minah boleh nak bagi both numbers to acap. What kind of bitch! I feel super terkejut lah en, but yeah after that I feel super nothing. I feel like the jealousy semua hilang secara tiba2. Alhamdulillah that I dont feel benci or whatsoever towards my own husband. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam takde langsung perasaan baran tu seperti dulu. Good for me!
I must say, I should be trusting my own husband slowly. I know ada serba sedikit macam kurang selesa about trusting everything he doing. But I must maintain my feelings, that he is my husband. I dont want him to end up doing benda2 maksiat seperti dulu. I would feel depress again and again and I dont want to hurt my own self dah. Aku hanya boleh berdoa pada Allah supaya melindungi hati aku dan juga suami aku, aku berserah pada-Nya 100% tentang hati ini. Aku juga cuba sedaya upaya untuk tidak kecewakan suami aku dengan perangai annoying ku. I hope he loves me always even I banyak kekurangan 😔
My mom pula now dah dapat jual rumah at Desaru tu, so when she got the money.. Tahu jela dia dah start ngajak berjalan. I want, but I dah terikat dengan having a husband. Even acap bagi aku jalan ikut my family to Jakarta pun, I dont trust him being alone hmm. Kenapa entah macam takut sangat kalau dia sensorang buat bebukan at home. I also taknak mak dia tahu like i left acap alone sebab dia kerja and aku bersuka ria. Hmm entah lah, but Jonas Brothers gonna preform kat Jakarta nanti! Hmmm
0 notes
typingrose · 4 months
Text
7th January 2024, Sunday.
Harini I’m on my period yang ke day-3. My period only bleeds during day-1 sahaja. Hari kedua takde darah sangat, dan hari ketiga dah darahless. I’m a little horny during this period sebab my husband and i spent few days dah at my parents house, and husband work non stop. I tak dapat spent enough time with him during the night sebab dia after main game terus tidur. Sometimes i had to fuck myself during sleep sebab husband wont entertain me at night. What can i do? I dah hint ajak dia pun dia penat lah apa lah. I pun malas nak pujuk sebab itu badan dia, dia nak kerja.
Now dia dah resign, dia tetap dengan game dia. I hint him several times to have sex tapi macam kehendak aku seperti biasa, tak dilayan. Dah beberapa situasi i try to lancap him, ingat he would fuck me. Sebab dia dah nak climax, lepastu dia tarik tangan aku and stop me. Terus tidur. Aku macam wtf? Aku dah lah mudah terasa hati. Tu situasi malam ye time nak tidur dalam gelap. Petang tadi pula, kat sofa pun camtu. Memula dia dah ajak nak fuck, lepastu bila tengah lancap cam biasa, dia tarik tangan aku keluar, dia kata sakit. And i was like sakit? Ganas sangat ke? Padahal aku buat normal, no ganas. Alasan dia memang cam tak make sense. Terus aku turn off. But the thing is, sejak dua menjak asyik layan movie 18sx tapi macam takde nafsu pada isteri sendiri. Ringan2 pun dia reject.
Time dia tengah tidur tadi 8pm lebih, aku masak dinner. Msg masuk, aku nampak si Tasneem MDT whatsapp dia. Setahu aku, dah resign pun si member tu lebih awal dari acap. Kenapa masih berborak lagi eh mereka? Apa lagi yang laki aku nak tahu tentang MDT sedangkan dia sendiri sudah berhentikan diri dari bekerja kat situ. Sudah2 lah, bila dah resign dan dibayar gaji. Aku cuba untuk not feel anything about text tu. But bila aku dah nak start makan, aku turn off betul bila laki aku time tu juga nak main game. Aku memang perli je dengan muka selenge. Dia pi letak aku duduk lantai, aku macam kenapa suruh bee duduk lantai? Selama ni kan duduk di sofa. Aku tahu dia hangin dengan jawapan aku yang selalu nada soalan bunyi sarcastic. Aku kisah apa, aku hairan dengan peel dia yang aneh2. Pastu pi bantai main game while we supposed to eat dinner. Lauk makanan semua depan mata ni. Aku dah marah, aku cakap patutnya suami suap isteri. Dia balas dengan macam mana dah ada nasi ni (which dah dituang atas pinggan masing2). Laaa pula, aku tak faham kenapa dengan dia. Dah marah bila dia main game, aku tanya kenyang ke? Dia kata japgi dia makan. Sampai ke sudah aku habis makan, dia still dengan game dia. Aku pun diam jela buat muka.
Laa ni aku dah duduk kat katil, aku cakap nak tidur sedangkan baru pukul 10:30pm. Dia diam tak cakap apa, tak pujuk tak apa. Aku pun berlalu pergi dan menangis dalam diam. Hmm entahlah penat aku makan hati sensorang dapat ujian sebegini. Aku nangis aku doa kenapa Allah bagi aku ujian suami aku peel camni. Aku suruh Allah bagi aku kekuatan untuk tidak fikir yang tak baik tentang suami aku. Aku memanglah marah akan suami aku. Tapi aku tak boleh nak cerita pada dia. Aku mohon Allah sendiri sedarkan diri dia. Sebab time aku menangis di atas. Aku dengar yang dia masih repeat cerita 18sx bahagian sex yang aku tersalah buka tu. Haih tah lah pape jela. Aku harap nafsu aku hilang bila ada kehadiran laki aku waktu dia tengah menyangap. Tak kuasa aku nak layan lelaki dayus.
Dia tahu je aku tengah moody ngan dia. Dia naik atas and tak peluk. Malah termenung dalam gelap menantikan aku bergerak dari my comfort position tidur tu. Kelakar en, dasar ego tak sedar diri yang diri salah. Kalau rasa isteri tu tak perfect, tengok kelakuan hang sendiri. Apa yang buat bini hang marah. Bodoh piang
3 notes · View notes
typingrose · 4 months
Text
24th December 2023, Sunday.
It's Christmas day today. I spent my time alone in my house. Seperti biasa rutin ku adalah bangun pagi, melihat suami ku beredar pergi ke kerja dan menunggu masa dia pulang di waktu malam. Sudah ku siapkan makanan malam bersama, lauk today adalah steam fish. First time buat dan harapnya menjadi.
Semalam ramai orang kahwin sebab tarikh cantik 23.12.23. Dan my husband pun ajak aku pergi ke wedding Razli, kawan kerja emart dia. Laki aku ni very undecided kejap nak pegi kejap taknak pegi, tak faham aku. Aku rasa aku tahu kenapa, sebab ramai staff dia dan mungkin dia takut aku yang tak selesa.
Jauh baq hang tempatnya di Kuang, dah macam area Elmina sana. Dengan jem cuti sekolah memang took 2 hours to reach there. Sesampai sana, diorang dah nak habis photoshoot. Aku dan acap pun masuk ke dalam hutan bernyamuk zzz. Sesampai je, aku disapa dengan very welcoming oleh budak2 staff acap. Diorang yang datang hulur tangan dan salam cium tangan aku. Aku pun time tu blur juga sebab tak mikir nak salam sesapa. Maybe diorang friendly coz adik2 kan.
Yang datang tu semuanya staff Razli yang stay until photoshoot, aku pun pelik bini Razli pun boleh rapat ek dengan strangers sebab nampak cam mesra je diorang semua tolong angkat selipar lah apa lah. Dan aku tak sangka serapat itu diorang nak follow photoshoot. Usually photoshoot kan tak ramai, yang very closed je like pengapit. Haa baru ku sedar haritu one of the staff tu cakap "esok datang sebab kena jadi pengapit pengantin" for wedding belah bini Razli. Serapat itu yaaaa!
Okay je diorang semua very friendly and aku boleh blend in, diorang ni adik2 yang peramah. Some of the staff tu pernah duduk bawah acap so dah mesra lah mereka semua. Lepastu diorang ada ambik gambar kita semua makan2, aku tak kesah aku kasi senyum je. Aku harap si minah sial skandal acap akan tengok story or posting mereka. Biar dia nampak aku ada kat situ! Aku dapat rasa some of them mesti tahu kes acap dulu, mestilah tahu kan.. Tunang garang datang serang time kerja kahkah. Whatever lah mat!
Aku pelik dengan acap harini, dia tak reply aku dah almost sejam bila nak closing. When i text "sayang" dia reply "yes sayanggggg" lepastu edit ke "yes babyyyyyyy" aku pun dengan apa lagi, reply tanya "kenapa edit".. lepastu dia jawab dowan to hurt me bla blaa.. The thing is, kenapa tetibe tersasul? 🤔 aneh kan..
Btw minah sial tu, adiknya nikah semalam which is 22.12.23 dengan si mamat kepam gemuk wekkk takde selera aku tengok mamat tu, tah apa yang dia selera sangat tah dengan laki camtu. Aku sekarang tengah menunggu kot2 si sial tu ada throwback gambar/video tahun lepas.. Yelah sebab time tarikh ni, dia tengah hangat one step closer dating ngan acap while i was enjoying my holiday kat jepun. Kita nantikan jelah yerkk
Aku akhiri post ini dengan Al-Fatihah untuk arwah Uncle aku yang telah pergi buat selamanya dan harini genap 5 tahun dia meninggalkan kita, semoga rohnya tenang disana 🤲
0 notes
typingrose · 8 months
Text
5th September 2023, Tuesday.
Lagi 2 days genap dah 2 bulan me and acap nikah. Alhamdulillah for everything. Dalam tempoh 2 bulan ni, i dah start to adapt with his style of living. And i can see it from him as well. I love him so much! I love being around him, i now rasa i lebih tahu how to prioritise his needs. Tapi bab slow siap tu emm jangan marah lah hahaha
That one time, si minah sial tu texted acap regarding a fake account on tiktok yang she followed coz she felt sus. Yeah short story, it was me - hiding behind an account called "Nur Hazira Md Alimuddin" which is acap's ex. Hahahaha okay i know I'm a psycho, but who made me become like this? 😛 SO DEAL WITH IT! Purpose is to annoy her, but funny thing is.. Dah lama i followed her ever since the affair antara sundal ni dengan acap. Why the fuck now yang she nak follow back my acc? Aneh banget kan? Kenapa sekarang yang kau rasa nak sus about an account yang followed u?
Then yang menyampah nya, she has the audacity to text MY HUSBAND untuk mengadu nasib AGAIN! Now i know lah perangai sebenar minah sundal camni, whiny bitch! Sejenis cengeng sesikit mengadu, mana tak nye laki aku mudah "kasihan" si janda sundal! Konon terpaling acah, "saya takde ganggu sesiapa pun, kenapa kena libatkan adik beradik saya" gurlllll you so pundek is it? Kau dengan takleh move on kau tu, sampai laki aku dah kahwin dengan aku pun, kau masih up content bangang takleh move on kau!
I did explain to acap how it all started, since acap macam downgrading me for having a tiktok account. Honestly i said, i buat account tiktok memang untuk stalk minah tu, since she likes to post everything on tiktok dia en. Tu pun i created the account dah lama since the affairs diorang. And besides, i FUCKING HATE if ada orang lain ada hati to my now so called HUSBAND! Kau ingat aku nak biarkan orang lain ada perasaan towards my husband ke? Hell nawww, coz i know laki aku takleh duduk diam kalau dia tahu dia ada peminat. Zzz sejenis buaya kan, dapat pulak tuannya garunk. So case closed i guess~ Acap pun tanya, nak suruh sayang buat apa ni? Sambil tunjuk whatsapp msg sial tu. Nasib baik dia dah delete her number like i used to say. Cehh tahtah baru je delete en haritu puii. I said, takyah reply pape lah. Dia cakap tapi dia dah read, so i said biar jela takyah reply.
Sebab honestly lelaki punya kepala otak doesnt work like perempuan. If you reply, kau sebenarnya dah buka ruang untuk perempuan tu mudah untuk reach out to you again. Like i said, you have options.. The solution is to cut off the relationship with dia and the family. Any text or request minta tolong or whatever, no need to interact dah. Si acap ni luruih, penat lah jaga orang camni. Tapi alhamdulillah dia on my side hehehe mampos ah minah tu memang she deserved the hate! Sebab kau aritu cakap aku bebukan en, pastu tak faham masalah aku nak main judge aku lak. Lepas aku warn dia, boleh lak masih berhubung panggil laki aku sayang lah, nak rempit sesama pegi dinner lah. Silap orang lah kau sentuh, YOU DESERVED TO BE HATED! Harap rezeki Siti Suriya Fatihah sundalan ni sempit dan kehidupan dia huru hara di dunia dan akhirat! Aminnn doa orang teraniaya selalu termakbul. Thanks Allah for this victory!
P/S: ni kalau aku simpan all bukti sial2 ni confirm court case aku menang huhu dont play2 with me nah uolls
0 notes
typingrose · 9 months
Text
23rd July 2023, Sunday.
Aku tak faham lah haihh. Masalah sana masalah sini. Tak boleh ke orang just dont give a shit of what people think of us? Or am i that emosi? Issue is, mak aku taknak aku ngan acap tinggal dalam bilik nina. Senang cakap tinggal rumah tu lah. Ye aku tahu soal ayah tak bagi tinggal dalam rumah tu, once dah kahwin terus get out.
Problem is nenek aku ni ada bertengkar with our family sebelum aku kahwin. Dia kalut bising cakap “takkan nak biar aynna kahwin then duduk keluarga acap” so kitorang ni semua dah agree yang aku takkan stay at rumah tu. But now, since the whole family takde di rumah, siapa nak jaga kucing? Siapa nak tengokkan rumah?
Aku pun heran ngan acap, kenapa taknak pindah cyber lagi? Bosan sangat ke apa? Ini lah masalahnya yang aku takutkan semua dah mula muncul. Aku takut acap jadi issue or bahan fitnah. Lagi2 bila kita tidur bilik nina. Ibu dah bising. Lagi aku sentap bila dia cakap “sibuk ah” bila aku nak pulang rumah. Apa masalah dia ek?
Aku cuba tak ak ambil hati tapi aku terlalu banyak telan benda pahit antara dua keluarga. Aku taktahu macam mana aku nak buat acap ni faham tentang diri aku yang emosi dengan kedua keluarga. Terlalu awal untuk bercerita tentang ibu dia dan ibu aku. Aku penat lah terasa hati hmm
Also, aku pun tak selesa duduk dengan family mana mana. Takde masa alone for myself. Aku tak selesa 🥺
0 notes
typingrose · 9 months
Text
21st July 2023, Friday.
Alhamdulillah aku lebih rasa tenang kini. Setelah 2 minggu hidup bersama sang suami. Aku lebih nampak perubahan pada diri kita selepas ada hard communication dalam kereta haritu. Aku nampak yang dia lebih cuba untuk tolong mana yang mampu dalam hal urusan aku dalam rumah. Dia cuba involvekan diri dia dalam setiap kerja aku buat, seperti masak.
Aku juga nampak yang dia lebih manjakan diri aku on random time 😊 Gesture macam tu buat aku lebih tenang, dan sayangkan dia. Makes me want to serve him. Aku rasa routine harian aku seperti biasa. Cuma lebih kepada housewife + workwife. Aku okay je kalini, no stress.
Maybe stress tu sebab bila ada family members kot dalam rumah 🤔 I kinda feel betul juga ek. If i live berdua with acap, i dont expect him to do this or that sangat. If i live with him + family members, aku nampak yang dia lain. Or aku put expectation yang tinggi, sebab aku taknak dia kena canang kot. Hmm
0 notes
typingrose · 10 months
Text
17th July 2023, Monday.
Apa bahagia aku selepas bernikah? Sejujurnya aku tidak rasa bahagia. Sebab kami berdua masih dalam discussion untuk mengerti isi hati masing masing. Issue ni jadi sangat serious buat kami berdua sebab kami jarang bangkitkan, jarang cari jalan solution untuk topik serious. Sebab kita terlalu go with the flow. Dia harapkan aku berubah, dan aku harapkan benda yang sama pada dirinya. Kedua dua kami masih struggle untuk memperbaiki diri. Aku rasa rumit, aku rasa macam tersepit sebab dia tak faham aku. Aku pun susah nak faham dia. Dua dua tak pernah nak faham each other.
Dia ada ego dia, aku pun ada ego aku. Tapi aku cuba untuk jadi lembut, cuba untuk tidak berkata apa. Tapi bila aku diam, dia cucuk aku.. Tanya aku kenapa diam. Aku sebenarnya malas nak berkata apa, sebab aku taknak dia tersinggung. Akhirnya semua kata2 tu akan kembali ke diri aku juga. Sebab dia takkan faham kenapa aku berfikiran begitu. Sejujurnya aku penat. Aku tak kisah pun if dia tak kerja, cuma jangan lah minta aku bukan2. Pinjam duit semua tu, bukan aku taknak pinjamkan. Aku penat pinjamkan, sebab semua tu takkan dia bayar semula. Sama seperti hutang2 yang sebelum2 ni aku pinjamkan sebab aku kesian.
Aku tak sangka lah perangai dia tidak berubah, sebab dia dah jadi kebiasaan untuk pinjam. Dan dia terlalu ikutkan nafsu, tak berjimat pun. Aku ni terlalu jimat, aku kedekut dengan diri sendiri sebab aku nak simpan duit. Aku tak suka boros, jarang sekali aku beli branded items. Baju aku pun recycle pakai baju mak, makcik2 aku. Paling pun beli takde lah baju berharga lebih dari RM100 sepasang. Dia? Hmm tah lah hidup nak bergaya tapi poket takde apa. Dengan itu, dia masih tak mengerti yang aku buat benda yang terbaik untuk simpan duit.
Tak boleh ke dia simpan sifat bersyukur mempunyai orang seperti aku? Atleast hargai lah diri aku yang banyak tolong dia waktu dia susah dulu. Aku kurang bagi dia apa dia mahu, seperti hormat, kasih sayang, manja dan sebagainya sebab dia tak pernah hargai aku. Dia expect aku buat dulu, kenapa? Tercalar ke ego seorang lelaki kalau dia manjakan aku dan berkata lembut pada aku?
Didik lah aku dengan kemanjaan.. Aku pasti cair lah! Ini tak hargai, tak manjakan, tapi pandai cari orang luar untuk puaskan nafsu. Ingat aku tak sedih ke sehingga kini? Perempuan lain pun ada perasaan sama lah macam aku. Cuba dia hidup dengan perempuan yang dia curang tu semua, semua pun akan rasa terseksa jaga orang seperti dia. Mengharapkan kesempurnaan, tapi diri dia tidak sempurna. Perkara tu berulang2 dalam ingatan aku, sebab aku rasa aku tak sempurna, bila2 dia boleh buat lagi dan lagi, curang dan curang, tidak jujur dengan aku dan ibu bapa dia. Cukup jela dengan dirinya yang tak pernah nak jujur dengan aku. Tapi serba serbi cari kesalahan diri aku. Apa dia ingat dia sempurna ke dengan didik aku cara kasar? Lagi dia kasari aku, lagi aku pudar rasa sayang pada dirinya. Sebabtu aku kurang manjakan dia, sebab dah tawar hati. Itu ini semua aku yang buat, aku dah masak, kau lah basuh. Cuba lah bekerjasama! Ini bukan soal kau ketua keluarga, semua kau nak demand. Takkan nak jadi biawak hidup? Buat jela kerja rumah sikit atleast tenang otak aku boleh fokus wfh. Ini aku lah masak, cuci cawan dia dah minum pun aku, dia tinggal letak je atas meja, wah wahhh. Dan air pun suruh aku ambik, tolong lah jangan malas.
Hidup dalam rumah family aku, kau rajinkan lah diri buat itu ini. Effort cuci baju pun takde, kata pandai sangat kemas rumah, mana?? Buat benda simple macam cuci pinggan pun aku tak nampak, itu pun lepas aku berbunyi. Buangkan sampah ke, kesian mak aku. Tah bila dia nak pura pura depan family aku tah. Aku pula rasa berdosa sebab bersubahat, bila semua tanya acap tak kerja ke.. Aku kata cuti. Padahal tuan badan sendiri tak mahu jujur. Aku pun pelik kenapa dia nak tinggal dalam rumah family aku. Aku sebenarnya nak duduk rumah cyber, sebab aku nak elak fitnah2 begini lah. Aku taknak orang tanya macam2, sebab aku pasti akan jawab perkara sebenar. Contoh kalau mak aku tanya aku okay tak apa semua. Kau ingat aku tipu ke perasaan aku kat mak aku?
Nak TV sebab bosan duduk rumah aku, dah aku belikan. Haritu acah je cakap dengan mak aku yang konon dia yang nak belikan. Eleh nyampah aku, kau nak tunjuk kau baik? Tapi dengan aku, kau kikis aku macam pisau cukur. Lepastu nak aku bayarkan hutang 10k credit card? Lawak mat! Kau dah belanja macam2 untuk orang yang aku tak kenali, dah beli itu ini untuk orang semua, lepastu nak claim kat aku? Bodoh ke apa? Lepastu ada hati nak pinjam aku duit untuk bayar plate number nanang semua. Dah tahu takde kerja, berpada2 lah jimat pakai apa yang ada dulu. Ini dengan takde kerja, takde income, lepastu nak tukar motor. Nak bayar pakai apa monthly?? Dengan hutang credit card + motor bulanan. Sampai sekarang nafsu dia kuat, sampai bebal takleh fikir masa depan!
Kalini aku kena kuatkan diri, kalau dia buat lagi, aku takkan ikat dia supaya sayangkan aku. Sebab aku dah penat hadapi orang sepertinya. Biarlah aku bersendiri jika itu boleh buat aku tenang. Biarlah orang lain jaga dia, itu pun kalau orang tu berduit nak susah senang bersama dengan dia. Kah
0 notes
typingrose · 10 months
Text
13th July 2023, Thursday.
So I confronted him about the kasut that dia beli untuk Balqis. Dia banyak kali elak dan elak kata mana ada, mana ada, MANA ADA BEE... Dia tak jujur immediately bila aku tanya. Padahal pasal Wafiq wish aku tu, aku jujur je cepat dengan satu soalan dikemukakan olehnya, bila acap tanya "Wafiq ada wish?" I said "ada". Simple.. Apa yang nak disembunyikan lagi?
Sekarang ni aku tak puas hati sebab dia tak jujur. Dia macam biasa lah cakap, benda dah lepas.. Sedangkan benda tu berlaku selepas aku dah warn semua untuk tiada hubungan antara mereka lagi. Honestly acap tak pernah nak respect diri aku dan sudut pandangan aku sebagai orang yang menyayangi dia. Kalau dia respect, dia tak buat lah macamni. Betray my trust. Please lah mana diletaknya common sense dalam diri dia? Dia ada right to say NO, dan tolak pertolongan. Kenapa tak reti jaga batas eh? Kenapa lemah dengan pujuk rayu pertolongan orang, yang dia harus tolong orang tersebut? Kalau macamtu, boleh juga aku kerap tolong kawan lain jantina aku, lepastu lama2 kawan2 aku tu cucuk jarum. Please lah ada common sense. Faham tak? Satu situasi boleh leads to have another situasi, lama2 intim. Begitu lah acap. Contoh mula2 tolong Aizat, lama2 dapat restu perkenalan dengan keluarga. Lepastu dimaafkan dengan issue yang lepas, lepastu ajak datang ke rumah makan masakan keluarga masak, lepastu jumpa keluarga lepak. Bonding dengan semua orang, lepastu wujudnya sayang pada keluarga tersebut maka jamahlah salah seorang ahli keluarga itu untuk jadikan pasangan hidup. Gituhh
Tapi bila pasal Wafiq wish aku je, liked photo kat story dia.. Terus dia baran, sindir2 Wafiq. Jadi aku tak boleh benci Siti sekeluarga, but dia boleh benci Wafiq? Lelaki mungkin fikir oh man to man, lelaki hanya nak masuk ke dalam panties perempuan je, sebab diorang tahu niat "lelaki" kan. Habistu aku taktahu niat jantina perempuan? Apa yang janda inginkan? Hmm entah lah.. Aku buat jela apa yang mampu untuk diri aku sebagai isteri. Kalau suami aku dari dulu tak pernah nak berubah sehingga kini, itu diri dia.. dan aku harap Allah je bagi pengajaran buat diri dia. Sebabtu bila dia buat sesuatu, tanpa restu izin aku, ada je musibat kecil yang dia hadapi. Perlahan lahan Allah tarik nikmat rezeki dia, dia hilang pekerjaan serta merta. Itu pun dia taknak jujur dengan aku. Sedangkan aku adalah orang utama yang akan hidup bersamanya sepanjang hayat.
Tak begitu juga, hubungan yang tak diizinkan antara dia dengan sesiapa, semua tu akan kembali pada dia dan isteri dia, dan juga keluarga dia. Tengok lah Allah baru uji pasal Wafiq sikit, solusi dia? Tiada! Sebab dia jealous, sedangkan wafiq tu belum sempat ada hubungan intim dengan aku, tak macam acap dengan siti babi :) So goodluck lah ye my lovely husband, hadapi kehidupan berumah tangga dengan tenang. Jangan tak tenang pula bila lelaki lain nak ngendeng bini awak waktu awak tak jujur dengan bini awak sendiri. Kuikui
0 notes
typingrose · 10 months
Text
7th July 2023, Friday.
Aku tak sangka apa yang aku nampak dengan mata aku sendiri. Malam pertama aku berada di dalam bilik acap. Apa yang aku jumpa dan lihat dengan mata kasar aku. Ubat cream pengeras batang, vibrator, gari tangan, tali yang semua tersembunyi dalam bag AHT. Selain itu, aku tak sangka yang dia masih ada hubungan dengan keluarga perempuan yang dia pernah selingkuh. Kenapa ye? Tolong belikan kasut untuk kakak pada si perempuan itu? Apa motif dia untuk masih berhubungan bersama?
Aku masih ingat lagi pada tanggal 15 jun, hari yang aku sedih dengan kelakuan dia. Rupanya pada hari yang sama dia repost kt fb tentang “lelaki kalau nak curang, dia tetap curang, biarlah Allah menjaga hati pasangan…”. Ternyata pada hari itu dia telah melakukan perkara yang aku cakap aku tak suka. Iaitu berhubungan sesama mereka yang bukan soal kerja. Aku perasan acap ada belikan kasut berharga RM500 kat sunway. Ternyata dia belikan atau tolong belikan bersama ke apa wallahualam. Untuk balqis, kakak si perempuan tu. Hmm entah aku speechless. Aku cuma kena hadam dan terima semuanya. Aku cuba untuk tidak react, aku cuba untuk tidak ambil kisah. Tapi aku takut, semua ni akan memakan diri aku satu hari nanti. Sebab aku selalu mengumpul perasaan yang terbuku.
0 notes
typingrose · 11 months
Text
Apa je yang partner aku boleh jamin AKU dan masa depan aku? Alasan susah senang bersama tidak akan boleh menjamin kebahagiaan seseorang. Sebab alasan itu boleh juga diguna pakai oleh kawan2 sekeliling. Lalui susah bersama senang bersama ni semua orang lalui, lagi rapat adalah keluarga.
Justeru, boleh ke aku dijamin bahagia bersamanya? Boleh ke hati aku dijamin tenang bersamanya? Atau adakah aku lebih tenang dan bahagia apabila aku bersendirian?
Selain daripada merasa kesabaran dia adalah pilihan aku, pilihan apa lagi aku nampak dalam dirinya? Hanya dengan satu pilihan itu ku genggam sampai sekarang. Sedangkan dia lebih banyak ciri2 bukan pilihan aku. Aku masih pilih dia kerana dia penyabar. Kenapa? Kenapa Allah duga aku dengan makhluk sebegini? Bagaimana aku nak kejar syurga kalau aku sendiri yang selalu diuji dengan kewujudan manusia sepertinya? Macam mana hati aku nak tenang bersama orang sepertinya?
Oleh itu, aku BERSERAH. Kali ini aku janji pada diri aku, aku berserah pada Allah. Tak megapa lah kalau ditentukan kita berpisah lagi sebab hatinya ditambat oleh perempuan lain. Aku terima dengan rela, asalkan diri aku dapat kebahagiaan dan ketenangan yang ku inginkan sejak dahulu.
0 notes
typingrose · 11 months
Text
Keluhan Hati 2.0 15 June
Hari ini adalah hari appointment wedding pelamin aku. Aku dah plan untuk datang appointment pada pukul 11am camtu. Cerita dia semalam, partner aku pergi jumpa kawan dia untuk betulkan resume. Which dia kata kat aku, dia nak hadir interview yang haritu aku katakan, tarikhnya sama with our appointment. Interview kat UTC Pudu Sentral dari pukul 10am-3pm. Ye aku sedar ada percanggahan sikit tapi if we adjust our time elok2 to make it, insyaAllah boleh. Nak sama taknak je..
Partner aku lambat pickup aku, sehinggakan aku dah harus tipu pada si vendor kenapa lambat hadir. Dan perlukan masa lagi untuk bincang hal pelamin and all. Sebab aku kejar masa, aku fikirkan dia punya interview. Dia buat rilekkk je dengan tak print resumenya. Aku time dia lelambat pickup aku tu, aku dah ready printkan dua copy resume untuk dia. Sebab aku dah fikir semua ni what to do next in a day.. Dan aku percaya bahawa dia tak prepare anything at all sebab malam semalam balik lewat pukul 4pagi habis edit resume kan..
Aku faham kenapa dia lambat, dan aku taknak nak tegur issue tu atau bebel. Aku rasa its unnecessary to bebel to dia, sebab dia kurang rehat and consequencesnya akan mengeruhkan keadaan. Hint aku pada dia, aku cakap je yang wedding tu dah msg, aku bagi alasan aku leave office dari kl jadi lambat sikit. Sambil menunggu, aku ternampak dia repost something semalam sebelujm dia tidur 5pagi tu on his fb about cerita zul ariffin series tu pasal curang. The post tu is about this one makcik bagi kata2 nasihat pasal suami curang. Bunyi dia lebih kurang:- bla bla its the suami punya decision to do that takyah nak nambat hati suami yada yada kalau dia nak curang tu dia curang juga, biar serahkan pada Allah sahaja menjaga hati suami dan hati kita. Lol i was like how can this be a statement from a woman? Ayatnya terlalu one sided, sebab suami diuji jadi kita kena tabah dengan ujian lelaki yang tiada akal? Jadi kita harus menjadi bebal tak payah rasa iri hati or sakit hati terhadap pasangan yang buat perkara terkutuk terhadap kita begitu? Lelaki tak perlu ambil tanggungjawab ke untuk bagi nafkah batin, which is menjaga hati dan mental isteri? Lagi aku sedih adalah kerana partner aku repost, which dia nak show it to me to read it.. If so, boleh aku terima ayat itu, dengan harapan kau jangan rasa tersakiti pabila ada lelaki hebat yang bakar line :) Dan lagi satu, its not relevant because kau dah test aku dengan kecurangan sebanyak 3 kali, itu pun yang aku boleh kira. Yang aku tak kira bagaimana pula kan?
Starting from there, aku masuk je kereta.. Mood aku dah berubah. Aku banyak berdiam sepanjang perjalanan tapi aku okay2 lagi. Sebab aku tak heran sangat pun, aku ambil yang positif side je. Habis settle hal pelamin, around pukul 2pm. Aku dah ready for our next task, which is his interview. Member ni boleh pula ajak makan, ye tahu memasing belum lunch memasing lapar. Tapi interview kan lagi penting. Bila aku tanya, bukan nak pegi interview ke? Dia jawab benda lain.. Kata dia, angah dah siap kot interview tu.. I was like, aku tanya kau, kau jawab pasal laki lain? Dia ni oraite tak oraite? Dan yang peliknya, aku share hal kerja ni pada dia, dan mengharapkan dia keluar dari kelompok yang ada unsur scandal dalam company nya. Almaklumlah kekasih gelap masih di sana kan. Dalam masa yang sama, dia mengeluh tak cukup gaji lah apa lah.. Jadi semua ni takkan aku nak biar je dia mengeluh tiap hari sampai aku dah beranak pinak betul? Sendiri taknak cari jalan, tapi mengharapkan company bayar awak lebih memang tak dapat lah tanpa usaha sendir..
Coming back to the story, dia kata tak sempat. Aku cuba sempatkan dengan akhirnya kita tak pegi makan seperti apa yang dia mahukan. Dia dah stress sebab aku macam push, sedangkan aku tak bebel satu apa cuma aku kata bukan sayang kata nak pegi interview ke? Dalam perjalanan ke kl memang diam je kami berdua, takde sesi pegang tangan takde tanya khabar. Fyi, kita ni dah renggang tak jumpa macam selalu. Seminggu sekali, sampaikan dua minggu sekali pun ada juga. Tiada masa bersama nak spend time macam dulu atas sebab diri dia penat dan perlukan rehat. Aku okay je cuma for me, lagi kita tak spend time, lagi akan ada issue yang tak kena mengena. Aku perasan pada diri aku terutamanya, lagi seseorang tak bagi aku attention, lagi tu diri aku rasa berjauhan dan tiada apa yang aku nak cerita. Rasa macam tak penting pun semua benda untuk diceritakan. Sebaik kawan mahupun partner aku sendiri. Aku hilang rasa excited, hmm entahlah. Dah tua kot aku ni nak gedik2 dengan partner.
Sesampai di UTC, aku buka seatbelt lepas dia dah park. Ayat dia 4 patah je "tunggu je dalam kereta" tu jeee. Terus berderai air mata aku. Dari aku nak support dia teman dia nak wish goodluck, terus tak jadi semua tu sebabkan ayat dia. Aku pun tak tahu kenapa aku emo, aku macam rasa salah ke aku ni nak yang terbaik buat diri dia? Interview je pun bukan buang satu hari suntuk ambil masa dia kan. Dia rasa aku ni bossy ke? Terlalu push dia ke? Kebanyakan issue sedih aku adalah kerana ayat dia. Bagi dia normal dia tutur begitu, for me nope. Jadi biar jela aku menangis dan marah ke pujuk diri aku atas sebab perkara yang aku rasa sensitive. Aku pun ingat dia dah completely chaw from the car, aku pun dah lock kereta. Then aku dah ready untuk lepaskan kesemua air mata aku. Sekali beberapa minit tu, dia datang balik alahhh potong stim betul. Aku tengah nak lepaskan segala masalah yang terbuku dalam hati, dia dah nampak aku menangis lalu dia tanya kenapa nangis? Aku nak jawab apa? Suka nangis2 sajeee boring?
Terus aku ambil laptop dan berpura2 buat kerja. Baru aku perasan betapa banyak kerja aku bakal hadapi lelagi brand account aku Jeremy bakal tinggalkan aku dan company waktu hari perkahwinan aku. Bertambah stress menggunung bila another brand account Pria take over Eucerin dan bekerja dengan aku. Mana lah aku suka dia handle hmm, sebab sebelum ni banyak issue dah dengan dia. Belum lagi dengan junior designer aku Ainny nak kena buang. Banyak kerja + banyak kerja kahwin harus di settle. Dan banyak kerja personal (soal perasaan dan hati) yang aku kena settlekan juga. Aku tak boleh macam ni, aku kena kuat. Tapi tu lah tengah nak healing nangis, dah diketahuan.. Macam mana aku nak nangis nanti bila dah kahwin? Aku dah lah suka nangis time sensorang for release stress hmm. Satu hal nak cari port nangis dalam rumah aku sendiri yang kecik tiada ruang tu.
Aku aware of my surrounding waktu dalam kereta menunggu si dia. Banyak kali aku check sekeliling kalau dia dah balik dari interview. Sekali dia ketuk, ahh aku jem bila dia dah balik. Aku unlock kereta, dia tegur apa yang screen hitam tu. Aku cakap kerja, dia nak tengok.. Aku lagi jem.. Sedangkan aku tengah meluahkan perasaan by typing post ini. Hmm whateverlah aku tetap menipu, sebab kalau aku luahkan memang masalah besar baginya sebab issue aku yang sensitip ni. Lagi aku luahkan kang lagi banyak air mata menjurai. Dan aku baru sedar, aku kena kurangkan nangis sebab aku cepat pening kepala kalau nangis, sakit woaa. Dan eyebags lagi ketara bila menangis hmm. Jadi kita pun teruskan perjalanan pegi makan di serdang tanpa berkata apa. Diam sediamnya pergi dan balik tak kata apa. Takde pegang tangan macam selalu, takde tanya apa khabar. Lidah ku terkelu sebab aku masih processing dan telan kepahitan yang berlaku. Small matter je, tapi aku sensitive jadi biarlah aku dengan dunia sepi aku. Aku taknak serabutkan kepala otak orang lain. Cukup aku sorang dengan dunia ku sendiri merasa sepi pabila hati dilukai.
2 notes · View notes
typingrose · 11 months
Text
Keluhan Hati 12 June
Kalau aku diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, aku akan pilih untuk cari partner yang sekufu. Kenapa aku terfikir nak cakap sekufu? Disebabkan partner aku pernah bilang banyak kali yang kita tak sekufu dari segi pemikiran, dia A dan aku B. Aku tak pernah suka jadi terlebih dominant dalam satu hubungan, jujur. Tapi aku terpaksa, sebab apa? Sebab partner aku ada banyak kekurangan. Kekurangan yang banyak aku kena suap dari dulu, dan aku tak dapat pun rasa jasa aku dibalas dengan appreciation. Malah jasa baik aku hanya dibalas dengan kecurangan dan kesakitan hati berkali kali.
Aku sedar, aku juga bukanlah insan yang perfect. Aku juga punya kekurangan dan aku tak pernah menafikan tentang keegoan aku. Cuma ego aku memberontak apabila aku rasa aku sahaja yang selalu mencari jalan dalam semua situasi. Macam dia tak reti english, dia minta bantuan. Aku tolong dari bangku sekolah, sedangkan benda ni simple je boleh google. Atas sebab dirinya yang malas dan perlu disuap, aku manjakan dia SEHINGGA KINI. Aku ada tegur banyak kali, tapi begitu jela tiada perubahan walaupun usia dah meningkat. Kerjaya, aku faham rezeki dia macamtu atas sebab keputusan pembelajaran yang tak memberangsangkan. Aku cuba bantu, tapi dia rasa career yang aku tolong carikan mostly tak kena dengan dia. Bagi aku dia ni belum cuba belum tahu, just go for interview sahaja boleh jadi issue pergaduhan kecil. Tak apa lah, mungkin silap aku sebab terlalu push. Tapi jangan lah asyik mengeluh gaji tak cukup dan mengharapkan company bagi kenaikan pangkat, walhal awak tu pung pang english pun tak reti. Cukup sahaja dengan create resume from scratch. Tak pernah langsung dia buat sendiri. Rezeki, sejujurnya partner aku tak pernah rasa cukup dengan rezekinya. Barangan idaman dia semuanya luar biasa macam hidup dalam golongan T20, tapi tak pernah sedar bahawa duit poket macam B40. Ye tak salah nak berangan, cuma aku muak dengan permintaannya yang bukan bukan. Aku pun takde shop branded items, bagi aku semua tu pembaziran. Dia, flex.. Itu sahaja motifnya. Biar papa kedana, janji bergaya. Sebab itu gadis2 rasa dia ni kaya. Kaya atas rezeki orang lain, tiada siapa tahu. Kalau aku ni sekufu dengan dia, aku pun turut jatuh miskin macam dia. Takde lah si dia dapat makan minum harian tanpa bantuan aku atau maknya. Takde lah berdating sampai makan dine in hotel. Takdelah every week check in sana sini, atas melepaskan nafsu buaya dia tu.
Alasan untuk dia kekal stay dengan aku, adalah sebab "susah senang bersama". Aku rasa aku sorang je ada disisi dia bila dia tengah susah. Dia tak pernah ada waktu aku susah. Especially waktu arwah atok dan arwah ayah aku sendiri meninggal! Aku cukup dendam!!! Waktu arwah atok aku meniggal, dia curang dengan kawan mutual kita. Dia sanggup tinggalkan aku dan pergi dengan perempuan lain, atas sebab suka disukai. Waktu arwah ayah aku meninggal sakit tenat, mana dia??! Ketepikan hal ego aku sebab tak msg dia tatkala aku berasa sedih dengan kelakuan tunang aku ketika itu. Apabila aku mahu menyelesaikan masalah, dia berlari dia mengelak dari meluahkan masalah yang dihadapi antara kita berdua. Adakah caranya betul? Dan adakah dengan mencari perempuan lain untuk meluahkan masalah itu adalah betul? Aku betul betul tawar hati dengan semua keadaan rumit yang aku lalui
Cukup lah, aku penat kena tocer mentally. Dan banyak lagi benda yang masih terbuku dalam hati aku. Apa je aku nak jawab pada anak aku nanti. Kenapa ummi sayang ayah? Macam mana aku nak jawab tanpa berasa kecewa? Adakah sebab keadaan memaksa? Hmm sudahlah.. Penat aku keluh tiap hari overthinking tentang kehidupan partner aku. Mungkin takdir aku begini, dihabiskan masa atas dunia dengan menjadi penyuap rezeki buat suami. Suatu hari jika aku tiada, janganlah rindukan kebaikan aku. Dan semestinya mudah untuk dia melupakan aku, sebab dia senang cari pengganti hidup. Trust me!
0 notes
typingrose · 11 months
Text
fff
fff
0 notes