Tumgik
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Mensyukuri NikmatNya Waktu pertama kali tahu salah seorang sahabat saya sakit, dalam bulan lepas, waktu itu tuhan hadirkan suatu perasaan yang sangat hiba, takut, sedih akan kehilangannya. Waktu itu juga bersungguh meminta supaya dia diselamatkan, dikurniakan kekuatan, dikurniakan kepada saya kesempatan masa agar dapat bertemu dengannya lagi dan dikurniakan segala apa pun yang terbaik untuknya. Dan dalam bulan ini, alhamdulillah tiap doa itu dimakbulkanNya, diberi kemudahan menyusun perancangan dan mendapatkan izin orang tuaku untuk bertemu dengannya, dikurniakan izinNya untuk benar-benar melaksanakan tiap satu perancangan itu, meskipun hampir mendapat musibah namun alhamdulillah selamat daripadanya, meskipun ada juga yang berlaku bukan seperti yang direncanakan, namun penghujungnya, dapat saya saksi sendiri sahabat saya semakin pulih, semakin sihat, semakin kuat. Tuhan berikan lebih lagi kesempatan, dapat melihatnya, berbual dengannya, bersalaman dengannya, peluk tubuhnya, dan berkasih sayang dengannya. Sungguh Allah itu Maha Pemurah. Alhamdulillah atas setiap satu kurniaanNya padaku, dan semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat jagaan kasih sayangNya serta perlindunganNya. https://www.instagram.com/p/CCj8G-jpBAL/?igshid=gnjo972ae3u0
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Jangan Putus Asa Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pemurah, Allah Maha Mengasihani, Allah Maha Kaya, Tetapkan diri dan hati supaya terus berusaha, inshaAllah pasti akan diberi ganjaran untuk kita, fikir yang baik-baik, husnuzon pada segala kebesaranNya & ketentuanNya, moga dikurniakan kejayaan dunia akhirat. https://www.instagram.com/p/CCEsvtBpmGh/?igshid=1bsmrc38oxxt9
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Seronoknya Bersyukur Baru kejap tadi tonton satu segmen berita TV3, mengenai pembukaan semula khidmat Pasar Malam di lokasi saya lupa hehee maaf. Tapi bila wartawan tu bertanya kepada para peniaga Pasar Malam tersebut, sesungguhnya mereka sangat mensyukuri peluang untuk berniaga sekali lagi itu. Kerana kebanyakkan dari mereka telah terputus punca pendapatan apabila berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan ini, di mana tapak-tapak pasar tidak dibenarkan beroperasi sama sekali. Boleh bayang tak macam mana mereka jalani hari-hari semasa PKP haritu bila punca pendapatan terputus, PKP pun bukan sekejap, berbulan-bulan. Subhanallah, kental sungguh hati seorang peniaga pasar malam ini kan. Ada yang sampai menangis terharu kerana dapat kembali berniaga, meskipun terpaksa patuhi prosedur yang ditetapkan terpaksa berpindah lokasi dan sebagainya namun, hal itu tidak mematahkan sangat mereka untuk kembali bekerja dan berusaha mencari rezeki dikala situasi sekarang yang melalui norma baharu. Saya doakan buat semua peniaga kecil diluar sana agar Allah kurniakan rezeki berganda-ganda bagi mereka, rezeki yang berkat seluas langitNya, rezeki yang tidak pernah putus seperti air zam-zamNya yang betebaran di seluruh pelusuk dunia, rezeki yang membawa kebaikan, membawa mereka ke syurgaNya. https://www.instagram.com/p/CCD66unJx38/?igshid=1r7u55znow9mk
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Surah Ghafi, Ayat 44 Tergerak nak mencontohi pelan-pelan tabiat Prof Muhaya, yang tak akan buang masanya dengan perkasa sia-sia, yang selalu mengisi masanya dengan mendengar ceramah dari laman media sosial Youtube, kerana baginya tiap waktu itu amatlah berharga buat mengumpul sebanyak mungkin saham akhirat selagi masih terus bernafas. Mudah-mudahan saya dan kita semua juga mampu mendidik diri dan hati supaya kerap fikirkan kehidupan akhirat kita. Alhamdulillah, petikan ayat daripada surah Ghafi ini akan menjadi pemula bagi diri saya, supaya saya memperbetulkan semula nawaitu bagi sesuatu amalan itu. Meletakkan tawakal penuh kepada Allah, mudah dilafaz namun sukar dicapai melainkan kita benar-benar melazimi sungguh ayat dan maksudnya itu. Perkongsian dalam ceramah ustazah Asma Harun, yang bercerita mengenai kehebatan ayat ini dan ia juga membuka mata hati saya akan mengapa apa yang saya lakukan selama ini seperti tiada memberi sebarang kesan. Allahu, niat yang menjadi asas kepada sesuatu urusan, kalau salah niat, maka salah lah juga hala tuju urusan itu. Sedikit petikan ayat daripada video ceramahnya itu: "Sakit, sedih, sempit yang kita rasa dalam hati kita, Allah, exactly boleh rasa, boleh tahu, boleh faham apa yang kita rasa sebab rasa itu sendiri juga adalah makhluk Allah SWT, yang Allah beri sifat rasa itu dalam diri kita..." . . "Allah betul-betul boleh rasa, Allah betul-betul Maha Mengetahui, bukan Allah rasa tapi Allah mengetahui bagaimana sakit kita..." . . "Jadi ayat itu sebenarnya, ia membantu kita tawakal penuh kepada Allah SWT. Di sana, ulamak menyebutkan, selama mana seorang hamba, berdoa dengan yakin kepada Allah, tak ada ragu ragu sedikit pun, selama itu doa pasti akan dimakbulkan oleh Allah SWT..." . . Subhanallah... https://www.instagram.com/p/CCCiK_1JOVI/?igshid=bu282t8qjmzs
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Ds Sheila Ashaari AS Wahhhh SEMUA SEKALI Kurung ada sale lahhh. Nak masuk stok Raya Haji lah macam ni! RM69/pcs postage RM7/RM12 RM120/2pcs FREE POSTAGE SEMENANJUNG/ SS RM12 "Swipe" kiri, gambah contoh setiap kurung yang tengah SALE ni, warna seperti di bawah: Kurung Italian Pink Purple Olive Grey Kurung Chantika Emerald Olive Kurung Beautiful Emerald Blue Orange Grey https://www.instagram.com/p/CCAKE_QJoMo/?igshid=v4canii44o2t
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Sedar Salah Sendiri Jenis saya bila dah buntu akan sesuatu hal itu, pasti akan cuba dapatkan nasihat daripada sahabat-sahabat saya. Dan hari ini, diceritakan segalanya pada seorang sahabat saya, mudah bagi dia menangkap isi luahan saya itu, sebab tu saya gemar sangat berkongsi dengannya, tak perlu susah susah nak susun cerita saya biar dia faham. Atas segala hal yang saya ceritakan dan saya rasa saya dah cukup betul dah, rasa bukan salah dari diri saya dah, tapi dia juga dapat tangkap salah saya di situ. "Tapi awak kena tahu juga, siapa yang membuka ruang untuk dia buat begitu...?" Kemudian saya berfikir sejenak, dan betul juga yang dikatakannya itu, saya juga yang mengizinkannya untuk terjadi. Pada masa yang sama, saya kagum sahabat saya ni, dan saya jadi termuhasabah. Ada baiknya juga bagi mereka yang sering menjadi pendengar ni, menyatakan kebenarannya dan menyedarkan semula hakiki sesuatu perkara itu bagi seseorang yang dah rasa apa yang dia buat tu semua betul. Sebab bagi orang macam ni, macam sayalah mudah digambarkan, saya tak akan nampak salah sendiri ni, semuanya nampak cukup betul, sedangkan dari sudut pandangan orang lain, dengan mudah mereka boleh nampak silap dan salah kita itu di mana. Jadi, buat para pendengar masalah di luar sana, jangan lah kaburi suatu kesalahan itu demi menjaga hatinya, sebaliknya tegurlah secara baik, jika baik tegurannya, baik jugalah penerimaannnya, inshaAllah dan saya juga sedar salah saya sendiri. Semoga kita semua sentiasa didampingi orang-orang yang selalu mengingatkan kita kepada Pencinta kita. "Swipe" kiri untuk lihat "feedback" FJ Lovers. Dipakainya sampai ke luar negara sudah. Tetap disokongnya tidak panas! Sebab apa tak panas? Haa "swipe" lagi... https://www.instagram.com/p/CB-owKBpLdg/?igshid=13ykvu2hfkyj
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Ds Asy Syifa AS Berbaki 2 hari sahaja lagi LOVE, tawaran RM99 umpama dapat 6 set dalam 1. Bahagian atas semua dijahit bersama menjadi satu helai pakaian, dapat pula kain/ seluar mengikut pembelian LOVE semua minati. 🔛Tudung 🔛Niqab 🔛Jubah separa lutut 🔛Sarung tangan 🔛Kain/seluar 🔛Telekung Teruskan "slide", kita ada FRENCH JILBAB CLASSIC 2.0 (versi kain), FRENCH JILBAB SPORT (versi seluar) & FRENCH JILBAB ATILIA (versi jubah). Cepat bertindak, sebelum terlambat! Mana yang lagi berbaloi, mahal berkualiti atau mahal dengan banyak manfaatnya? https://www.instagram.com/p/CB9dLI0JXae/?igshid=1isoo6ubwqsso
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Kasih Sayangnya Luasnya kasih Allah untuk hambaNya, sentiasa gantikan kepahitan dengan kemanisan. Perpisahan telah menjadi titik pahit bagiku tiap kali ia berlaku, namun digantikan oleh Nya dengan pertemuan baharu, kehadiran insan yang amat menyayangiku lebih dari diriku sendiri. Daku pinta kasih sayang dari Allah, Dia kurniakan daku kasih sayang oleh makhlukNya, menyalurkan kasih sayangNya melalui makhlukNya, agar daku dapat merasa nikmat berkasih sayang keranaNya dan supaya daku bersyukur dengan tiap kurniaanNya itu adalah dariNya. Moga tetap utuh dan panjang jodoh pengenalan kami di dunia ini juga mereka yang daku sayangi dunia akhirat ku sampai lah kami dapat mencapai syurgaNya bersama-sama. Saya sayang awak kerana Allah ta'ala, ya sahabat. https://www.instagram.com/p/CB69ylJJc6V/?igshid=7tuwo5chh0pa
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Perkongsian Sahabat Kelmarin ada sahabat saya berkongsi mengenai hal ini kepada saya dan rakan-rakan di whatsapp. Ibundanya yang mula berkongsi dengannya lalu dia terdetik ingin kongsikan pula dengan kami semua. Dan kini saya kongsikan juga untuk semua sekali yang membaca. Perkongsian ustazah Asma mengenai hal ini, yang telah dikatakan oleh seorang dr pakar hormon, bahawa telefon inilah yang menjadi punca rosaknya dalaman wanita, gelombang yang dihasilkannya mampu melemahkan segala imunisasi, hormon, saraf dan sebagainya. Tetapi, al-quran ini pula suatu mukjizat yang masih kekal hingga ke hari ini, gelombang darinya mampu menukarkan dari cas-cas negatif ke positif. Pegang sahaja, belum lagi baca, dah dapat menfaatnya yang luar biasa. Oleh itu, bagi mereka yang selalu menggunakan telefon sebagai bahan bacaan al-quran utamanya, gantikanlah kembali dengan naskah buku al-quran yang sebenar, yang ada di telefon itu gunakan sekadar apabila tiada pilihan sangat dah untuk guna selain al-quran. Bukan meminta untuk terus "uninstall", hanya kurangkan sahaja penggunaan telefon pintar kita dalam sehari itu. Moga manfaatnya dapat kita peroleh bersama-sama, ambil iktibar dan jadikan tauladan. InshaAllah. https://www.instagram.com/p/CB6vUtNpPXM/?igshid=1d7foeh9ixg8y
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Ds Tshirt Hazel Dakwah THD Assalamualaikum LOVE semua, panggilan terakhir untuk segera dapatkan mana-mana koleksi t-shirt labuh mahupun t-shirt "hoodie" dengan harga paling berpatutan! Tidak perlu risau tentang warna, Tidak perlu risau tentang saiz, Kerana ini dalah Preorder Special Happy Hour! Pembuatan akan mengambil masa selama 16 hari BEKERJA, kemudian barulah penghantaran akan dibuat. Jadi setelah order perlu tunggu selama dua minggu lebih ya, barulah akan kita berikan "no tracking". 1 pcs mengikut harga pada gambar 2 pcs ke atas dapat FREE POSTAGE 3 pcs dapat lagi FREE MASK pakai guna lagi. Sila lihat di "ig story" bagi setiap koleksi, warna, juga saiz THD. https://www.instagram.com/p/CB4PswiJosp/?igshid=3qzdfkcd0eug
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Magik Dr Amalina 1.0 "Cuba untuk tidak berdebar apabila diuji, bayangkan setiap ujian adalah plastik kepada hadiah. Terima plastik, hadiah akan datang" Magik yang ini bukannya seperti mainan ilusi ahli silap mata tu, tetapi ianya ilustrasi amalan harian yang apabila kita mengamalkannya, inshaAllah akan mendatangkan keajaiban yang luar biasa ke atas hidup kita, dan itu lah yang digambarkan Dr Amalina Nudin berkenaan magik hidupnya. Yang baik, kita amalkan bersama-sama dalam usaha mengejar pahalaNya, semoga manfaatnya juga dapat kita rasai bersama-sama. https://www.instagram.com/p/CB4DEM3pomh/?igshid=15lzpyteubiy5
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Doakan Jodoh Kita Harini, kawan kongsikan doa di gambar akhir sekali tu, minta supaya saya dan yang lain amalkannya. Perihalnya, harini dia ada urusan di pejabat agama, dan mengetahui ada 2 kes cerai yang mana usia mereka kurang lebih sebaya umur kami. Takut bila fikirkan kalau berada di tempat mereka yang melalui fasa cerai itu. Jadi, mudah-mudahan apabila sampai akhirnya jodoh kami kat dunia ni, kami dapat harunginya dengan terbaik sekali. Haritu, ada kawan bagitahu suatu kenyataan ni pasal diri dia, mula ayat dia tu "weh aku bagitahu hang satu benda ni, hang terkejut dak?" Benda dia tak bagitahu lagi macam mana nak terkejut kan, tapi hal nya adalah tak pernah doakan kepada jodohnya sendiri selama ni. Saya cuma "Ooh..." dan buka. "HAA?!" . Sebab saya faham kenapa dia begitu dan saya pun sama, pernah juga sebelum ni memang tak pernah nak doakan langsung kat jodoh. Sebab masa zaman belajar, memang fikir "Alaaa nak kahwin lambat lagi, kalau couple sekali pun belum tentu kahwin juga." Bila dah mula tinggalkan zaman sekolah zaman uni je baru lah terasa nak doakan, nak cari doa apa yang bagus untuk jodoh kita yang kita tak tahu siapa dia. Hanya tuhan je yang mengetahui hal tersebut, lalu biar lah segala urusan doa kita Dia yang tolong sampai kan kepada yang selayaknya itu. Jadi kalau "swipe" kiri, itu doa saya untuk jodoh, hasil carian di blog-blog dan olahan sendiri ditambah-ditambah mengikut apa yang saya inginkan. Semoga bermanfaat buat semua. Salam malam Jumaat. https://www.instagram.com/p/CB3J9Whpl2L/?igshid=dr8dwxnqy16w
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Kehilangan Sementara "Tiada yang hilang selamanya, Hanya ke suatu tempat lain, Seperti barang hilang yang ditemui" Petikan daripada cerita Mary Poppin tadi pagi buat saya sedar akan suatu perkara. Jika kita sandarkan hal tersebut kepada seseorang yang kita sayang, dan jika kehilangan itu dipisahkan dengan kematian, hakikinya yang kita selalu nampak, memang lah sedih kerana telah tidak dapat berjumpa DI DUNIA ini. Tapi yang tidak kita nampak, atau saya sendiri tak nampak selama ini adalah, DI AKHIRAT & DI SYURGANYA, masih ada perjalanan kehidupan yang bakal kita lalui setelah tamatnya riwayat kita untuk terus hidup di bumi ini, jadi di situlah akan adanya pertemuan kembali bersama-sama mereka yang kita sayangi, inshaAllah. Namun haruslah tetap berusaha, berdoa dan merayu padaNya supaya diadakan pertemuan itu kembali di syurgaNya. Letakkan ingatan, rindu dan sayangkan seseorang dalam doa adalah lebih bermakna, kerana Dia yang menjagakan insan-insan yang telak kita doakan. Semoga setiap perpisahan yang bertemankan air mata kesedihan akan dapat terganti dengan pertemuan semula yang bersulamkan air mata kegembiraan https://www.instagram.com/p/CBzcQixJpoA/?igshid=1kd2w4gv2dfem
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Bahasa juga Doa Perkongsian dari Dr. Amalina Nudin selalu membuka mata hati saya, mama pun selalu pesan macam ni, bahasa tu ja, jangan keluar perkataan yang tak sepatutnya, kelak yang benda benda tak elok yang disebut tu yang boleh makan diri. Maka jagalah bahasa percakapan kita, rasa susah, takpe belajar, tak semua mudah untuk semua org, yg penting usaha nak amalkan, itu lebih besar dari yang telah menjadikannya kebiasaan. Nak mengeluh, jgn mengeluh putus asa, tapi mengeluh bahawa Allah akan gantikan dengan lebih baik, inshaAllah https://www.instagram.com/p/CBzGBQQJcWg/?igshid=ykqy6w0p0rzf
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Ds Sheila Ashaari AS PIMPIMPOMMM! KURUNG ITALIAN TUMPANG LALU Tengah cari koleksi busana untuk Raya Haji nanti? Apa kata singgah sini. Design terbaru yang "Up-To-Date" bersulamkan tangan tau, bukan sulam tampal. Bukan biasa biasa kita nak LOVE semua keluar beraya kali ini, "topup" Raya Aidilfitri haritu yang tak ke mana-mana pun tu, haaa ni dah boleh keluar pergi beraya sakan, kena la nampak "VaVaVooM" juga kan. Ada 5 warna untuk pilihan LOVE semua, "ZOOM" lah selagi mahu kalau tak puas tengok corak sulamnya tu. Harga tidak termasuk kos pengeposan: 1 PSG RM119🔥 . 2 PSG RM230🔥 . 3 PSG RM300🔥 https://www.instagram.com/p/CBr68QKJp6u/?igshid=rwbp2khlp9qs
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Nikmat Keselamatan Nikmat ni paling terasa apabila masa zaman belajar di uni dulu, waktu dapat keluar ke pekan, pergi mana-mana yang jauh, luar dari kawasan uni, setiap kali keluar tu akan "drive" kereta by sewa dengan sesiapa atau naik motorsikal sahaja kalau tak jauh sangat. Sampai je dapat pulangkan semula kereta pada tuan dia semula, waktu tu baru dapat bernafas dengan lega semula sebab keretanya dah dalam keadaan selamat dikembalikan. Kalau tolong bawakan kawan-kawan yang nak selesaikan urusan dia di luar, walaupun dia dah selesaikan segala hal dia, kemudian masuk kereta semula dah dan luah rasa syukur segala urusannya dah selesai, dia pun dah senang hati, tetapi saya belum terasa nak bersenang hati lagi. Bagi saya pada waktu itu belum lagi selesai urusan saya, iaitu membawa semua pulang dengan selamat dan kereta juga dapat dikembalikan kepada tuannya dalam keadaan yang elok. Kemalangan ni kita tak boleh nak jangka dari arah mana yang dia mungkin nak datang, walaupun kita dah habis berhati-hati, dah mengawasi sekeliling kenderaan kita selamat atau tidak, benda tetap boleh berlaku. Sedangkan dalam uni sahaja, boleh berlaku kemalangan yang sehingga patah riuk tulang budak tu. Allah, trauma betul kes tu. Lama juga ambil masa untuk keluar semula selepas kejadian tu, masih terngiang-ngaiang bunyi hentaman kuatnya tu. Kawan lagi lah, dia memang tengah menghadap kejadian tu, terang-terang jadi depan mata dia. Allahu, minta jauh daripada terlibat kemalangan macam tu. Apa pun, alhamdulillah sangat, saya dan kawan-kawan masih terpelihara daripada terlibat kemalangan yang serius tu. Dan semoga kita semua tetap berada di bawah lindunganNya. Jaga diri semuanya okay! "Swipe" kiri (ig) atau "scroll" bawah (fb), PROMOSI UNTUK HARI INI SAHAJA by TSHIRT HAZEL DAKWAH! Preorder Cik Ropol dengan setiap tempahan minima 3 helai, harganya RM99 sahaja! PERCUMA pengeposan pula tu. Dapatkan sekarang, ingat hari ini sahaja pengambilan tempahan (21 Jun 2020). https://www.instagram.com/p/CBrLCvAJdAJ/?igshid=i6tonauz7wj9
0 notes
thirahnani · 4 years
Photo
Tumblr media
Chapter Murah Rezeki Amalan yang dikongsi oleh seorang insan yang saya terlupa namanya. Boleh kita amalkan bersama-sama selepas ni. Bacaan lanjut di sebuah blog, amalan memberi salam dan juga membaca surah al-Ikhlas selepas memasuki rumah dapat mengeluarkan kita dari kesempitan hidup. Sedikit perkongsian dari penulisannya, Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas 1 kali – Dirinya akan diberkati. 2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati. 3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati. Banyak ilmu yang dikongsinya lagi di laman blognya, bacaan lanjut boleh dicari seperti di bawah. Sumber: Dunia Korban: Amalan Membaca Surah Al-Ikhlas Selepas Memberi Salam Kepada Orang Di Rumah Membantu Anda Keluar Dari Kesempitan Hidup https://www.instagram.com/p/CBqIBpxJpTK/?igshid=1vdgdr1hhy8zt
0 notes