Tumgik
#puakkedayanbrunei🇧🇳
ajrulmail · 1 year
Photo
Tumblr media
Anak kedayan, Anak Brunei 🇧🇳 Nama Kedayan dipercayai berasal dari kata Kedayan atau Kadang Kadayan yang membawa maksud pengikut atau 'retainer' kepada kerabat di raja. Nama ini dipercayai diperolehi bersempena dengan pekerjaan awal nenek moyang mereka yang diyakini berasal dari tanah Jawa atau dari wilayah-wilayah yang mempunyai pengaruh Jawa yang kuat. Kepercayaan awal mengatakan yang bangsa Kedayan ini berasal dari 40 orang tukang dan pengikut Raden Angsuka Dewa putera raja Majapahit yang kalah bersabung ayam dengan Alak Betatar. Mereka menjadi taruhan dan gadaian. Peristiwa ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1340an. Penempatan asal mereka dikatakan terletak di Mejawa Jerudong Brunei. Orang-orang tua Kedayan dahulu sering menyebut perkataan Kedayan Mejawa. Nama Kedayan Mejawa juga pernah disebut dalam kajian lisan asal usul Kedayan oleh UMS Labuan. Kedayan dikatakan pengikut Puteri Lela Menchanai permaisuri Sultan Bokiah. Samaada mereka dibawa direct dari lingkungan Istana Jawa atau tidak, itu tidak pasti. Mungkin mereka ini merupakan keturunan rombongan kapal yang dibawa bersama-sama dengan Puteri Lela Menchanai. Ini adalah kerana ada pendapat yang mengatakan sewaktu berada di Jawa, baginda Sultan Bolkiah telah menawarkan beberapa orang Jawa untuk berhijrah ke Brunei dan menanam padi serta tanaman di sana, kerana baginda kagum dengan keahlian bangsa Jawa ini dalam bidang pertanian. Rekod di Brunei juga mencatatkan yang bangsa Kedayan merupakan bangsa yang pertama memperkenalkan penanaman padi sawah di sana. Tapi di dalam Syaer Awang Semaun, tercatat bahawa bangsa Kedayan ini telah wujud seawal kewujudan Awang Alak Betatar lagi. Ini disebut di dalam kisah orang Kedayan telah menolong angkatan laut Johor mencari Puteri Dayang Pingai yang diculik oleh Awang Semaun untuk diperisterikan oleh Awang Alak Betatar. Mungkin kedua-duanya benar. Kumpulan Kedayan yang pertama ialah keturunan pengikut Raden Angsuka Dewa dan kumpulan yang kedua ialah rombongan dari Jawa yang di bawa oleh Sultan Bolkiah dalam tahun 1524 Masihi. Sumber https://borneohistory57.blogspot.com #themoreyouknow #brunei #puakkedayanbrunei🇧🇳 #kenalinegarakitani #KNK (at Bandar Seri Begawan, Brunei) https://www.instagram.com/p/Co_XbJKPibl/?igshid=NGJjMDIxMWI=
8 notes · View notes