Tumgik
#Telur Masak Kicap Lada Hitam
Text
Resepi Ayam Sizzling Cendawan Awesome!
Resepi Ayam Sizzling Cendawan Awesome!
Tumblr media Tumblr media
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong kecil)
3 cawan air
10 tangkai cili kering (potong) *
5 tangkai cili api (ketuk) *
8 ulas bwg putih (ketuk) *
1 1/2 inci halia (ketuk) *
1 biji bwg holland (hiris) *
1 sb minyak (untuk tumis bahan bertanda *)
6 sb sos tiram
6 sb kicap manis
6 sb kicap cair
1 sk minyak bijan
(Kicap, sos tiram leh je lebihkan)
1 ketui kiub ayam/1 sk serbuk pati ayam
Sedikit serbuk lada sulah, serbuk lada hitam
4 sb tepung jagung ( dibancuh ngan air )
Garam n 1 sb gula
Sayur leh guna sawi, kailan, karot dan hero utama adalah shiitake mushroom dan enoki mushroom . Buh byk2 cendawan pun xpe
Cara buat
Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * tadi sampai naik bau. Cili kering tu goreng garing sikit pun xpe. Baru naik aroma hangit sikit. Pastu masukkan ayam, goreng2 separa masak. Masukkan air. Biar ia mendidih.
Masukkan, sos tiram, kicap manis, kicap cair dan minyak bijan secukupnya. Sukatan atas tu anggaran. Saya terus tuang je dr botol. Lagi byk lg sedap sebenarnya. Masukkan kiub ayam/serbuk pati ayam, lada sulah, lada hitam, garam n gula secukupnya.
Garam hati2 takut terlebih masin
Pastu, masukkan hero kita iaitu cendawan tiram n enoki. Biar dia masak elok. Agak2 kuah nampak surut sikit, leh masukkan bancuhan tepung jagung tuk memekatkan kuah. Kacau2 sikit. Leh tutup api
Ok tuk sayur, saya suka celurkan je. Bila nak mkn, sediakan hot plate, bubuh nasi atau yee mee, tuang ayam sizzling, pecah telur n tabur sayur tadi. Hati2 panas…
0 notes
Photo
Tumblr media
Telur Masak Kicap Lada Hitam
16 notes · View notes
lola-arabella · 4 years
Text
Tumblr media
Nasi Kandar Hijau Kuning..😁😁😁
Kuah banjir special untuk mak hari nie... hehe
#lunch
#cuti_raya
#rumah_mak
#EDIT_RESEPI
.
.
.
.
.
.
RESEPI NASI KANDAQ MAMAK
Resepi Kuah Kari Kaw Taruk Atas
( kosong, tanpa ikan@ayam@daging)
2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
( semua rempah & serbuk2 dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati)
Bahan2 kisar:
1 biji bwg besar*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(Semua bahan bertanda * diatas di kisar@ ditumbuk halus)
2 ketul kiub pati ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air secukup nya
Minyak 3/4 cawan
Bahan2 tumis:
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba campur
Cara2:
-Panaskan minyak dlm periuk...bila panas tumis bahan2 tumis hingga naik bau..
- kemudian masukkan bahan2 kisar tadi...Bila dah harum masukkan rempah2 dan serbuk cili & kunyit yg dah di bancuh tadi..
- kemudian kacau2 hingga naik minyak..bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air...Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering,kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi.. Proses ni yg akan menyedapkan kuah kari..
- Selepas itu masukkan kiub pati ayam,gula, garam, pes asam jawa adabi 1/2 sudu besar atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar..
- Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap... last sekali bila hampir selesai boleh bubuh lagi daun kari.. Rasa dulu sblm selesai kan masak ye..
-Dah siap kuah mamak dan boleh taruk atas nasi @ ayam.
***resepi kuah mamak ini hanya perlu buat jika anda buat ayam goreng mamak atau berempah sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari mamak lagi ye..
Kari mamak ini juga jika suka anda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi... Baru masukkan air...
P/s : kpd penggemar kaki ayam.. boleh juga masukkan kaki2 ayam sahaja dalam kari kaw ni..untuk beri perisa yg lebih ummpphh pada kuahnya...
______________________________________________________
Masak Hitam Manis Mamak
Bahan2:
2 kiub pati daging maggi
1/2 cawan kicap
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
Bahan2 digoreng tanpa minyak dan dikisar kering:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
3/4 sudu besar biji ketumbar
1/4 sudu besar lada hitam
Bahan kisar basah:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
7 tangkai cili kering dikerat, direbus dahulu & dicuci bersih -toskan
Rempah ratus yg lain:
3 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
1 sudu kecil pes asam jawa adabi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak utk menumis
Cara2
- Panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan2 kisar basah sehingga naik bau..
- masukkan rempah2 kering yg dikisar tadi..
- Masukkan kiub pati daging..Kacau hingga mesra... masukkan sedikit air.. perlahankan sedikit api.. biarkan hingga ia memekat..
- Setelah pekat masukkan asam jawa, garam, perasa, kicap & sos tomato serta sedikit air panas...Masak sehingga kuah agak pekat dan mesra...
- Rasa.. sesuaikan rasa dengan citarasa yg anda inginkan..
- Siap dan boleh dihidangkan..
p/s:
Untuk pengetahuan semua saya mmg tak letak daging atau ayam pun dalam masakan hitam manis saya utk menu nasi kandaq ni.. sama seperti kari kaw saya... saya cuma gantikan daging@ayam dgn kiub pati daging 2x.. sbb saya cuma inginkan kuahnya.. so saya masak kosong je..kalau sesiapa yg suka boleh ikut cara saya.. mmg tak mengecewakan pun rasanya wpun tanpa daging atau ayam didalamnya..tapi kalau anda nak letak daging @ ayam takde masalah.. boleh je..👍🏻👌🏻🤗
______________________________________________________________
Ayam goreng mamak
Bahan2 ayam goreng mamak:
1 ekor ayam - dipotong 8 & dicuci bersih
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil lada sulah
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Minyak yg banyak utk menggoreng
Cara2:
- Gaulkan tepung jagung, tepung beras bersama bawang putih dan halia...Gaul rata...
- Masukkan serbuk kari,serbuk cili, serbuk kunyit,lada sulah, garam, gula dan perahan air limau nipis... Kacau rata...
- Masukkan ayam dan sedikit air...Perap selama 20- 30minit...
- Gorengkan ayam secara deep fry ye...mula2 masukkan ayam pastikan minyak betul2 dah panas.. lepas ayam dah masuk perlahankan api dan gorengkan hingga garing.. angkat & toskan...siap untuk dihidangkan.. saya suka goreng size besar..lepas goreng saya kerat2kan.. ala2 macam kat kedai mamak..😘❤️️👍🏻
Bahan2 pelengkap menu:
Nasi putih
Telur rebus
Bendi -celur
Poppadom
.
.
.
Pemilik Resepi - Adnilsam Apat
tq untuk resepi yang sangat sedap...
cuma nasi tu sy ubah sikit...😊😊😊😊
Cdt are peace
0 notes
bustoregadgets-blog · 4 years
Photo
Tumblr media
Follow juga: @resipikampung @rasa.antarabangsa @mytravelmurah @mysabrinabakery @lifehack.my . Snack Plate Ala KFC ------------------------------------- Ayam Goreng : 1/2 ekor ayam - potong & cuci bersih Bahan perap ayam : 6 ulas bawang putih - tumbuk halus 1 inci halia - tumbuk halus 1/2 sudu teh cili flake - Gaul ayam bersama bahan perap. Kemudian biarkan dalam peti sejuk selama 1/2 jam Campuran Tepung Gorengan : 3/4 cawan tepung bestari 1 ½ cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung beras Sedikit garam Telur untuk celup ayam - Campur semua bahan tepung goreng - Celup ayam pada telur kemudian golek ayam pada tepung. Kemudian celup lagi ayam pada telur dan golek semula pada tepung. Tujuannya supaya tepung jadi tebal. Sekiranya tak mahu tebal,cukup sekadar sekali salutan saja - Goreng hingga ayam kekuningan Coleslow : Kobis - hiris halus Lobak merah - hiris halus Mayonis - Gaul bahan coleslow kemudian masukkan dalam peti sejuk Kentang Lecek : 5 biji kentang (saya guna russet potato sebab itu yang ada di rumah. Isinya lebih gebu) - rebus Mentega / marjerin Lada sulah Beberapa sudu susu segar (saya tak letak) - Ketika masih panas,lenyek kentang bersama mentega dan lada sulah hingga benar² halus. Lepas siap ketepikan Gravy : 1/2 biji bawang Holland - potong dadu 2 ulas bawang putih - cincang halus 4 sudu tepung gandum Serbuk lada hitam (kasar) Kiub ayam Air Kicap pekat (untuk warna) Sedikit susu cair (supaya rasa lemak tapi kalau tak mahu tak perlu masukkan susu cair) Mentega - untuk menumis - Tumis bawang holland dan bawang putih - Masukkan tepung gandum. Masak dengan api perlahan supaya tepung tak hangus - Masukkan air,lada hitam dan kiub ayam. Masak hingga pekat kemudian masukkan sedikit kicap untuk warna. Tambah garam dan serbuk perasa sekiranya mahu. kredit: siti zanariah khalit https://www.instagram.com/p/B7Z1Dmqp1z9/?igshid=12r5m617g8f65
0 notes
hadihussien · 5 years
Photo
Tumblr media
Reposted from @kosmo_online (@get_regrann) - Makan tengah hari apa semua hari ini, admin makan ringkas sahaja. Mi Wantan Ayam Rebus ❇️ Wantan Mee Kering semangkuk ❇️ Sepeha ayam, halia, akar ketumbar, daun bawang ❇️Kue teow semangkuk kecil ❇️Bawang putih sepuluh ulas ❇️Cili padi ❇️Acar daikon kuning Danmuji ❇️Telur rebus ❇️Kicap Cair, Kicap Manis, Kicap pekat, bunga lawang, lada hitam biji. ❇️ Garam, gula, minyak bijan dan granul ayam ❇️ Cili kering kisar dengan udang kering dan sedikit belacan. ❇️ Cili padi Cara Memasak 1️⃣Ayam rebus Rebus peha ayam dengan beberapa ulas bawang putih, halia, akar ketumbar, daun bawang, sedikit garam dan gula. Gunakan api kecil dan biarkan selama setengah jam hingga 40 minit. Jangan sampai air mendidih. Cukup sekadar panas sahaja. Keluarkan daging ayam dan asingkan isi dan tulang. Carik2kan. 2️⃣Telur Soya Rendam Telur rebus yang telah dikupas dalam campuran kicap pekat, kicap manis, kicap cair, bunga lawang, dan lada hitam biji. Lagi lama lagi meresap perapan dalam telur rebus. 3️⃣Cili Tumis cili kering kisar di atas dengan bawang putih tumbuk. Perasakan dengan garam, guli dan granul ayam. 4️⃣Mi Wantan 1. Rebus air hingga menggelegak. Masukkan mer wantan. Masak selama 3 minit. Toskan dan rendam seketika dengan air sejuk. Toskan semula. 2. Cincang bawang putih dengan banyak. Panaskan kuali dan goreng bawang putih hingga naik bau dan garing. 3. Masukkan garam, gula, granul ayam secukupnya, mee kue teow dan Mee wantan. Gaul serata. 4. Akhir sekali masukkan minyak bijan, gaul dan tutup api. Selamat mencuba, sudah cuba DM admin ok.. #kosmomemasak - #regrann https://www.instagram.com/p/B2YnjRJgREN/?igshid=nzlbdokakvhp
0 notes
resipikampung-blog · 5 years
Photo
Tumblr media
MEE SIZZLING YEE MEE BAHAN - BAHAN : 8 ulas bawang putih - hiris 2 inci halia - hiris 10 tangkai cili kering - potong 3 Isi ayam secukupnya - potong 4 sudu makan sos tiram 3 sudu makan kicap cair 3 sudu makan kicap manis/masin 1 sudu makan lada hitam kisar 2 kiub ayam knor tanpa MSG Cendawan - Potong 2 Sudu makan tepung jagung - bancuh dengan setengah gelas air 1 sudu makan minyak bijan Yee mee - celur separuh masak Sawi - Celur Telur Gula dan garam dan secukupnya 6 cawan air CARA PENYEDIAAN : 1. panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau. 2. Kemudian masukkan ayam. Goreng 3. Masukkan enam cawan air atau lebih diikuti sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap masin / manis, lada hitam dan kiub ayam. 4. Seterusnya masukkan cendawan (kalau beli yang kering kena rendam dulu) biar hingga cendawan lembut. 5. Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Jumlahnya ikut kepekatan yang anda suka. 6. Akhir sekali masukkan minyak bijan gula dan garam secukup rasa. Siap. 7. Sendukkan kuah yang dah siap ke dalam kuali kecil. Masukkan Segenggam Yee Mee biar hingga lembut kemudian pecahkan telur dan masukkan sawi. 8. Sedia untuk dinikmati 💕 Kredit: 1001 Resepi Masakan Ringkas https://www.instagram.com/p/B1Uox4bFFMJ/?igshid=wsj8d1x9q5x
0 notes
resepisedap-blog · 7 years
Photo
Tumblr media
‎Resepi SOTO SEMPOI MAMA.wlpn lum sht tp rsa xsng ht selagi xtunai jnji mcm berhutang jr. Kuah. Bhn2 tuk di blender 7labu bwg bsr 7ulas bwg merah 7ulas bwg putih Seinci halia Seinci lengkuas Sikit kunyit hidup 5btg serai 1sb ketumbar* 1sb lada hitam* 1sb lada putih* 1sb jintan manis* * basuh tos n sanggai hingga garing. Blender semua skali.xperlu halus sgt. Bhn tuk tumis Kulit kayu manis.. Bunga lawang Cengkih. Buah pelaga.. Serbuk lada putih.2sb Serbuk lada hitam.1sk Rempah sup 1 pek kcil Rempah kurma 1 pek kecil Sup bunjut tulang mak siti.1 bungkus Sup bunjut ikn mak siti 1 bungkus. 2 lai daun limau purut 2btg serai di titik.. 2 hiris lengkuas. 1ekor ayam potong 8. 1cawan kcil.myk msk Cara2nya. Panaskn myk. Tumis rempah 4 sekwn td. Masukkn kesemua bhn tumis n tumis hingga garing.kemudian masukkn bhn2 blender.tumis lg hingga pch myk.kemudian masukkn ayam.buh sikit grm gula mlka gula halus n biar ayam mesra dgn rempah lbih lama.kemudian baru masukkkn air.agak2 sndri nk cair/pekat. Bila ayam dh msk keluarkn n tmbhkn grm serbuk perasa n gula tuk sesuaikn rsa.biarkn sehingga kuah dh betul2 msk. Ayam tuk bleh digrg sekejap baru siat2kn sblm di hidang. Bhn bergedil 8biji ubi kentang.hiris nipis goreng.tumbuk hingga lumat. 1cwn bwg grg Rm1 daun sup Rm1 daun bwg 3biji telur grg dadar.ramas hingga hancur Sedikit isi ayam yg disiat td Sedikit grm Sedikit serbuk lada hitam Sedikit serbuk lada putih. Gaul semua dlm satu bks.kemudian bentukkkn.bulat/leper.terpulanglh. Pukul telur 3 biji.celup beged00il.kmudian grg dgn api yg sderhana. Sambal kicap. 10 biji lada kcil 3 biji lada merah 2 biji lada hijau 5ulas bwg merah 2ulas bwg putih Semua ni perlu digoreng sekejap. 1senduk kuah soto Sikit gula Sikit garam 1cwn kicap mnis. Blender semua tp jgn hncur sgt. Taraaa dh pon siap.slmt mencuba.mama halakn resepi ni dunia akhirat.semoga memberi kebaikkn kpd semua.aamiin. kredit resepi kepada NurKasih Ani‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). #resepi #resepisedap #shhhiloveyou #jjcm #mahn
1 note · View note
eimhjanlurima · 6 years
Text
3 Sup Ringkas,Sedap Pikat Selera Makan Anak Dijangkiti HFMD 
https://www.hokaloh.news/resipi/3-sup-ringkassedap-pikat-selera-makan-anak-dijangkiti-hfmd/
3 Sup Ringkas,Sedap Pikat Selera Makan Anak Dijangkiti HFMD 
Resipi Hokaloh News
3 Sup Ringkas,Sedap Pikat Selera Makan Anak Dijangkiti HFMD 
Risau betul dengan jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang menular sekarang.  Jika ada anak anda dijangkiti diharapkan ia segera sembuh. Namun dalam proses sembuh itu, mungkin selera makan si kecil berkurangan. Ibu-ibu jangan bimbang, ini RASA kongsikan tiga menu sup yang ringkas, sedap dan tidak pedas. Anda boleh  cuba untuk  mengembalikan selera  makan si kecil.
Diharapkan kesegaran dan keenakan sup ini membantu anak yang susut badan kembali berselera dan  cepat pulih dari deman. Malah anda  sekeluarga juga boleh makan bersama untuk kembalikan keceriaan si kecil.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3cm halia
2 sudu rempah sup
1 paket stok ayam
1 tangkai daun sup |hiris halus
1 batang daun leek | potong serong
½ biji lobak merah | potong serong
5 biji tomato ceri
10 biji bebola ikan
10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
SUP TELUR BERSAYUR  
BAHAN-BAHAN: 5 biji telur
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2.5cm halia | hiris
3 biji kentang | potong empat
1 batang lobak merah | potong
50gm suhun
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan  | hiris halus
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
Setelah kentang empuk, kecilkan api.
Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
 SUP KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1-2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
1biji  bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
3cm  halia | hiris halus
1 batang serai | titik
1 bunjut sup bunjut
Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1/2 sudu teh jus limau nipis
Sedikit hirisan daun sup dan bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai.
Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
Bila kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daunbawang.
Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.
  window.fbAsyncInit = function() FB.init( appId : '200910193736118', cookie : true, xfbml : true, version : 'v2.8' ); FB.AppEvents.logPageView(); ; (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
3 Jenis Nasi Paling Popular Yang Boleh Di Buat Hujung Minggu Ni! | Selera Kita
Bagi memancing selera ahli keluarga hujung minggu ni, apa kata kamu cuba menu yang disediakan oleh Akasia cafe untuk variasikan menu agar ahli keluarga tidak sabar menikmati hidangan apabila berada di meja makan. Pilih saja mana yang menjadi pilihan kamu sekeluarga.
  NASI AYAM HAINAM
BAHAN-BAHAN
Bahan A – Ayam
1 ekor ayam – bersihkan
3 biji bawang putih- cincang halus atau kisar
4cm halia –hiris nipis
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
  Bahan B – Sambal Lada
4  tangkai cili merah
3 tangkai cili padi merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2sm halia muda
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili atau sos cili Thai
1 sudu besar cuka makan
  Bahan C – Nasi
4 cawan beras
2 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih
3sm halia -hiris nipis
1 sudu besar minyak bijan
2 helai daun pandan
( kalau nak letak daun pandan pun buleh kasi tambah wangi)
  Bahan D – Sup Ayam
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
  Bahan E: Hiasan sampingan
  CARA MEMASAK:
Ayam:Rebus ayam dalam dlm periuk bersama bawang putih dan halia.
Masukkan air menenggelami ayam, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.
Rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
Bila nak makan baru potong dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan hias dengan hirisan daun sup.
Cara buat Sambal Cili: Masukkan semua bahan bahan B dalam pengisar dan kisar.
Masak hingga agak pekat.
Nasi:Panaskan minyak dan tumis bahan C yang relah dikisar bagi Bahan C, setelah agak garing separuh bahan tumis masukkan dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam.
Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.
  INFO CHEF:
Resipi nasi ayam nampak renyah tetapi  mudah disediakan
    NASI LEMAK PANDAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – cuci bersih dan toskan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
½ cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan kisar bersama 1/2 cawan air dan tapis)
1 batang serai -titik
1 helai daun pandan – simpul
3 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
1/2 sudu teh halba
1 sudu besar mentega
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
  CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam periuk elektrik  atas dapur biasa.
Tumiskan, bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan dan halba.
Masukkan air, air pandan pandan, sedikit pewarna hijau dan santan.
Selepas mereneh, masukkan beras dan garam, kacau rata.
Pindahkan periuk dalam periuk  sarang periuk elektrik.
Biarkan nasi masak  seperti biasa.
  SAMBAL SOTONG KERING
Bahan-bahan:
8 keping sotong kering – rendam hingga lembut dan cuci bersih
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar-hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
10 -15 tangkai cili kering -rendam lembut
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm belacan
  CARA MEMASAK:
Sotong direbus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.
Kemudian masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata seketika.
Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak yang dilengkapi dengan telur rebus, timun dan kacang goreng.
  INFO CHEF:
Boleh juga hidangkan bersama sambal ikan bilis atau udang
    NASI MANDY AYAM
  AYAM MANDY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
2 biji bawang besar-hiris bulat
Sedikit pewarna kuning/saffron
Aluminium foil.
  CARA MEMASAK:
 Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
  NASI MANDY:
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
3 sudu besar minyak sapi)
4 ½  cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih –  hiris halus
2.5cm  halia – hiris halus
1/3 cawan kismis
Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa
  CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.
  SOS MANDY
BAHAN-BAHAN:
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau – hiris
1 tangkai batang ketumbar – halus
Garam, gula
JuslePerahan lemon secukupnya
  CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan dalam pengisar.
Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
  INFO CHEF:
Semasa bakar ayam, ia  akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut.  Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.
  Kongsi resipi:
RESIPI: CHEF KHAIRUL NIZAM ZAINUDIN & CHEF FAZRI IBAHARIM DARI ACASIA THREE KOFFIE, SUITE , GA-GB, GROUND FLOOR, BLOCK 2330, CENTURE SQUARE, PERSIARAN USAHAWAN , CYBER 6, CYBERJAYA.
window.fbAsyncInit = function() FB.init( appId : '200910193736118', cookie : true, xfbml : true, version : 'v2.8' ); FB.AppEvents.logPageView(); ; (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#ResipiMasakan #Boleh #Buat #Di #Hujung #Jenis #KITA #Minggu #Nasi #Ni #Paling #Popular #Selera #Yang
https://www.hokaloh.news/resepi-masakan/3-jenis-nasi-paling-popular-yang-boleh-di-buat-hujung-minggu-ni-selera-kita/
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Sihat dengan 3 Resepi Cendawan Ini Yang Mudah dan Lazat | Selera Kita
Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.
foto : www.mygrocer.my
Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.
Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.
Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.
Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.
1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN :
200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
200 gm brokoli
Bahan sos:
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar /dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau. 2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata. 3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa. 4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli. 5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sayur-sayuran Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.
2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
1 kg dada ayam
50 gm serbuk lada hitam
30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dengan air, dihiris nipis
30 ml kicap manis
10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar : 100 gm bawang putih 150 gm bawang merah 50 gm halia
CARA MEMASAK : 1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit. 2. Kemudian goreng ayam separuh masak 3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing. 4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati. 5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
50 gm brokoli
1/2 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’ 3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan. 4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut. 5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen ) 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
window.fbAsyncInit = function() FB.init( appId : '200910193736118', cookie : true, xfbml : true, version : 'v2.8' ); FB.AppEvents.logPageView(); ; (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#ResipiMasakan #Asia #Cendawan #Dan #Dengan #Ini #Jom #KITA #Lazat #Mudah #Panjang #Resepi #Selera #Shiitake #SIHAT #Simbol #Timur #Umur #Yang
https://www.hokaloh.news/resepi-masakan/cendawan-shiitake-simbol-panjang-umur-asia-timur-jom-sihat-dengan-3-resepi-cendawan-ini-yang-mudah-dan-lazat-selera-kita/
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Koleksi 6 Resipi Lauk Pauk Tengahari Yang Membuka Selera! | NyumNyum Hokaloh News
Masih belum ada idea nak masak hidangan apa untuk tengahari ni? Pelbagai resipi lauk pauk yang menyelerakan ini boleh membantu kamu menyediakan hidangan tengahari dengan mudah! Rasai kelazatan air tangan En. Megat dari  HS Nada yang berkongsi menu sedap yang boleh kamu cuba!
  DAGING LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembut  | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan lada hitam | kisar
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
3biji bawang besar |  2 biji kisar dan 1 biji lagi dihiris
5 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika perlu
4 sudu makan minyak masak
  CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan  bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan  lada hitam, sos tira, hirisan daging dan  hirisan bawang, kacau rata.
Tambah sedikit air jika terlalu kering.
 Seterusnya masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
 Kacau rata seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
  INFO CHEF:  Jika daging empuk, anda tidak perlu rebus daging.
……………
  KERABU PERUT ALA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo perut putih | cuci bersih dan rebus
2 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dihiris
4 batang serai |dihiris nipis
10 tangkai cili api | dihiris nipis
1  batang timun | buang biji dan potong dadu
3 biji limau kasturi
Garam dan gula
1 sudu makan sos ikan
  CARA MEMASAK:
Hiris kecil memanjang perut yang telah direbus.
Masukkan dalam mangkuk  bersama dengan bahan hirisan lain.
Dalam mangkuk lain, campurkan garam, gula, jus limau nipis dan sos ikan. Gaul rata.
Tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata.
Setelah cukup rasa kerabu sedia dihidangkan.
  INFO CHEF:  Jika suka anda boleh tambah hirisan bunga kantan, daum kesum dan serai.
……….
  SAMBAL KICAP HATI
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu|  cuci bersih dan rebus
1 biji bawang besar |hiris
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 batang serai
2cm halia muda
  CARA MEMASAK:
Hiris nipis hati, kemudian ketepikan.
 Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang, dikuti bahan kisar.
Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan hati.
Kacau rata dan masukkan kicap cair dan kicap pekat.
 Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Sambal hati sedia dihidangkan.
  INFO CHEF:  Jika suka boleh campurkan kentang dalam sambal hati ini.
……………..
  AYAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
Sedikit garam  dan serbuk kunyit.
BAHAN SAMBAL:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm halia
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
  CARA MEMASAK:
 Gaulkan ayam dengan garam  dan serbuk kunyit., ketepikan.
 Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
 Tutup api, ayam sedia dihidangkan.
  INFO CHEF:  Daging juga sesuai dimasak dengan menu ini.
………….
  GULAI KETING
BAHAN-BAHAN:
1 kg keting | rebus
750ml santan
5 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia | hiris
3cm lengkuas | hiris
4cm kunyit hidup
20 biji cili padi
3 biji cili merah
  CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisara hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan keting yang telah direbus dan dipotong kecil.
Gaul rata dan masukkan santan, serai dan daun limau purut.
 Biarkan mereneh hingga keting empuk.
 Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa dan keting empuk. Tutup api.
Gulai sedia dihidangkan.
  INFO CHEF: Jika ingin cepat masak, boleh rebus dahulu keting,  sehari sebelum masak.
…………..
  BEBOLA  DAGING
BAHAN-BAHAN:
300gm daging kisar
50gm tepung jagung
1 /2 sudu  the mixed spices
Secubit serbuk kayu manis
Secubit serbuk lada hitam
Secubit serbuk lada sulah
Sedikit garam
1 biji telur | saiz C
BAHAN GORENG:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1/2 sudu teh garam halus
  CARA MEMASAK:
  Campurkan semua bahan dalam mangkuk, uli sebati.
Bentukkan bulat-bulat.
 Panaskan air dalam periuk, masukkan bebola yang telah siap tadi.
Setelah timbul, angkat dan toskan.
Gaulkan rata semua bahan gorengan. Kemudian gaulkan bebola di dalamnya.
Panaskan minyak,  goreng bebola tadi hingga keperangan.
Angkat dan toskan.
 Hidangkan bebola daging dengan sos cili.
  INFO CHEF: Anda boleh tukar daging kisar dengan isi ayam kisar.
  RESIPI OLEH:  MEGAT HAMIZAN BIN MEGAT SHARUL AMIR.   HS NADA SDN BHD, NO 2, WISMA NADA, JALAN 11, SELAYANG, 68100, BARU CAVES, SELANGOR, JALAN 11B, SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.
        Terima Kasih Kerana Membaca 🙂
window.fbAsyncInit = function() FB.init( appId : '200910193736118', cookie : true, xfbml : true, version : 'v2.8' ); FB.AppEvents.logPageView(); ; (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk')); (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&appId=200910193736118&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#ResipiMasakan #AllInOne #Berita #Buddy #Hokaloh #HokalohNews #Koleksi #Lauk #Membuka #Menu #News #NyumNyum #Pauk #PocketNews #Resipi #ResipiMasakan #Selera #Tengahari #Yang
https://hokaloh.news/resepi-masakan/koleksi-6-resipi-lauk-pauk-tengahari-yang-membuka-selera-nyumnyum-hokaloh-news/
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Hokaloh News Updated: Tip Scrambled Egg Paling Sedap, Wajib Baca! - NyumNyum Hokaloh News
https://hokaloh.news/resepi-masakan/tip-scrambled-egg-paling-sedap-wajib-baca-nyumnyum-hokaloh-news/
Scrambled egg atau telur hancur  adalah menu paling ringkas, sihat dan sedap yang boleh disediakan untuk sarapan anak dan suami sebelum ke sekolah atau bekerja.
Menu sarapan yang boleh disediakan bersama roti dan sosej ini biasanya anda hanya perlu sediakan dengan mencampurkan dengan sedikit garam, lada sulah atau lada hitam dan sedikit mentega atau minyak bagi mendapatkan rasa lebih sedap semasa menyediakannya.
Tapi tahukan anda semua, sebenarnya ada lagi cara  yang boleh menjadikan scrambled egg lebih sedap tau. Caranya mudah je, anda cuma tambah bahan  kicap cair mengantikan garam, sedikit air asam jawa atau beberapa titik jus lemon untuk sedikit rasa masam.
Untuk sedikit rasa lemak, anak boleh tambahkan mayones atau lebih trending tambahkan sedikit keju sebelum digoreng. Selain itu, pastikan semasa memasak scrambled egg anda tidak terlalu garing atau lembab.  Sebaliknya, gunakan api kecil  dan menggunakan spatula plastik  dan jangan membalikkan telur kerana telur akan masak sendiri semasa di dalam kuali.
Jika inginkan scrambled egg anda masak sekata, sengetkan saja kuali ke kiri dan kanan  atau depan belakang dengan perlahan.  Apabila separuh asak masukkan scrambled egg  dalam piring yang sudah disediakan.
Senangkan?  Apa salah ada cuba untuk sesuatu yang baru, sedap dan senang nak sediakan, gerenti anak dan suami puji.
  Komen anda
window.fbAsyncInit = function() FB.init( appId : '200910193736118', cookie : true, xfbml : true, version : 'v2.8' ); FB.AppEvents.logPageView(); ;
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk')); (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&appId=200910193736118&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk')); Artikel oleh Tukang Masak Hokaloh
قالب وردپرس
#ResipiMasakan #Air #Anak #Baca #Berita #Buddy #Egg #Hokaloh #HokalohNews #News #NyumNyum #Paling #PocketNews #Roti #Scrambled #Sedap #Sekolah #Tip #Wajib
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Hokaloh News Updated: Mama Shida Kongsi 10 Resipi Lauk Goreng & Tumis Paling Ringkas & Sedap! - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/resepi-masakan/mama-shida-kongsi-10-resipi-lauk-goreng-tumis-paling-ringkas-sedap-hokaloh-berita/
Ibu yang berkerjaya pastinya tercari-cari menu yang sedap tapi cepat dimasak. Maklumlah bila balik kerja, nak memasak lauk yang renyah memang ambil masa. Oleh itu khas buat anda, Mama Shida kongsiakan menu-menu mudah yang boleh dicuba. Memang berbaloi untuk dicuba!
  1. DAGING MONGOLIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang  | hiris nipis
2 sudu makan sos tiram
3cm halia muda | hiris nipis
6 ulas bawang putih | cincang kasar
1 biji bawang besar|  hiris
1/2 biji cili benggala merah | hiris
100gm brokoli
1 sudu makan minyak bijan
3 Pokok daun bawang | hiris 3cm
1 sudu tea bijan | goreng tanpa minyak
Garam dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh minyak bijan
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudian masukkan daging, kacau rata sehingga air daging kering. Masukkan bawang besar, cili benggala dan brokoli, kacau seketika.
Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Kacau lagi 2-3 minit, kemudian tutup api.
Renjiskan minyak bijan, dan gaul sekali lagi.
Sebelum hidang taburkan bijan yang digoreng tanpa minyak tadi di atasnya.
Sedia dihidangkan panas-panas.
  2. DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm  & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
  3. DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia  | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
  CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
  4. UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga  udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang  satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
  5. KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
  6. DAGING TUMIS  ULARTHU
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris kecil, cuci dan tos
1/2 sudu teh biji sawi
4 sudu makan minyak masak
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 tangkai cili kering | hiris halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari
Bahan Tumis:
4 biji  bawang besar | buang kulit dan cincang
4cm halia muda | hiris memanjang
6 ulas bawang putih | cincang halus
Bahan-bahan lain:
1 biji cili hijau | hiris halus
3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk cili
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari daging
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging dalam periuk, gaulkannya dengan bahan perapan yang lain.
Perap daging sekurang-kurangnya 30 minit.
Masukkan 1 cawan air dalam daging yang telah diperap dan didihkan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.
Panaskan 2-3 sudu minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan daun kari dan kacau seketika.
Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
Kemudian masukkan daging yang telah direbus hingga kering tadi.
Perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan hirisan daun ketumbar dan hirisan cili hijau.
Terus kacau daging supaya sebati dengan bahan tumisan.
Tutup api, dan hidangkan daging bersama nasi putih atau capati.
  7. SOTONG  MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500gm sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
  8. AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | hiris
3cm halia muda | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh perasa ayam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, kemudian tutup api.
Sedia dihidangkan.
  9. AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5 ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
  10. FILET IKAN BERSAMA FAT CHOY
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
300gm filet ikan Dorry | potong 3X3cm
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
Bahan Lain:
1 pokok Fat Choy | potong panjang
 1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2cm halia |hiris memanjang
1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1 biji cili merah | hiris memanjang
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap 10-15 minit.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan Fat Choy, cili benggala dan cili merah. Kacau rata.
Seterusnya masukkan ikan, sos tiram, kacau seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
            Komen anda
قالب وردپرس
#ResipiMasakan #Air #Anak #Ayam #Bijan #Bilis #Daging #Ibu #Ikan #Resipi #Sayur
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Hokaloh News Updated: 8 Menu Mi Paling Digemari Rakyat Malaysia - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/resepi-masakan/8-menu-mi-paling-digemari-rakyat-malaysia-hokaloh-berita/
Orang Malaysia memang suka makan mi, tidak kiralah mi kuning, kuetiau, bihun, mahupun aneka mi kering yang pelbagai jenis.  Istimewa untuk penggemar mi, ini  RASA bawakan  lapan jenis mi yang digemari dan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Apa lagi, pilih sahaja mana satu menu kegemaran untuk dicuba sebagai hidangan sendiri mahupun keluarga.
MI GORENG MAMAK BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning
40gm bawang merah kisar
30gm bawang putih kisar
20gm cili boh
30gm kuah kacang segera
100gm bebola ikan hiris
100gm fish cake | hiris
100gm isi ayam potong dadu
50gm udang
1 keping tauhu | goreng hiris nipis
3 biji telur
50gm tauge
50 sawi | potong
Minyak masak secukupnya
BAHAN  KUAH KACANG:
300gm kacang tanah
500gm bawang merah kisar
300gm bawang putih kisar
30gm udang kering
500gm cili boh
3 liter air
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya 
CARA MEMASAK:
Untuk memasak kuah kacang; kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Kemudian dikisar halus bersama udang kering.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
Masukkan cili boh dan tumis hingga masak. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak.
Masukkan cili boh satu sudu makan dan tumis sehingga masak.
Masukkan kuah kacang yang telah dimasak tadi dan masak sehingga sedikit kering.
Masukkan mi kuning bebola ikan, fish cake dan isi ayam.
Pastikan bahan-bahan mentah sudah masak.
Masukkan tauhu goreng, tauge dan sawi.
Pecahkan tiga biji telur di tengah kuali, biar seketika barulah digaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati panas-panas.
CHAR KUETIAU BAHAN-BAHAN:
1kg kuetiau
150gm udang
50gm bawang putih kisar
50gm cili boh
30ml kicap cair
10gm lada putih
1 biji telur
30gm tauge
50gm kucai
Minyak masak secukupnya
 CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama. 2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain. 3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata. 4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau. 5. Masukkan kucai dan tauge. 6. Hidangan siap dihidangkan.
MI SOTO AYAM BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur
1liter air
2gm bunga lawang
5 helai daun limau purut |kisar
2gm biji pelaga
2gm kulit kayu manis
50gm bawang merah | kisar
30gm bawang putih | kisar
5gm halia
1/2 paket rempah sup
1 batang serai | titik
5gm jintan manis
5gm jintan putih
5gm serbuk lada hitam
50gm isi ayam
20gm serbuk ketumbar
10ml minyak masak
400gm nasi impit | rebus
100gm bawang goreng | hiasan
30gm tauge | hiasan
Sedikit hirisan cili merah | hirisan
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN  SAMBAL KICAP CILI PADI:
20gm cili padi merah/cili api
5gm bawang putih
150ml kicap lemak manis
5ml air limau nipis
 CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. 2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau. 3. Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak. 4. Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa. 5.Biar mereneh dan tutup api. 6. Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya. 7. Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.
BIHUN SINGAPORE BAHAN-BAHAN:
1kg bihun | rendam dan tos
10ml minyak masak
50gm bawang merah kisar
30gm bawang putih kisar
5gm lada putih
5gm lada hitam
100gm isi ayam potong dadu
100gm udang
100gm sotong
50gm lobakmerah hiris panjang
10gm daun bawang hiris panjang
1 biji telur
10gm cili merah hiris
Sedikit daun kucai | hiris
Sedikit tauge
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak 2. Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya. 3. Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata. 4. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.
MI LADNA BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur
10gm halia kisar
30gm bawang putih kisar
100gm isi ayam
50 sotong
50gm udang
50gm sawi
5 biji cili padi | belah dua
50gm lobak | hiris
50gm bunga kobis | potong
4 biji cendawan butang dalam tin | hiris
500 liter air
30ml sos tiram
5ml minyak bijan
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
 CARA MEMASAK: 1. Tumis halia,bawang putih yang dihiris halus. 2. Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak. 3. Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air. 4. Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung. 5. Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur. 6. Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma. 7. Masukkan garam secukup rasa. 8. Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.
BIHUN TOMYAM BAHAN-BAHAN:
1kg bihun | celur
Minyak masak secukupnya
BAHAN PES:
30gm bawang merah
20gm bawang putih
20gm cili merah
30gm cili kering
10gm lengkuas
2batang serai | ketuk
8gm udang kering
5 helai daun limau purut
10gm belacan | bakar
30ml air asam jawa
Gula dan garam secukupnya
5 liter air
BAHAN SUP:
100gm ayam
100gm udang
50gm sotong
15gm bawang besar hiris
10gm bawang putih hiris
10gm lengkuas
1 biji buah tomato | belah empat
10ml sos ikan
5ml limau nipis
10 biji cili padi | belah dua
15gm daun ketumbar | racik
50gm bunga kubis | potong
50gm lobak | potong
5 biji cendawan butang dalam tin | hiris
Garam dan gula secukupnya 
CARA MEMASAK: 1. Semua bahan pes tom yam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula. 2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut. 3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 4. Masak sehingga menjadi pes tom yam. 5. Masukkan air. 6. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tom yam. Biarkan mendidih. 7. Tuang kuah tomyam ke atas bihun yang siap dihidang.
MI HAILAM
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur
20gm bawang putih | kisar
30gm bawang merah | kisar
100gm isi ayam
100gm udang
50ml kicap pekat
5gm lada hitam
30ml sos tomato
30ml sos tiram
500ml  air
10gm cili merah | hiris nipis
40gm bawang goreng
1 biji telur
50gm bunga kubis | potong
30gm sawi | potong
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
 CARA MEMASAK: 1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak. 3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih. 4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa. 5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.
MI BAKSO BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur
30gm bawang merah | kisar
20gm bawang putih | kisar
20gm halia kisar
2 helai daun limau purut | kisar
2 batang serai | kisar
1 liter air
50gm rempah sup
5 biji cili merah | hiris
5gm lada putih
10gm serbuk lada hitam
500gm bebola daging
50gm daun bawang | potong halus
50gm tauge
Minyak masak secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak 2. Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih. 3. Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih. 4. Tambahkan garam secukup rasa. 5. Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.
    Komen anda
قالب وردپرس
#ResipiMasakan #Air #Ayam #Barang #Bijan #Daging #Ikan #Keluarga #Malaysia #Pilihan #Rakyat #Sambal #Sayur #Singapura #Tanah
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Hokaloh News Updated: Selain Pandai Memasak, Gambar Masakan Through_Helenaeyes Jadi Tarikan Ramai Followers! - Berita Terkini
https://hokaloh.news/resepi-masakan/selain-pandai-memasak-gambar-masakan-through_helenaeyes-jadi-tarikan-ramai-followers-berita-terkini/
Helena Rizanie, atau lebih dikenali sebagai through_helenaeyes sering berkongsi resipi masakan beserta teknik dan cara masakan yang ringkas dan mudah diikuti menerusi laman sosial miliknya. Menurut Helena dia tidak menyangka hobi memasak dan mengambil gambar masakannya mendapat perhatian media sosial malah peminatnya bertambah dari hari ke hari.
“Saya memang gemar memasak sejak kecil, pertama kali memasak pada usia 12 tahun dan resipi pertama pada ketika itu adalah sambal kentang. Mula membabitkan diri dalam laman sosial Instagram sejak 2015.”
“Arwah emak dan kakak memuji masakan saya. Sejak itu, jika letih atau kesuntukan masa, mereka akan meminta saya masak,” katanya. Jelasnya lagi, pujian daripada keluarga seakan jadi motivasi buat dirinya untuk belajar memasak dengan lebih mendalam.
“Saya memilih platform di IG kerana mudah berinteraksi dengan pengikut yang kebanyakannya dari pelbagai peringkat usia. Dengan kemudahan media sosial yang ada, niat saya mahu berkongsi dan bertukar ilmu lebih mudah dan cepat.
  Setiap hari berkongsi resipi berlainan.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia lebih bersemangat menjadikan through_helenaeyes sebagai rujukan pengikut selepas mendapat inspirasi daripada rakan blogger dan rakan di IG yang berkongsi minat sama.
“Seronok apabila kita saling tukar resipi dari pelbagai negara dan budaya. Selain itu kita banyak belajar ilmu baru dan mendidik lelaki dan wanita supaya lebih gemar memasak sendiri berbanding makan di luar kerana lebih berkat dan terjamin.
“Memasak adalah perkara yang menyeronokkan kerana kita akan merasa lebih puas dengan hasil air tangan sendiri. Sedap atau tidak adalah perkara kedua yang penting usaha,” katanya. Sehingga kini, Helena telah memasak ratusan jenis masakan termasuk dalam dan luar negara selain pelbagai jenis manisan serta kuih muih.Lebih menarik, semua gambar yang dimuat turun adalah hasil kerja tangannya yang nampak ‘mahal’ dan sempurna.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Helena Rizanie dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Khas buat para pembaca, beliau juga kongsikan tujuh resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!
  BERGEDIL TAUHU POH BERSAMA SAMBAL PENYET
BAHAN-BAHAN:
300 gr (3 peket) tauhu poh
3 ketul besar kentang
200 gr minced beef
Daun sup |hiris halus
Daun bawang, |hiris halus
2 bawang putih |haluskan
3 sudu makan bawang goreng
Lada hitam secukupnya
gula garam secukupnya
3 biji telur |untuk saduran
  CARA MEMASAK:
Rebus kentang sehingga lembut dan lenyekkan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan daging, lada gula dan garam secukupnya.
Masak sehingga air daging kering.
Masukkan daging tumis kedalam mangkuk kentang lenyek tadi dan masukkan daun sup daun bawang dan bawang goreng, gaul sebati.
Gunting sedikit tauhu poh di bahagian atas, dan sumbat inti kentang sehingga padat.
Sadurkan tahu poh kedalam telur dan goreng dengan minyak yang panas sehingga garing.
  SAMBAL PENYET:
BAHAN-BAHAN:
8 cili padi merah
3 cili merah besar
3 bawang merah
2 bawang putih
1 cm belacan
garam gula secukupnya
1 biji limau kasturi, opsyenal
  CARA MEMASAK:
Goreng cili dan bawang sehingga layu.
Tumbuk kasar, tambahkan belacan, garam dan gula.
Perahkan limau jika suka.
    KUEH SERABAI UTARA
BAHAN SERABAI:
1 cawan tepung beras
1/4 cawan nasi
1 cawan santan cair
1/4 cawan air suam
1/2 sudu teh yis
1 sudu makan gula
sedikit garam
  CARA MEMASAK:
Campurkan air suam dan yis dan diamkan selama 5 minit.
Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
Kemudian campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar, kacau sebati dan masukkan yis. Perap selama 2 jam.
Sapu sedikit minyak pada acuan. Bakar atas api selama 10-15 minit.
  BAHAN KUAH:
1 cawan santan pekat
1/4 cawan air
1/2 sudu makan tepung jagung
1 helai daun pandan
1 biji  telur
sedikit garam
1 keping gula melaka
  CARA MEMASAK:
Satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
Kisar sekejap telur dan santan. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak dengan api perlahan sehingga gula melaka larut dan sedikit pekat.
  Tips:
Boleh tambahkan durian pada kuah untuk menambah perisa.
    AYAM PANDAN THAI
  BAHAN-BAHAN:
daun pandan
350 gm dada ayam, potong dadu besar
  BAHAN PERAP:
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3 cmhalia
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu teh lada putih
1 biji limau
Garam secukupnya
  CARA MEMASAK:
Haluskan bawang putih, halia dan bawang merah.
Gaulkan ayam dengan bahan perap, biarkan selama 1jam.
Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan.
Cucuk dengan pecungkil gigi untuk mengelakkan daun terbuka.
Kukus selama 10 minit.
Angkat dan sejukkan sekejap.
Goreng dengan minyak panas (tak perlu goreng terlalu lama)
Hidangkan dengan cili thai atau cili kicap bawang.
    APAM TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
200 gm gula
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
200 ml susu segar
1/2 sudu teh ovalet
Chocolate rice
Pewarna merah dan hijau
  CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan, mixer dengan kecepatan tinggi sehingga putih gebu.
Lebih kurang sehingga 10minit.
Bagi 3 adunan sesuai warna, merah, putih dan hijau.
( Lebihkan warna merah dan gaul rata dengan chocolate rice)
Masukkan ke dalam piping bag.
Letak adunan merah sehingga 2/3 cup, tuang sedikit adunan putih, tutup dengan adunan hijau.
Kukus 10-15 minit dengan api besar.
    KUE SURI PALEMBANG
  BAHAN-BAHAN:
6 gm yis segera
125 ml air suam
100 gmtepung gandum
5 biji telur
4 biji  kuning telur (kuningnya sahaja)
250 gm gula kaster
75 gm mentega cairkan
120 ml susu pekat manis
  CARA MEMASAK:
Campurkan air dan yis dalam 1 bekas, kacau rata. Kemudian masukkan tepung gandum kacau lagi sehingga adunan tak berbiji-biji.
Diamkan selama 30 minit (atau sehingga mengembang)
Apabila sudah mendekati 30minit, siapkan bahan telur.
Kacau telur dan gula dengan whisk sampai gula larut.
Masukkan butter yang sudah cair, kacau dan masukkan susu pekat manis, kacau kembali.
Tambahkan adunan tepung yang telah mengembang kedalam adunan telur, kacau rata sebati.
Siapkan loyang, sapu majerin dan taburkan sedikit tepung gandum.
Tapis adunan dan tuang kedalam loyang.
Diamkan selama 1 jam sehingga permukaan adunan keluar gelembung kecil.
Panaskan ketuhar  dengan api bawah 160′-170 dan bakar selama 1jam.
Nyalakan api atas di 15minit akhir.
Angkat, dan siap untuk dihidangkan
              Komen anda
قالب وردپرس
#ResipiMasakan #Air #Arwah #Ayam #Bahagian #Bergedil #Bijan #Daging #Hari #Ibu #Ikan #Instagram #Jam #Keluarga #Lelaki #Luar #Negara #Resipi #Sambal #Selamat #Wanita
0 notes
resepisedap-blog · 7 years
Photo
Tumblr media
Murtabak Fettuccine utk sarapan pg tadi .. Sedap..ringkas.. Sambil mengelak pembaziran.... 😄😄 Bismillah....😉 #futtecinnegorengkampongxhabisjgnbuanghehe Resepi simple saya 😁: *Fettuccine (Saya guna brand Kimball) rebus hgga lembut.. Tos.. *Bwg putih, bwg merah & cili kering (blend) *Isi ayam (slice) nak letak udang dll pon boleh...😉 *Cendawan butang (slice) *Kicap lemak manis *Kiub Ayam (sy guna KNORR) *Sedikit serbuk lada hitam *Oregano leave *Garam secukup rasa Masak cara saya 😁😁: *Tumis bahan blend hgga separa garing *Masuk kan isi ayam, kacau rata *Masuk kan kicap, lada hitam *Masuk kan kiub ayam, cendawan *Masuk kan FETTUCCINE, garam secukup rasa.. Then... Kacau lg sampai masak... *Tabur sedikit je oregano leave & kacau kejap je..padam api. * Taraaaaaa... Siap! Dah bleh makan... Kalau x habis, jgn buang... Nnt membazir.. So... Kita buat murtabak..😍😍 Cara murtabak saya: * Pecahkan telur dlm magkuk (kuantiti telur ikot byk mn baki Fettuccine tu yerrr...) *Masukkan Fettuccine ke dlm telur td... Kacau2 sampai rata.. (pastikan telur tu cukup. Nnt hancur plak murtabak tu..😐) *Panaskan sedikit je minyak dlm kuali (elok nye kuali non stick) *Senduk kan bancuhan tadi & goreng mcm goreng lempeng @ daging burger... # goreng & balik2 kan sampai masak... SIAP!!! Boleh cicah sos @ kari... Nyummm... Nyummmm....😋 Kredit resepi ini kepada eda maslira via masak apa hari ni
0 notes