Tumgik
siapakerismas-blog · 5 years
Video
Adakah anda mengenali Keris Mas? Tontonilah video ini untuk mengetahui secara ringkas mengenai sejarah hidup beliau.
0 notes
siapakerismas-blog · 5 years
Text
Karya-karya Keris Mas
Cerpen pertama ialah “Wasiat Orang Bangsawan”, disiarkan dalam Suluh Malaya pada 1 Jun 1946.
Beliau telah menghasilkan sebanyak 60 buah cerpen sehingga akhir tahun 1960, yang telah dimuatkan dalam beberapa buah antologi seperti Mekar dan Segar (1959), Dua Zaman (1963), Pertentangan (1968) dan sebagainya.
Menghasilkan tiga buah novel terawal iaitu Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949) dan novel Anak Titiwangsa (1949)
Dua buah novel yang terkemudian yang bertajuk Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1983), Rimba Harapan  (1986
Bergiat aktif menghasilkan cerpen dan artikel sastera.
Beliau lebih dikenali dalam genre cerpen berbanding genre novel kerana sejumlah
Besar cerpen-cerpen berjaya dihasilkan dan diterbitkan di majalah dan akhbar pada masa itu.
0 notes
siapakerismas-blog · 5 years
Text
Pencapaian
Individu yang mengembangkan genre cerpen dalam kesusasteraan melayu moden pada awal tahun 1920. 
Anugerah Pejuang Sastera (1976)
Tokoh kesusasteraan pertama yang dianugerahi gelaran Sasterawan Negara pada 26 April 1981.
Anugerah Asean (1987).
Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan (D.Lit) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1989).
0 notes
siapakerismas-blog · 5 years
Text
Siapa Keris Mas?
Nama: Kamaludin Muhammad
Nama Pena: Keris Mas
Tarikh Lahir: 10 Jun 1922
Asal: Kampung Ketari, Bentong, Pahang.
Meninggal: 9 Mac 1992
Latar Belakang Pendidikan:
Memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Benus, Pahang.
Meneruskan pelajaran menengah di Tawaliah School, Sumatera.
Mendapat diploma perguruan di Kolej Kulliahtul Muallmin al-Islamiah, Sumatera.
Melanjutkan pelajaran di Pitman College, Singapura untuk membolehkan beliau mengambilkan peperiksaan Matrikulasi Universiti London.
Kerjaya:
Sebagai guru Madrasah Khairiah di Temerloh, Pahang (1946-1947).
Bertugas sebagai Pengawai Penerangan, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Pada tahun 1947 hingga 1953, beliau menjadi Anggota Sidang Pengarang Utusan Melayu, Singapura.
Bertanggungjawab memajukan Majalah Mastika dan Akhbar Utusan Melayu ketika di Utusan Melayu.
Beliau berpindah ke Warta Negara Pulau Pinang (1953 – 1954)
Kembali semula bertugas di Utusan Melayu Singapura pada akhir tahun 1955.
Pemimpin Asas 50 yang berpegang pada konsep “Seni untuk Masyarakat”
Dilantik sebagai Pengarah Umum pada 1 Disember sehingga 31 Oktober 1962
Dilantik menjadi Ketua Pengarang
Dinaikkan sebagai Ketua Bahagian Pengarang bermula dari Julai 1966 hingga 30 Jun 1971.
Beliau bersara wajib pada 10 Jun 1977. Selepas bersara, beliau menjadi Penulis Tamu di Universiti Malaya dan DBP.
0 notes
siapakerismas-blog · 5 years
Text
Tujuan blog ditubuhkan
Blog ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran bagi kursus Sejarah Kesusasteraan (BSS 3013) dibawah seliaan pensyarah yang  bernama Dr Hasrina.
Tokoh yang kami pilih ialah Keris Mas iaitu sasterawan negara Malaysia yang pertama.
Tujuan kami membuat pemilihan tokoh ini kerana kami ingin mengenali beliau dengan lebih terperinci serta mengangkat martabat beliau sebagai seorang sasterawan yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang sastera.
Seterusnya, kami ingin memperkenalkan karya-karya beliau yang banyak memberi inspirasi kepada masyarakat.
Di samping itu juga, kami ingin memberikan satu kesedaran dalam diri masyarakat terutamanya generasi muda akan peri pentingnya bidang sastera di sisi masyarakat agar tidak hilang ditelan dek zaman.
0 notes
siapakerismas-blog · 5 years
Text
Apakah makna disebalik gambar ini?
Tumblr media Tumblr media
0 notes