Tumgik
rlongnuar · 3 years
Text
SIFAT 20 & MAKRIFATULLAH
Tumblr media
SIFAT 20 & MAKRIFATULLAH
Apakah maksud sifat 20?
 Sifat dua puluh adalah satu konsep ilmu yang ciptaannya sangat ajaib, di dalam mentafsir kaedah mengenal Allah melalui ilmu makrifat. 
 Sifat 20 dicipta oleh ilham para sufi dan para aulia' terdahulu, bagi tujuan mengajar kita menuju jalan mengenal Allah. Barang siapa mempelajari sifat 20 dengan bersungguh-sungguh, berserta faham akan maksud dan makna yang tersirat, InsyaAllah ia akan dapat mengenal Allah swt dengan nyata dan terang. 
Banyak cabang ilmu dan banyak kaedah pembelajaran yang telah didedahkan melalui kitab, melalui pondok, melalui sekolah dan tidak kurang pula melalui guru-guru agama. 
 Semua itu bertujuan bagi mencari jalan, mencari cara dan mencari kaedah untuk mengenal Allah. Di antara banyak-banyak cara dan di antara banyak-banyak kaedah, cara dan kaedah terbaik bagi mengenal Allah swt adalah dengan mempelajari sifat 20.
 Allah tidak akan dapat dikenal melalui mata zahir, ianya dapat dikenal melalui mata hati dengan mempelajari sifat-sifatnya.
 APAKAH ASAS SIFAT 20?
 Sifat 20 berasaskan kepada 4 perkara;
 1) Zat  
2) Sifat 
3) Af'al  
4) Asma' 
 APAKAH SIFAT ALLAH YANG 20 ITU?
 1. Wujud = ada
2. Qidam = sedia
3. Baqa' = kekal
4. Mukholafatuhu lilhawadis = bersalahan dengan yang baharu
5. Qiamuhu binafsih = berdiri sendiri
6. Wahdaniah = esa
7. Qudrat = kuasa
8. Iradat = menghendaki
9. Ilmu = mengetahui
10. Hayat = hidup
11. Sama' = mendengar
12. Basar = melihat
13. Kalam = berkata-kata
14. Qodirun = maha berkuasa
15. Muridun = maha menghendaki
16. Alimun = maha mengetahui
17. Hayyun = maha hidup
18. Sami'un = maha mendengar
19. Basirun = maha melihat
20. Mutakallimun = maha berkata-kata
 20 sifat Allah itu terbahagi kepada berapa bahagian?
 20 sifat-sifat Allah terbahagi kepada 4 bahagian.
 1. Bahagian sifat Nafsiah
2. Bahagian sifat salbiah
3. Bahagian sifat Ma'ani
4. Bahagian sifat Ma'nawiah
 Bahagian yang empat inilah yang dikatakan menjadi inti pati dan isi kepada ilmu mengenal Allah. 4 bahagian inilah nantinya yang akan mengupas dan yang akan menterjemahkan sifat 20. Barang siapa yang berhajat untuk mengenal Allah, perlu diambil perhatian kepada ke empat-empat bahagian tersebut.
 SIFAT NAFSIAH
 Apakah sifat yang terkandung dalam nafsiah?
 Sifat yang terkandung di dalam nafsiah itu, hanya satu iaitu sifat wujud. Wujud yang membawa maksud ada. Adanya Allah itu, meliputi segala yang zahir mahu pun yang batin.
 Apakah maksud sifat nafsiah?
 Sifat nafsiah itu, bermaksud menafikan kewujudan yang lain selain Allah. Hanya Allah sahaja yang ada dan hanya Allah sahaja yang wujud.
 Wujudnya Allah itu, adalah ujud yang disertai sekali dengan zat, sifat, af'al dan asma'Nya. Zat Allah itu merupakan sifatNya dan sifat Allah itu adalah juga merupakan zatNya. Zat dengan sifat Allah itu adalah ujud yang tidak terpisah, berpisah, bercerai dan ujud yang tidak berasingan.
 Keujudan zat dengan keujudan sifat Allah itu, adalah esa (satu juga pada hakikatnya). Seumpama sifat ilmu dengan sifat kalam Allah. Apabila sifatnya bersifat mendengar (sama'), bererti zatnya juga, bersifat berpendengaran (sami'un). Apabila Allah bersifat melihat (basar), bererti zatNya bersifat berpenglihatan (basirun).  Apabila Allah bersifat kuasa (kudrat), bererti zatNya bersifat kekuasaan (kodirun).  Begitulah seterusnya dengan sifat-sifatnya yang lain.
 Sifat Allah itu seumpama sifat angin dengan sifat bergoyang (bertiup). Apabila kita melihat pokok bergoyang, itu menandakan adanya angin. Tergoyangnya pokok, adalah bagi menandakan bergoyangnya angin. Sifat bergoyang itu sebenarnya bukan sifat pokok, yang bergoyang itu sebenarnya adalah sifat angin. 
Walau bagaimanapun sifat angin dan sifat bergoyangnya pokok itu, adalah satu sifat yang sama. Jika tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Pokok tidak boleh bergoyang dengan sendiri, jika bukan kerana digoyang dan ditiup oleh angin. Begitulah juga sifat Allah dengan ZatNya, tidak boleh bercerai.
 Begitulah juga kaedahnya kita mentafsir sifat 20. Apabila ianya dirujuk kepada diri. Barulah kita dapat melihat dan mengenal Allah melaluinya. Seandainya sifat 20 itu tidak dirujuk kepada diri, selama itulah kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah. Dalam memahami sifat nafsiah (nafi) iaitu sifat menafikan, menidakkan, atau sifat menolak. 
Kita dikehendaki menidakkan sifat-sifat yang lain selain Allah. Kita dikehendaki menidakkan kewujudan sifat alam dan sifat diri kita sendiri. Menidakkan sifat diri kita, supaya ianya menjadi tidak ada dan tidak wujud (binasa). Cara untuk menidakkan sifat diri kita dan untuk mewujudkan sifat Allah itu, adalah dengan cara, menyerah atau membinasakan diri kepada Allah.
 Bila mana sifat telinga telah dipulangkan, ianya akan disambut dengan sifat pendengaran Allah. Bila mana sifat mata telah binasa, akan disambut dengan sifat penglihatan Allah. Sifat berfikir, akan disambut dengan ilmu Allah. Selagi sifat mata menjadi sebahagian daripada sifat kita, sudah pasti kita tidak akan dapat melihat Allah melalui pandangan dan penglihatanNya.
 Setelah sifat mata kita itu dipulangkan kepada Allah, akan bertukar menjadi sifat basar Allah, barulah sifat penglihatan basirun Allah itu, boleh melalui sifat mata kita. Bermaknanya di sini bahawa, sifat mata yang ada pada kita sekarang ini, tidak boleh dan tidak layak menerima penglihatan Allah melaluinya, melainkan sifat mata makhluk telah binasa dan bertukar kepada sifat wajah Allah.
 Maka kita tidak layak untuk menanggung atau menerima sifat penglihatan Allah yang maha tinggi. Sifat makhluk tidak layak untuk menanggung sifat Allah, melainkan sifat kita itu ditukar milik, supaya menjadi milik Allah, setelah melalui proses penyerahan diri (penyerahan tugas dan penyerahan hak milik) kepada Allah. 
Apabila sudah menjadi milik Allah, barulah mata kita itu, dapat melihat melalui penglihatan Allah. Apabila mata kita itu telah menjadi milik Allah, barulah sifat basirun (penglihatan) Allah itu dapat terpancar melalui mata kita.
 Apabila penglihatan Allah sudah menembusi mata kita, dengan sendirinya sifat mata akan binasa. Mata makhluk akan hangus terbakar, binasa dan lenyap lantaran dipenuhi oleh cahaya Allah. Cahaya penglihatan Allah itu sendiri, yang membinasakan sifat mata kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menanggung sifat Allah. Sifat mata kita tidak dapat untuk menanggung sifat penglihatan Allah.
 Selagi mata masih bersifat makhluk atau masih menjadi sebahagian dari anggota diri kita, selagi itulah wajah Allah tidak boleh mengambil tempat. Selagi sifat Allah tidak dapat mengambil tempat, selagi itulah, kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah melaluinya. Inilah konsep nafsiah, iaitu konsep menidakkan sifat makhluk supaya dapat menjadikan semuanya bersifat wajah Allah. 
Setelah kita berjaya dalam menidakkan, fana' dan leburkan diri kita ke dalam cahaya Allah, maka jadilah telinga kita itu, merupakan pendengaran Allah, jadilah mata kita itu, penglihatan Allah dan sebagainya.
 Mata kita tidak layak untuk menanggung penglihatan Allah. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain, ianya merupakan pakaian dan persalinan Allah. Sifat kita selaku makhluk, tidak layak untuk memakai yang menjadi persalinan Allah. Seandainya kita terpakai persalinan Allah, cepat-cepatlah bertaubat.
 Apabila Allah bersifat basar, Allah juga bersifat basirun. Apabila Allah bersifat qudrat, Allah juga bersifat Qodirun dan sebagainya. Oleh yang demikian bagi yang telah sampai kepada makam (tahap) makrifat, menjadikan yang dilihat itu, adalah juga yang melihat dan yang melihat itu, adalah juga yang dilihat, yang disembah itu, adalah yang menyembah dan yang menyembah itu, adalah juga yang disembah. 
Dengan syarat diri kita telah binasa, mati, lebur, dan karam dalam zouk cahaya wajah Allah. Walaupun Allah itu bersifat dengan 20 sifat, namun semua 20 sifat itu, adalah esa (satu) juga dalam zatNya. Walaupun sifat Allah itu banyak, tetapi ia satu dalam zatNya.
 Yang menjadikan sifat Allah itu berbilang-bilang adalah dikeranakan khayalan fikiran dan lemahnya sangkaan akal manusia. Sedangkan pada dasar dan pada hakikatnya, kesemua sifat Allah itu adalah satu (esa), tidak berbilang-bilang.
 Mempelajari, memahami serta mengetahui sifat nafsiah bertujuan memberi peringatan kepada kita bahawa, tidak ada yang berbentuk, melainkan yang berbentuk itu adalah bentuk bagi Allah dan tidak ada yang bersifat, melainkan yang bersifat itu hanya sifat bagi Allah. Tidak ada yang berupa melainkan yang berupa itu adalah rupa bagi Allah.
 Di dalam memahami sifat nafsiah, kita dikehendaki menafikan, mematikan, melenyapkan, menghilangkan dan membinasakan semua sifat-sifat yang lain selain dari sifat Allah. Di peringkat pengajian ilmu sifat nafsiah, kita dikehendaki melihat bahawa hanya Allah sahaja yang ada, ujud, wujud dan maujud. 
Keujudan makhluk alam pada peringkat ini belum lagi boleh diletak dalam gambaran fikiran dan belum lagi boleh dibayangkan dalam ciptaan khayalan akal. Yang ada dan yang ujud pada peringkat sifat nafsiah itu, hanyalah Allah semata-mata.
 Sifat nafsiah adalah sifat bagi mengajar kita tentang kewujudan Allah secara mutlak dan secara "wujudiah". (wujud yang meliputi), meliputi sekalian alam, meliputi sekalian makhluk dan meliputi sekalian diri kita. Sifat nafsiah dalam wujudiah itu adalah membawa makna kewujudan Allah secara mutlak, secara bersendirian, secara keesaanNya, tanpa adanya lagi yang lain selain Allah. 
Seumpama bukan pokok yang bergoyang tetapi yang bergoyang itu adalah angin. Walaupun kita nampak yang bergoyang itu pokok, di dalam kefahaman pengajian ilmu makrifah yang bergoyang itu bukan lagi pokok, sesungguhnya yang bergoyang itu adalah sifat angin. Inilah kedudukan sifat nafsiah dalam tafsiran makrifat.
 Di dalam kita belajar sifat nafsiah dalam sifat 20 kita jangan lupa untuk menghubung kaitkan dengan kalimah syahadah. Pelajaran sifat nafsiah dalam sifat 20, bukan sekadar bertujuan untuk dihafal. Pelajaran sifat nafsiah itu selain bertujuan untuk mengenal sifat Allah melalui sifat 20, ianya juga adalah bertujuan bagi mentafsir kalimah syahdah. Sifat nafsiah itu, adalah satu kaedah kiasan sahaja. Tujuan sebenar kiasan sifat nafsiah itu, adalah disasarkan kepada tafsiran dan pemahaman kalimah syahadah.
 Sifat nafsiah apabila dikaitkan, diletak atau diterjemahkan pada tafsiran syahadah, ia berada pada kedudukan kalimah "LAA" (iaitu kalimah nafi). Kalimah nafi adalah kalimah menolak yang lain selain Allah, membinasakan yang lain selain Allah. Kewujudan sifat-sifat yang lain itu, seumpama bayang cahaya. Apabila hilang cahaya maka hilanglah bayang.
 Apabila kita dapat memahami dan menghayati pengertian isi ilmu nafsiah dalam sifat 20 dengan penuh penghayatan, ianya membuatkan ucapan syahadah kita, benar-benar diterima Allah.
 Bagaimana cara ucapan syahadah yang penuh makna? 
Ada pun ucapan syahadah yang penuh makna itu, adalah dengan melafazkan ungkapan kalimah "Laa" dengan menghilangkan dan membinasakan sifat-sifat yang lain, selain Allah. Sehingga tidak ada lagi keujudan bulan, bintang, alam, dunia dan keujudan kehidupan diri, melainkan Allah lah yang ujud, wujud dan maujud, pada sekalian wajah alam.
 Ucapan perkataan "Laa" adalah tahap ucapan yang tidak ada lagi sesiapa. Tidak ada apa-apa di kiri, di kanan, di atas, dan tidak apa-apa lagi di bawah kita, melainkan semasa melafazkan kalimah "Laa" kita dikehendaki mengisi keyakinan hati dan mengisi kepercayaan akal, bahawa tidak ada yang lain lagi pada keujudan alam ini, melainkan sekalian yang ada ini, adalah wajah Allah (yang meliputi segalanya).  Itulah di antara tujuan kita mempelajari sifat nafsiah (sifat 20)
 APAKAH BENTUK SIFAT NAFSIAH?
 Sifat nafsiah adalah berbentuk "PERKHABARAN", sifat yang hanya ada pada zat Allah dan tidak memberi bekas kepada alam, sifat nafsiah itu, tidak pula boleh dikualiti dan tidak boleh dikuantitikan. Adanya Allah adalah ada yang mutlak, ada yang tidak di keranakan oleh suatu kerana yang lain.
 Sifat nafsiah adalah sifat yang mengkhabarkan kepada kita bahawa Allah itu ada, adanya Allah itu melalui perkhabaran yang tidak dapat dipegang atau dirasa dengan tangan, tidak dapat dizahirkan untuk dilihat. Perkhabaran adalah perkara yang tidak boleh dikualiti atau dikuantitikan. Ia hanya boleh dirasa dan diyakini oleh hati.
 SIFAT MA'ANI
 Sifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam Ma'ani?
 Sifat yang terkandung di dalam sifat ma'ani ada 7 perkara:
 1.  Qudrat = kuasa
2.  Iradat = berkehendak
3.  Ilmu  = mengetahui
4.  Hayat =  hidup
5.  Sama' =  mendengar
6.  Basar = melihat
7.  Qalam = berkata-kata
 Bagaimana Menterjemah Sifat Ma'ani Pada Diri Kita?
 Sifat ma'ani Allah Ta'ala yang jelas terzahir pada diri kita ada 7:
 1. Hidup
2. Mengetahui
3. Berkuasa
4. Berkehendak
5. Melihat
6. Mendengar
7. Berkata-kata
 Ada dengan terang dan jelas menzahir sifat-sifatNya ke atas diri kita. Tujuan dizahirkan sifatNya supaya dijadikan sebagai pedoman, sebagai panduan dan sebagai iktibar untuk kita mengenal, melihat dan memandang Allah melaluinya. 
Allah bukan ain (bukan benda) yang boleh dikenal melalui bentuk hitam dan putih. Allah menzahirkan sifat-sifatnya ke atas diri kita adalah bertujuan supaya dijadikan "Tempat memandang sifat-sifatnya" kepada mereka-mereka yang berpandangan jauh.
 Tetapi ramai yang masih tidak memerhatikannya. Sifat hidup, sifat mengetahui, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat, dan sifat berkata-kata yang dipakai Allah atas diri kita, adalah menjadi tanda kebesaranNya atas diri kita supaya kita memerhati dan melihatnya.  Sifat-sifat tersebut bukannya sifat peribadi kita tetapi sifat tersebut sebenarnya adalah hak kepunyaan mutlak Allah Ta'ala.
 Sifat yang kita pakai ini adalah pinjaman semata-mata. Dari itu hendaklah kita sedar dan insaf akan hal itu. Kesemua sifat-sifat tersebut adalah hak milik Allah dan kepunyaan Allah swt yang sepatutnya dikembalikan semula kepada tuan yang empunya, sementara hayat masih dikandung badan. 
Penzahiran sifat ma'ani (angin) atas makluk (diri kita) adalah sekadar pinjaman yang berupa pakaian sementara, yang akhirnya dikehendaki kembali semula kepada tuan yang empunya. Allah tidak boleh diibarat atau dimisalkan dengan sesuatu.
 Maha suci Allah dari ibarat dan misal. Segala misalan atau segala perumpamaan yang dinukilkan itu, hanyalah sekadar untuk mempermudahkan faham. Sifat ma'ani itu, adalah seumpama bayang-bayang, manakala Allah Ta'ala itu, adalah seumpama tuan yang empunya bayang.
 Firman Allah:
 Surah Al-Furqān (ayat 45)
أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا
 Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;
 "Allah Jadikan Manusia dalam bayangNya"
 Maksud bayang itu, adalah merujuk kepada makhluk dan diri kita. Bayang (diri) sebenarnya tidak mempunyai apa-apa sifat. Bayang hanya sekadar sifat yang menumpang dari yang empunya bayang. Bergeraknya bayang adalah gerak daripada yang empunya bayang. Berdirinya bayang adalah dengan berdirinya tuan yang empunya bayang (Allah). Mustahil bayang itu boleh berdiri dengan sendiri tanpa kuasa dari yang empunya bayang (Allah).  Bayang dengan yang empunya bayang itu, mustahil bersatu dan mustahil bercerai.
 Diri kita dengan wajah Allah itu, adalah seumpama ujud bayang dengan yang empunya bayang atau seumpama bayangan wajah di permukaan cermin. Sifat ma'ani itu tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa bergantung dari sifat maknawiah. Hubungan antara sifat ma'ani dengan sifat maknawiah itu, adalah seumpama hubungan antara bayang dengan yang empunya bayang. 
Contohnya seumpama sifat mata dengan penglihatan, sifat telinga dengan pendengaran dan sifat mulut dengan yang berkata-kata. Walau bagaimana keadaan sekalipun, ianya tetap tidak boleh bercerai dan juga boleh bercantum. Inilah yang dikatakan hubungan sifat ma'ani dengan sifat ma'anawiah itu, bercantum tidak bercerai tiada.
 "Tiada bercerai antara nafi dan isbat, dan siapa-siapa yang menceraikan antara keduanya maka orang itu kafir adanya"
 Bayang bukan cahaya tetapi tidak lain dari cahaya. Cahaya bukan matahari tetapi tidak lain dari matahari. Begitu jugalah contohnya hubungan antara Allah dengan diri kita. Dari itu marilah kita sama-sama mengambil faham dan insaf bahawa sifat yang kita miliki ini, sebenarnya hak kepunyaan Allah, yang harus kita serah kembali kepada yang empunya.
 Tujuan mempelajari sifat ma'ani adalah bertujuan supaya kita mengaku bahawa sebenarnya diri kita ini tidak ada, tidak wujud, dan tidak terjadi. Yang wujud, yang ada dan yang terjadi adalah hanya semata-mata Allah, seumpama sifat bayang, terzahirnya bayang itu, adalah bagi tujuan menampakkan dan menyatan sifat yang empunya bayang itu sendiri.
 Di dalam keghairahan membicarakan soal sifat ma'ani, harus diingat bahawa Allah tidak bertempat. Allah tidak menjelma ke atas jasad. Allah tidak bertempat di dalam atau di luar badan, Allah tidak bersatu, tidak bercantum dengan badan, Allah bukan kesatuan, Allah bukan bersyarikat, bukan bercantum dengan jasad kita. Ada orang yang mengaku bahawa Allah menjelma di dalam jasad dan tidak kurang pula ada yang mengaku menjadi Tuhan dan sebagainya.
 Bukan kita yang meliputi Allah, tetapi Allah lah yang meliputi kita. Kesemua sifat yang kita miliki ini adalah milik Allah, sifat yang ada pada diri kita akan hancur, binasa dan hilang lenyap, sifat yang kekal dan yang abadi itu, hanyalah Allah swt.
 Firman Allah:
 Surah Al-Qaşaş (ayat 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
 Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNya lah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan.
 Apa Hubungan Sifat Maani Dengan Roh?
 Sifat ma'ani adalah wajah Allah yang terzahir melalui sifat dan rupa paras roh, melalui sifat mata, mulut, telinga, dan anggota tubuh seluruhnya. Sebagaimana rupa dan paras roh, sebegitulah wajah ma'ani Allah, kerana rohlah sifat ma'ani Allah. 
Untuk melihat sifat ma'ani Allah, lihatlah pada wajah dan sifat rupa paras diri kita sendiri. Hubungan roh dengan sifat ma'ani itu, seumpama sifat mata pada roh, penglihatan bagi Allah, telinga pada roh, pendengaran bagi Allah, dan begitulah seterusnya.
 Apakah Hubungannya Sifat Ma'ani Dengan Kalimah Syahadah?
 Tujuan kita mempelajari dan mendalami ilmu ma'ani itu, adalah untuk membawa kepada pemahaman kalimah syahadah. Tujuan nafsiah membawa pengertian kepada kalimah "Laa" adalah kalimah bagi menafikan kewujudan sifat makhluk. Manakala sifat ma'ani kalimah "Ila ha" pula, bermaksud mengadakan atau mengiakan dan mengambil balik segala apa yang kita telah tolak dalam kalimah "Laa". Jika dalam kalimah "Laa" kita tolak semua sifat makhluk, manakala dalam kalimah "Ila ha" pula, ianya kita adakan semula. Walaupun sifatnya diadakannya kembali, ianya adalah sekadar sifat yang menumpang.
 Jika dalam kalimah "Laa" kita mengaku bahawa tidak ada lain, selain Allah, manakala dalam kalimah "Ila ha" pula kita mengaku bahawa Allah telah menzahirkan makhluknya melalui 7 sifatNya, seumpama sifat hidup, kuasa, berkehendak, mengetahui, mendengar, melihat dan sifat berkata-kata. Walau bagaimanapun 7 sifat tersebut di atas hanya sekadar sifat menumpang. Seumpama sifat sama' menumpang sifat sami'un, sifat basar menumpang sifat basirun dan begitulah seterusnya. 
 Untuk dihubung kaitkan dengan kalimah syahadah, kita hendaklah melihat sifat mata yang kita miliki, tidak berguna, tanpa penglihatan Allah, telinga kita tidak akan bermakna tanpa pendengaran Allah, mulut tidak bererti tanpa berkata-kata Allah, hidung tidak berguna tanpa hidup Allah, akal tidak bererti jika tanpa ilmu Allah, anggota tidak bermakna tanpa kuasa Allah. Segala-galanya yang ada pada kita bergantung dan menumpang sifat Allah.
 Semasa melafazkan kalimah "Ila ha" dalam bersyahadah, kita dikehendaki mengingati diri kita bahawa sifat yang ada pada diri dan yang kita bawa ini, tidak boleh berdiri sendiri, hanyalah sekadar sifat yang menumpang dan bergantung kepada sifat Allah. Diri kita tidak memiliki apa-apa. Kita tidak akan dapat melihat tanpa basirun Allah dan kita tidak akan dapat mendengar tanpa samiun Allah. 
Dari kesedaran dan keinsafan itu, membawa hati kita kepada suatu perasaan kosong, hiba, hina, kerdil, miskin, kecil dan perasaan fakir di hadapan Allah. Inilah tujuan kita mempelajari sifat ma'ani.
 Diri kita ini sesungguhnya yatim piatu yang tidak punya apa-apa. Ibu bapa, anak-isteri, kaum-keluarga, harta benda, hidup mati dan kaya miskin itu, adalah hak Allah ta'ala, yang boleh diambilnya balik pada bila-bila masa. Yang kita miliki ini, adalah semata-mata hak kepunyaan Allah. 
Di tangan Allah lah diri kita, segala kekuatan, kecantikan, kekayaan dan kegagahan yang selama ini kita megah-megahkan itu, sebenarnya adalah milik kepunyaan Allah. 
Dengan kefahaman bahawa, sifat diri kita ini, sebenarnya mati dan menumpang. Seumpama sifat mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan seluruh anggota, menumpang wajah kebesaran Allah. Yang hendaknya dikembalikan semula sifat itu kepada Allah.
 Anggaplah diri kita ini, sudah mati, binasa, hilang dan lenyap dalam wajah Allah. Yang kita miliki ini, semuanya adalah hak Allah Ta'ala belaka. Hendaklah kita serah kembali kepada Allah. Kembalikan sifat-sifat tersebut kepada Allah. Jadikanlah diri kita ini seumpama fakir, muflis, hina, mati, binasa, dan hilang dalam kekuasaan Allah.  Inilah di antara hikmah dan di antara intipati mempelajari sifat ma'ani dalam sifat 20.
 Bagaimana Mengenal Allah Melalui Sifat Ma'ani?
 Peranan sifat ma'ani hanya sekadar menjadi saksi (kesaksian) Sifat ma'ani berperanan sekadar sifat menumpang. Seumpama basar, hanya menumpang kepada sifat basirun. Telinga menumpang sifat sama', manakala sama' pula menumpang sifat samiun. Lidah menumpang sifat kalam, manakala kalam pula menumpang sifat mutakallimun. Sifat ma'ani adalah sifat menumpang sifat maknawiah (sifat kekuasaan Allah).
 Dari kefahaman itu, dapatlah kita tilik diri sendiri, betapa sifat yang ada pada diri kita ini, semuanya kepunyaan Allah. Kita ada mata, tatapi Allah yang memiliki sifat penglihatan. Kita ada telinga tetapi Allah yang memiliki sifat pendengaran. Kita ada mulut tetapi Allah yang memiliki sifat berkata-kata. Begitulah seterusnya, yang menggambarkan bahawa diri kita ini adalah kepunyaan Allah.
 Sifat ma'ani bertujuan supaya sifat Allah dapat dilihat melalui pancaindera, pada roh, dan pada diri kita sendiri. Allah berilmu manakala diri pula bersifat mengetahui melalui akal. Allah berkudrat, manakala diri pula bersifat berkuasa melalui pancaindera. Allah beriradat, manakala diri pula bersifat berkehendak (dapat berkeinginan melalui rasa). Allah bersifat sama' manakala diri pula bersifat mendengar melalui telinga. Allah bersifat basar manakala diri pula bersifat melihat melalui mata. Allah bersifat kalam, manakala diri pula bersifat berkata-kata melalui lidah.
 Jangan sekali-kali kita menjadi lupa diri, bahawa semua sifat-sifat yang kita miliki ini, adalah kepunyaan Allah, diri kita ini, hanya sekadar menumpang sifat Allah. Apabila kita faham sifat ma'ani, dengan sendirinya membawa diri kita pulang ke pangkuan Allah dengan tangan kosong, dengan menyerahkan segala sifat kepada Allah. 
Bahawasanya diri kita ini, sebenarnya adalah kepunyaan dan milik Allah sepenuhnya secara mutlak. Sifat yang kita pakai dan yang ada pada kita ini, seumpama sifat bayang (menumpang yang empunya bayang).
 Setelah kita sedar, bahawa sifat yang kita pakai ini adalah sifat pinjaman dan menumpang sifat Allah, sebaiknya kembalikanlah semua sifat-sifat itu kepada Allah. Jangan sekali-kali cuba memakai pakaian Allah, walaupun secara percuma atau secara pinjaman, kerana kita tahu bahawa pakaian Allah itu, amat tidak layak untuk dipakai oleh kita. Kita tidak layak memakai pakaian Allah dan kita tidak layak untuk menerima pinjaman Allah. Pakaian Allah itu, Allah lah pemiliknya, Allah lah yang layak memakainya. 
Sebenarnya kita ini, tidak punya apa-apa pakaian atau persalinan. Kita ini adalah ibarat tangan kosong. Yang menjadi milik dan kepunyaan kita bukan pakaian atau persalinan, yang menjadi milik dan kepunyaan kita yang mutlak, adalah Allah itu sendiri.
 Inilah konsep yang hendak diketengahkan dan yang hendak diterapkan melalui sifat ma'ani. Konsep serta kefahaman inilah yang benar-benar perlu kita fahami. Cuba fahami dan hayati betul-betul sifat ma'ani yang tujuh itu, apabila kita telah kasyaf dalam menghayati sifat ma'ani, di sinilah membawanya lebur dan terbakarnya sifat diri yang palsu dan yang menumpang ini. 
 Bagi mereka-mereka yang mengenal Allah, apabila dia cuba untuk memakai sifat Allah. Maka hancur terbakarlah anggotanya, lebur musnahlah sifat jasadnya. Mereka tidak sekali-kali berani memakai sifat pakaian Allah.  Pakaian Allah itu ada tujuh iaitu seumpama sifat hidup, ilmu, kudrat, iradat, samak, basar dan kalam, manakala pakaian kita juga tujuh seumpama:
 1. Pakaian sifat mati (binasa).
2. Pakaian sifat bodoh dungu.
3. Pakaian sifat lemah, lumpuh tidak berupaya.
4. Pakaian sifat tidak berkemahuan, tidak berkehendak.
5. Pakaian sifat pekak dan tuli.
6. Pakaian sifat buta.
7. Pakaian sifat bisu.
 Inilah pakaian dan sifat-sifat yang kita pakai serta pakaian mereka-mereka yang mengenal diri dan yang mengenal Allah swt. Mereka ini beranggapan dan beriktikad bahawa, diri serta jasad mereka sudah mati, tidak ada, lebur dan binasa. Mereka tidak lagi berakal, tidak lagi mempunyai kekuatan, tidak lagi berkemahuan, tidak lagi berpendengaran, tidak lagi berpenglihatan, dan tidak lagi bersuara diri. Jasad mereka sudah fana', sudah baqa' dan karam dalam wajah Allah swt.
 Diri mereka tidak ubah seumpama mayat yang hidup. Mereka tidak memakai pakaian Allah, mereka tidak meminjam pakaian Allah, mereka tidak mengambil persalinan Allah, mereka tidak memakai apa-apa yang menjadi hak Allah. Tidak layak bagi mereka untuk menerima apa-apa yang menjadi milik Allah. Bagi mereka,  segala-galanya adalah dari Allah, kepada Allah dan berserta Allah. Baik di dalam tidur, dalam jaga, dalam gerak, dalam tutur kata, dalam penglihatan, pendengaran, berkeinginan dan sebagainya, semuanya milik Allah.
 Bukan sifat mata yang mereka pandang, tetapi penglihatan Allah, bukan sifat telinga menjadi tumpuan, tetapi pendengaran Allah, bukan mulut menjadi keinginan, yang menjadi keinginan mereka ialah suara (kata-kata) Allah. Yang berkeinginan dan berkehendak itu, adalah Allah swt. Yang berkuasa dan berilmu itu adalah Allah. Inilah kaedah pegangan iktikad orang makrifat, dalam menterjemah sifat ma'ani. Yang menjadikan hati kita penuh yakin kepada Allah.
 Tujuan sifat ma'ani diketengahkan untuk dipelajari dan difahami, adalah untuk membawa kita kepada suatu keinsafan diri, bahawa semua yang kita miliki dan yang ada pada diri kita ini, sebenarnya adalah milik Allah.  Setelah kita sedar yang segala-gala sifat itu menjadi milik Allah, hendaklah kita kembalikannya semula kepada Allah. 
Seandainya yang menjadi milik Allah itu telah kita serahkan semula kepada Allah, semasa hayat masih dikandung badan dan semasa masih berada di dalam dunia, apabila kita pulang ke rahmatullah kelak (setelah kita mati nanti), tidak ada apa-apa lagi yang perlu ditanya, perlu dihisab dan perlu dipersoalkan oleh Malaikat.
 Perkara yang membuat kita ditanya dan disoal itu, adalah kerana hutang sifat kita semasa di dunia masih belum dijelaskan, mereka yang belum melangsaikan pinjaman dan yang belum mengembalikan hak Allah semasa hayat masih ada dan semasa masih hidup di dunia, hutang sifat yang kita pinjam dari Allah, hendaklah dikembalikan semula kepada Allah. Jika ianya dilangsaikan semasa di dunia, tidaklah ada lagi soal jawab dari Munkar dan Nakir di dalam kubur.
 Apa lagi yang Allah hendak tuntut, apa lagi yang Allah hendak tagih dari kita, jika semuanya telah dikembalikan dan diserahkan kepadaNya. Hidup dan mati kita telah kita serahkan kepada Allah, jasad zahir dan batin telah dikembalikan kepada Allah. Apa lagi yang hendak Allah dakwa? Apa lagi yang hendak Allah tuntut? 
Yang hendak Allah dakwa dan tuntut itu, bagi mereka-mereka yang kembali ke pangkuannya dengan tidak menjelaskan hutang sifat dan tidak mengembalikan hakNya. HakNya diambil pakai, diambil guna, tetapi tidak pandai untuk memulangkan dan tidak pula pandai mengembalikannya semula kepada Allah.
 Jika semuanya telah dikembalikan kepada yang empunya, nescaya tidak ada lagi, tuntut menuntut, dakwa-dakwi dan tidak lagi ada soal jawab kubur, malah di pintu syurga lah kita disambut oleh Allah swt.
 Inilah tujuan pengajaran sifat ma'ani diperkenalkan. Ini adalah tujuan sifat ma'ani diketengahkan untuk diambil tahu oleh sekalian kita. Dengan mempelajari sifat ma'ani, akan membawa kita tahu untuk membezakan, yang mana hak kita dan yang mana hak Allah swt. Perhatikan sekali lagi perkara ma'ani dan hendaknya kita hayati dan tilik dengan mata hati yang kasyaf.
 Selagi hayat masih dikandung jasad, kita di kehendaki mengembalikan hak kepada yang berhak, nantinya bila tiba di alam akhirat kelak, kita akan mendapat layanan dan sambutan yang istimewa dari penguasa langit, lain dari yang lain. Kita akan ditempatkan bersama orang yang sempurna lagi terpuji. 
Roh orang-orang sebeginilah dinamakan roh mutmainnah, roh yang diterima Allah. Tempat kita itu, adalah di sisi Allah, bukannya di sisi tanah yang mengandungi ulat dan cacing. 
 Roh sebeginilah yang dikatakan roh yang suci bersih, roh yang sentiasa disertai air sembahyang, roh yang sentiasa di iringi dengan kalimah syahadah. Inilah roh mereka-mereka yang mati sebelum mati dan roh mereka-mereka yang mengenal diri semasa di dunia. Inilah yang dikatakan roh yang mengenal tuannya. 
Tuan yang empunya roh itu, tidak lain dan tidak bukan hanya Allah swt yang satu lagi esa. Inilah penjelasan dan kupasan tentang kefahaman ilmu mengenal Allah (makrifat) melalui pelajaran sifat ma'ani dalam sifat 20, yang bukan sahaja setakat tahu makna tetapi hendaklah dihayati dengan isi di sebaliknya.
via Blogger https://ift.tt/3216llv
0 notes
rlongnuar · 4 years
Text
MENGENAL ALLAH DENGAN ALLAH
Mengenal ALLAH dengan ALLAH
Sudah banyak kritikan tentang ilmu makrifat. Ada yg kata zindik, ada yg hukum sesat dan berbagai lagi sangkaan dan persepsi buruk tohmahan dan kata nista yg datang dari orang-orang yg mengaku diri lebih tahu dari org lain.
Orang yang menghukum pun tak pernah menempuhi cuma menilai dari sudut ilmu. Makrifat bukanlah sebuah ilmu kerana ia adalah sebuah perjalanan yang bukan untuk di jadi kan bahan cerita dan bukan untuk di sembang di kedai kopi atau di tepi jalan. Makrifat adalah perjalanan yg mesti di tempuhi oleh seseorang untuk melihat dan merasai.
Kebanyakan mereka yang selalu bercakap mengenai makrifat tidak pernah menunjukkan jalan yang sebenar di sebabkan mereka tidak pernah menempuhi nya. Sekadar mendengar cerita dan kemudian mengulangi semula apa yg di dengar. 
Manakala yang mendengar pula hanya berlagak faham dan melakukan perkara yang lain tidak seperti yang di sampaikan oleh guru. Lama kelamaan akan terkeluar dari landasan yang betul dan menyimpang dari matlamat yang sebenarnya.Makrifatullah ini bukan ilmu sampai menyampaikan atau bukan ilmu dengar terus faham.
Disini kita kongsi kan jalan bagi mereka yang ingin sampai kepada ALlAH dan mereka yang ingin merasa kehadiran ALLAH dan yang betul mahu melihat ALLAH..
Perjalanan Menuju ALLAH.
Ada 7 peringkat yang mesti dan harus ditempuhi.
Peringkat pertama.
Memperbaiki tingkahlaku diri!
Semua tingkah laku kita yang buruk yang bertentangan dengan syariat yang ditetapkan ALLAH termasuk percakapan, perbuatan atau tingkah laku mesti di buang dan di bersihkan. Perbuatan atau percakapan yang menyakiti dengan tujuan jahat sesama kehidupan sama ada itu sesama manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Apatah lagi perbuatan yg membawa kepada hukum dosa seperti meminum arak, berzina, mencuri dan sebagainya mesti ditinggalkan. Maka itu bermula proses memperbaiki diri dengan membuang tingkahlaku yang buruk sambil membina akhlak yg baik. Latihan ini harus di lakukan sedikit demi sedikit sehingga lama kelamaan kita sedar segala tingkah buruk kita semuanya berpunca dari Nafsu. 
Peringkat kedua.
menundukkan NAFSU.
inilah jalan yg di tunjukkan oleh baginda nabi saw. Jihad yg paling besar adalah menundukkan Nafsu. Untuk mengalahkan nafsu ini kita perlu mengenalNya, kita perlu mengkaji nya, kita perlu mengalisisnya. Dalam peringkat ini kita masih berada dalam lingkungan Syariat. Berapa lama proses ini mengambil masa adalah bergantung kepada kesungguhan diri sendiri. 
Nafsu ini adalah keinginan. Segala perbuatan buruk seperti maksiat, zina, meminum arak dan yang lain-lain berpunca daripada keinginan. Mematikan keinginan
Tumblr media
sama juga kita mematikan nafsu diri kita ini. 
Peringkat ketiga.
Mengawal PERASAAN.
Inilah jalan yg baginda nabi saw tunjukkan pada kita melalui hadisnya nabi memberitahu kepada kita didalam tubuh kita ada segumpal daging yg jika baik daging itu baiklah seluruh tingkah laku perbuatannya yg mana para ahli agama sebahagian mengatakan itu qolbu atau hati dan sebahagiannya mengatakan pada jantung...apa yg ada dalam hati???
Betul nabi saw sedang bercakap tentang PERASAAN..jika baik perasaan kita baiklah semua tp jika kita menyimpan perasaan tidak baik dalam diri kita maka segala perbuatan ikut terdorong berkelakuan tidak baik...perasaan cemburu..iri hati akan mendorong perbuatan khianat..jatuh menjatuhkan hingga pd tahap melakukan sihir...begitu seterusnya perbuatan dosa yg lain yg terdorong dari persaan yg tidak baik seperti kecewa..putus asa..tidak tenteram..dan banyak lg perasaan yg harus de teliti satu persatu di kaji di analisis hingga kita tersedar lagi..jika tingkah laku kita berpunca dari NAFSU...dan NAFSU ini sebenarnya datang dari PERASAAN...maka PERASAAN ini datangnya dari mana????
Peringkat keempat....penyucian JIWA ( RASA)
Manusia melakukan kezaliman. ..penindasan...pengkhianatan..pergaduhan hingga ke peperangan hanya kerana RASA diri hebat..RASA diri berkuasa!!!Org yg RASA diri lemah takkan melakukan hal2 tersebut..RASA diri berkuasa menimbulkan perasaan ingin menundukkan org lain hingga menzahirkan perbuatan2 jahat yg tidak sepatutnya...
Hanya yg RASA diri pandai yg akan sering menyalahi org lain...menyesatkan org lain..
Org yg RASA diri mulia akan merendahkan org lain hingga sanggup menghina...dan banyak lg RASA yg harus di perhalusi yg kita sendiri sembunyikan dalam hati yg paling dalam...supaya dapat di bongkar dan seterusnya dapat membersihkan dan mensucikan segala RASA2 yg tidak patut ada pada jiwa kita..
Pada peringkat ini kita sudah dalam TAREQAT...jalan org2 tasawuf..dan jalan golongan yg kita namakan mereka para sufi...mereka adalah golongan yg memilih jalan kesusahan dari kesenangan...meninggalkan duniawi ...sanggup menempuhi penderitaan kerana dengan jalan ini saja dapat membuang segala rasa yg tidak baik dalam diri mereka...sambil berzikir mengingatkan ALLAH..
inilah jawapan kenapa manusia di uji ALLAH dgn kesusahan..kemiskinan..kehinaan..kekurangan diri dan berbagai lagi ujian...kerana ALLAH ingin mensucikan manusia itu dari RASA2 yg tidak sepatutnya ada kerana inilah punca segala kejahatan yg ada di atas muka bumi ini!!!
Dan barang siapa redha atas setiap ujian ALLAH..ia pasti akhirnya menjadi baik...
Namun bg yg menempuhi jalan makrifat...ada 3 lg peringkat yg harus ditempuhi...
Baik mari mula dari awal....tingkahlaku berpunca dari NAFSU..NAFSU datang dari PERASAAN..PERASAAN datang dari RASA (jiwa)....maka RASA atau JIWA ini datang dari mana????
Ia datang dari jasad DIRI kita sendiri!!!!
Peringkat kelima...mengenal HAQIQAT DIRI.
ada 6 punca yg menimbulkan RASA pd jiwa kita yg terletak pada jasad kita...6 punca ini tidak dapat saya ulas tp bg yg menempuhi pasti dapat mengenalinya(selepas bertungkus lumus mengkaji diri)....mereka yg dapat menundukkan 6 punca ini bermakna mereka benar sudah berjaya menakluki dan menguasai diri mereka sendiri..berjaya menguasai diri sendiri bermakna mereka juga mampu menguasai org lain..dan sekaligus layak menguasai seluruh alam!!!
Seperti mana ALLAH berfirman..AKU INGIN MENCIPTAKAN KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI.
Ciri paling utama bg seorang khalifah..atau pemimpin..atau seorang raja..dia mestilah berkuasa ke atas diri mereka sendiri!!!! ALLAH bukan lah ingin menciptakan boneka yg duduk di kerusi raja tp di kontrol oleh org lain....raja mesti berkuasa atas dirinya sendiri...
Dan sampai pada peringkat ini..setelah menempuh berbagai kesusahan dan penderitaan...ia adalah pencapaian yg cukup tinggi yg tidak semua mampu melepasinya...
Namun bg yg ingin menempuhi jalan makrifatullah...ada 2 lg peringkat yg mesti di tempuhi!!!
Jika tingkahlaku berpunca dari nafsu..nafsu pula datang melalui perasaan..perasaan timbul dari rasa(jiwa) ...dan rasa ini berpunca dari jasad kita sendiri..maka adanya jasad atau hidupnya jasad ini kerana adanya....ROH!!!
Peringkat keenam...mengenal HAQIQAT ROH.
Selepas mengkaji..menganalisis..sehingga mengenal...akhirnya disinilah terbongkar segala persoalan yg kita cari selama ini...siapakah diri kita sebenar..kenapa kita di ciptakan..siapa sebenarnya malaikat..siapa syaitan..siapa iblis..apa itu syurga...apa itu neraka..dan bermacam persoalan lg...
Di sini segala dukacita dan kecewa kita di hapuskan kerana kita sudah memahami segalanya...kita dapat memahami melalui roh...setelah mengenalnya..kita tahu siapa itu roh sebenarnya..apa hubungan kita dengan roh...apa fungsi sebenarnya roh itu...bermakna kita sudah bersedia untuk pergi pada peringkat terakhir ...Penutup pada perjalanan yg sangat jauh lagi memeritkan ini...namun lama kelamaan ia akan menjadi asyik...
Sebelum ke peringkat akhir..kita ulang lagi semula...jika tingkah laku berpunca dari nafsu..nafsu datang dari perasaan..perasaan pula timbul dari rasa atau jiwa...dan jiwa ini lahir dari jasad diri kita sendiri..jasad diri ini ada kerana roh...maka roh datang dari mana????? 
Maka jawapannya tentu roh datang dari ALLAH itu sendiri..
Peringkat ketujuh...mengenal HAQIQAT ALLAH...( MAKRIFATULLAH )
Ketika ini kita sudah berada di hadapan ALLAH..dalam keadaan yg suci..jiwa yg suci..maka itu kita memandangnya dengan pandangan yg suci..di sini ALLAH memperkenalkan dirinya..sudah tentu ALLAH memperkenalkan dirinya hanya yg ingin mengenalnya saja...jika dulu kita mengatakan ALLAH itu tuhan kerana kekayaannya...kita tunduk kepadanya kerana kekuasaannya..tp percayalah jika kita sudah berada disini baru kita sedar selama ini kita salah..kerana keagungan ALLAH bukan pd kekayaannya..bukan pd kekuasaannya..bahkan juga bukan pd ilmunya..kerana keagungan ALLAH terletak pd diri ALLAH itu sendiri!!!!!!
Mereka yg sudah sampai di sini tidak lg menyembah ALLAH kerana kekayaannya..kekuasaannya..ataupun ilmunya..tp mereka yg sudah sampai disini menyembah ALLAH kerana diri ALLAH itu sendiri...disini dia dapat memahami segala tentang ALLAH..ciptaan ALLAH..dan segala ketetapan oleh ALLAH...suatu hubungan itu menjadi teguh dan kukuh..bukan kerana kekayaan maupun parasrupa..bukan kerana keuntungan atau kebendaan..tp satu hubungan itu menjadi teguh dan kukuh kerana saling faham memahami!!!!
Cukup sampai di sini saja penjelasan yg mampu sy coretkan...
Mungkin sedikit mampu membantu mereka yg benar2 ingin mengenalinya..jauhkan mereka yg menyimpang pd kebenaran..sy..guru2..hanya mampu membantu..tp yg sebenar membimbing kita sebenar benarnya hanyalah ALLAH..maka fokus sungguh2 hanya kepada ALLAH.
Semoga kita semua diterima ALLAH sampai kepadanya..
InsyaALLAH.
via Blogger https://ift.tt/36jksG6
0 notes
rlongnuar · 4 years
Text
NAFAS ADALAH CERMIN DARI ROH
Tumblr media
NAFAS ADALAH CERMIN DARI ROH
-Nafas adalah kembar bagi Roh. 
-Roh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.
-Roh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.
-Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal. 
-Begitu juga Roh jika nafas seorang hamba tenang maka ia memberi kesan pada rohnya.
Kaum Arifibillah dan ahli Rohani amat mementingkan latihan pernafasan. 
Bila pernafasan baik maka akan baiklah perjalanan roh dengan ROBB-nya. Emosi amat mempengaruhi pernafasan baik ia dalam keadaan marah "stress" atau tenang. 
Jika seseorang itu berhasil mengawal emosinya maka tenanglah ia. Mereka yang tidak mementingkan rohani adalah seperti jasad yang tiada Roh mereka amat dibodohi dan diperdaya oleh syaithon.
Nafas berasal dari Robbul Alamin. Bagaimana mengenal turunnya dan naiknya Nafas ini dari sebatang tubuh?...
Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan ia adalah rahasia illahi. Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani manakala para ahli "tenaga dalam" mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat melakukan perkara dg kekuatan jasad. Dan para kaum sufi menamakannya sebagai "Nasma", yaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan Jasad.
Zikir Nafas adalah lentera pengerak semua sistem rohani dan jasmani adalah merupakan Ibu dari segala zikir yang mempunyai banyak keistimewaan iaitu mampu membersihkan segala kotoran dalam dan rohani. 
Zikir Nafas ini ada pecahan dan rangkaiannya tersendiri. Pecahan zikir ini ialah zikir Nufus, zikir Tanafas dan zikir Amfas.
Keempat-empatnya saling berkaitan diantara satu sama lain. Bermula nafas itu kerana anfas, dan hidup anfas itu kerana nufus, manakala hidup nufus itu dengan rahasia dan rahasia itulah merupakan (Diri) rahasia Allah. Nufus, Anfas dan Tanafas itu adalah satu perkara yang ghaib yang wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti juga nafas.
Kedudukan Anfas ialah di Hidung. Kedudukan Tanafas di Telinga. Kedudukan Nufus di Jantung, Kedudukan Nafas ialah di Mulut. Anfas, Nafas, Tanafas dan Nufus ini merupakan satu "kuasa" ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak) dalam tubuh seseorang manusia. Apakah insan mudah memahami  pergerakan sistem spiritual dan rohani ini tanpa mengenal Robbnya dan ILLAH nya???...Sekali-kali ia tidak akan mengenal Robb nya tanpa ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.
Diantara keempat unsur ini, Nafaslah yang boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakan) kerana setiap orang boleh merasakan dengan perasaan zahir. Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul atau disebut sebagai zikir nafas akan memberi kesan yang hebat dan membawa pengenalan kita kepada Yang Maha Hidup.
Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepat proses penyucian hati (membakar mazmumah).
Semoga bermanfaat..
via Blogger https://ift.tt/3ccfNFx
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
SIFAT UJUB
NASIHAT SAYYIDI ABU YAZID AL BUSTAMI KEPADA MURIDNYA... Di samping seorang Sufi, Sheikh Abu Yazid Al Bustami juga adalah Guru Mursyid  tasawuf. Di antara muridnya, ada seorang murid yang rajin mengikuti pengajiannya. Suatu saat, muridnya itu mengadu kepada Sidi Abu Yazid, “Guru, aku sudah beribadah tiga puluh tahun lamanya. Aku shalat setiap malam dan puasa setiap hari, dan aku tinggalkan syahwatku,  tapi anehnya, aku belum menemukan pengalaman ruhani yang Guru ceritakan. Aku belum pernah saksikan apa pun yang Guru gambarkan. Sidi Abu Yazid menjawab, “Sekiranya kau puasa dan beribadah selama tiga ratus tahun pun, kau takkan mencapai satu butir pun dalam ilmu ini.” Murid itu heran, “Mengapa, Wahai Tuan Guru?” “Karena kau tertutup oleh eksistensi dirimu,” jawab Sidi Abu Yazid. “Apakah ini ada obatnya,  agar hijab ini tersingkap?” tanya sang murid. “Boleh,” ucap Abu Yazid, “tapi kau takkan kuat melakukannya.” “Tentu saja akan aku lakukan,” sanggah murid itu. “Baiklah kalau begitu,” kata Abu Yazid, “sekarang pergilah ke tukang cukur, cukurlah  jenggotmu yg mulia itu, tanggalkan pakaianmu dan pakailah baju yang lusuh dan compang-camping." Gantungkan di lehermu kantung berisi kacang. Pergilah kau ke pasar, kumpulkan sebanyak mungkin anak-anak kecil di sana. Katakan pada mereka dengan lantang “Hai anak-anak, barangsiapa di antara kalian yang mau menampar aku satu kali, aku beri satu kantung kacang.” Lalu datangilah (juga) pasarmu (di mana) jamaah kamu sering mengagumimu." “Subhanallah, Kau mengatakan ini padaku, apakah ini baik untuk kulakukan?“, kata murid itu terkejut. Sidi Abu Yazid berkata, “Ucapan tasbihmu itu adalah syirik.” Murid itu keheranan, “Mengapa bisa begitu?” Sidi Abu Yazid menjawab, “Karena "... KELIHATANNYA KAU SEDANG MEMUJI ALLAH, PADAHAL SEBENARNYA KAU SEDANG MEMUJI DIRIMU..." Murid itu berkata, “Aku tidak mampu melakukannya, tunjukkan aku cara lain yang bisa kulakukan.” Sidi Abu Yazid berkata: "Mulailah dengan hal ini sebelum yang lain, sampai perasaan agungmu hilang, dan dirimu merasa rendah, lalu akan kuberitahu apa apa yang baik bagimu." Sang murid menjawab: "Aku tidak mampu melakukannya." Abu Yazid berkata:  Kau memang takkan mampu melakukannya!” (Sumber: Qu'tul Quluub,  Abu Thalib al Makky, Juz 2, hal 121) Cerita ini mengandung pelajaran yang amat berharga, diantaranya: Abu Yazid mengajarkan bahwa orang yang sering beribadah mudah terkena penyakit ujub dan takabur. Abu Yazid menganjurkan muridnya berlatih ego dan keinginan untuk menonjol dan dihormati segera hilang, yang tersisa adalah perasaan tawadhu dan kerendah-hatian. Ujub seringkali terjadi di kalangan orang yang banyak beribadat. Orang sering merasa ibadah yang ia lakukan sudah lebih dari cukup sehingga ia menuntut Tuhan agar membayar pahala amal yang ia lakukan. Orang yang gemar beribadah rawan jatuh pada perasaan tinggi diri. Ibadah dijadikan cara untuk meningkatkan statusnya di tengah masyarakat. Orang itu akan kecewa bila tidak diberikan tempat yang memadai statusnya. Semoga Allah melindungi kita dari sifat ujub...
via Blogger https://ift.tt/2OhobLg
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
FATIMAH
Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’. Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’. Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’. Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji. Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi. Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’ Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran. Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat. Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu. Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’. Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita: 1. Membaca Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3 x. 2. Shalawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin). 3. Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat). 4. Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).
 Marilah kita mulai praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak kita. via Blogger https://ift.tt/2YYkLCL
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
100 PERINTAH ALLAH DALAM AL-QURAN
100 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM QURAN *1. Jangan berkata kasar.* (QS 3 – Ali Imran : 159) *2. Tahanlah marah.* (QS 3 – Ali Imran : 134) *3. Berbaiklah kepada orang lain.* (QS 4 – An Nisaa’ : 36) *4. Jangan sombong dan bongkak.* (QS 7 – Al A’raaf : 13) *5. Maafkanlah kesalahan orang lain.* (QS 7 – Al A’raaf : 199) *6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.* (QS 20 – Thaahaa : 44) *7. Rendahkanlah suaramu.* (QS 31 - Luqman : 19) *8. Jangan mengejek orang lain.* (QS 49 – Al Hujuraat : 11) *9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa).* (QS 17 – Al Israa’ : 23) *10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa).* (QS 17 – Al Israa’ : 23) *11. Jangan memasuki bilik peribadi ibu bapa tanpa izin.* (QS 24 – An Nuur : 58) *12. Catatlah hutang-hutangmu.* (QS 2 – Al Baqarah : 282) *13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta.* (QS 2 – Al Baqarah : 170) *14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.* (QS 2 – Al Baqarah : 280) *15. Jangan makan riba’/membungakan wang* (QS 2 – Al Baqarah : l *16. Jangan melakukan rasuah)* (QS 2 – Al Baqarah : 188) *17. Jangan ingkar atau melanggar janji* (QS 2 – Al Baqarah : 177) *18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu* (QS 2 – Al Baqarah : 283) *19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan* (QS 2 – Al Baqarah : 42) *20. Berlakulah adil terhadap semua orang* (QS 4 – An Nisaa’ : 58) *21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas* (QS 4 – An Nisaa’ : 135) *22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga* (QS 4 – An Nisaa’ : 7) *23. Wanita memiliki hak waris* (QS 4 – An Nisaa’ : 7) *24. Jangan memakan harta anak yatim* (QS 4 – An Nisaa’ : 10) *25. Lindungi anak yatim* (QS 2 – Al Baqarah : 220) *26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya* (QS 4 – An Nisaa’ : 29) *27. Damaikanlah orang yang berselisih* (QS 49 – Al Hujuraat : 9) *28. Hindari perasangka buruk* (QS 49 – Al Hujuraat : 12) *29. Jangan memfitnah orang* (QS 2 – Al Baqarah : 283) *30. Jangan memfitnah orang* (QS 49 – Al Hujuraat : 12) *31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial*(QS 57 – Al Hadid : 7) *32. Biasakan memberi makan orang miskin* (QS 107 – Al Maa’uun : 3) *33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah* (QS 2 – Al Baqarah : 273) *34. Jangan menghabiskan wang untuk bermegah-megah* (QS 17 – Al Israa’ : 29) *35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu* (QS 2 – Al Baqarah : 264) *36. Hormatilah tetamu anda* (QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26) *37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri* (QS 2 – Al Baqarah : 44) *38. Jangan berbuat kerosakan di muka bumi* (QS 2 – Al Baqarah : 60) *39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid* (QS 2 – Al Baqarah : 114) *40. Perangilah mereka yang memerangi mu* (QS 2 – Al Baqarah : 190) *41. Jagalah etika perang* (QS 2 – Al Baqarah : 191) *42. Jangan lari dari peperangan* (QS 8 – Al Anfaal : 15) *43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)* (QS 2 – Al Baqarah : 256) *44. Berimanlah kepada para Nabi* (QS 2 – Al Baqarah : 285) *45. Jangan melakukan hubungan jenis di saat haid* (QS 2 – Al Baqarah : 222) *46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh* (QS 2 – Al Baqarah : 233) *47. Jauhilah hubungan jenis di luar nikah* (QS 17 – Al Israa’ : 32) *48. Pilihlah pemimpin dari meritnya. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya* (QS 2 – Al Baqarah : 247) *49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya* (QS 2 – Al Baqarah : 286) *50. Jangan mahu dipecah belah* (QS 3 – Ali Imran : 103) *51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini* (QS 3 – Ali Imran 3 :191) *52. Lelaki mahupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya* (QS 3 – Ali Imran : 195) *53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu* (QS 4 – An Nisaa’ : 23) *54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki* (QS 4 – An Nisaa’ : 34) *55. Jangan kedekut* (QS 4 – An Nisaa’ : 37) *56. Jangan iri hati* (QS 4 – An Nisaa’ : 54) *57. Jangan saling membunuh* (QS 4 – An Nisaa’ : 92) *58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan* (QS 4 – An Nisaa’ : 105) *59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan* (QS 5 – Al Maa-idah : 2) *60. Bekerja samalah dalam kebenaran* (QS 5 – Al Maa-idah : 2) *61. Majoriti bukanlah merupakan kriteria kebenaran* (QS 6 – Al An’aam : 116) *62. Berlaku adil* (QS 5 – Al Maa-idah:8) *63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan* (QS 5 – Al Maa-idah : 38) *64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum* (QS 5 – Al Maa-idah : 63) *65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi* (QS 5 – Al Maa-idah : 3) *66. Hindari minum racun dan alkohol* (QS 5 – Al Maa-idah : 90) *67. Jangan berjudi* (QS 5 – Al Maa-idah : 90) *68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain* (QS 6 – Al An’aam : 108) *69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu* (QS 6 – Al An’aam : 152) *70. Makan dan minumlah secukupnya* (QS 7 – Al A’raaf : 31) *71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat solat* (QS 7 – Al A’raaf : 31) *72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan* (QS 9 – At Taubah:6) *73. Jagalah kemurnian* (QS 9 – At Taubah : 108) *74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah* (QS 12 – Yusuf : 87) *75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kezahilan* (QS 16 – An Nahl : 119) *76. Berserulah/ajaklah kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana* (QS 16 – An Nahl : 125) *77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain* (QS 17 – Al Israa’ : 15) *78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan* (QS 17 – Al Israa’ : 31) *79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya* (QS 17 – Al Israa’ : 36) *80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat* (QS 23 – Al Mu’minuun : 3) *81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin pemilik rumah* (QS 24 – An Nuur : 27) *82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah* (QS 24 – An Nuur : 55) *83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati* (QS 25 – Al Furqaan : 63) *84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan* (QS 28 – Al Qashash : 77) *85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah* (QS 28 – Al Qashash:88) *86. Jangan terlibat dalam homosexual* (QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29) *87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar* (QS 31 - Luqman : 17) *88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong* (QS 31 - Luqman : 18) *89. Wanita dilarang mempamerkan diri* (QS 33 – Al Ahzab : 33) *90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita* (QS 39 – Az Zumar : 53) *91. Jangan berputus asa akan keampunan dari Allah* (QS 39 – Az Zumar : 53) *92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan* (QS 41 – Fushshilat : 34) *93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah* (QS 42 – Asy Syuura : 38) *94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa* (QS 49 – Al Hujuraat : 13) *95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam)* (QS 57 – Al Hadid : 27) *96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu* (QS 58 – Al Mujaadilah : 11) *97. Perlakukan kaum bukan Islam dengan baik dan adil* (QS 60 - Al Mumtahanah : *98. Hindari diri dari sifat kikir* (QS 64 – At Taghaabun : 16) *99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang* (QS 73 – Al Muzzammil : 20) *100. Jangan mengherdik orang yang meminta-minta* (QS 93 – adh Dhoha 10 )
via Blogger https://ift.tt/eA8V8J
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
AMALAN TARIKAT RASULLAH
Amalan Tarekat Al-Ahmadiyyah Perkara pertama yang di tekankan di dalam Tarekat Ahmadiyyah ialah "AURAD". Buat para pembaca, aurad adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud wirid-wirid.Ianya adalah kata jamak atau di dalam Bahasa Inggeris dinamakan 'plural' kepada perkataan wirid. Al-Tahlil Al Makhsus (التهليل) Lafaznya ialah:- لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ Laailaaha illallaahu Muhammadur Rosuulullaah, Fii kulli lamhatin wanafasin ‘adada maa wasi’ahuu ‘ilmullaah. Ertinya:- Bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah. Sebenarnya berdikir dengan kalimat “La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi Sallallahu alaihi wa sallam” sudah diamalkan sebelum zaman Syaikh Ahmad ibn Idris. Telah di tulis oleh Syaikh Ahmad ibn Idris di dalam sepucuk surat beliau: "Sesungguhnya, kami telah mengambil tarekat ini daripada guru kami Abdul Wahhab yang tersebut, dan dia telah mengambil dari Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa sallam.Dan aku pernah mendengar dia berkata", “Aku telah mendengar Rasulullah Sallalaahu alaihi wa sallam berkata, “Tiada aku melihat yang lebih bermanfaat daripada La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi Sallallahu ‘alaihi wa sallam.” Tetapi Syaikh Ahmad ibn Idris telah mendapat keistimewaan seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam agar menambahkannya dengan kata-kata “fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ‘ilmullah.” Ini menyebabkan dzikir itu bertambah berganda nilainya. Telah bercerita Syaikh Ahmad ibn Idris: Pada suatu ketika, telah berkata Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam, “La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ‘ilmullah”. Telah aku simpan (yakni at-Tahlil al-Makhsus yang dikenal juga sebagai adh-Dhikr al-Makhsus) untukmu wahai Ahmad. Engkau tiada didahului oleh sesiapa pun kepadanya. Maka ajarkanlah ia kepada para sahabatmu supaya dapat mereka berlomba-lomba dengan orang-orang yang terdahulu (al-awa’il).” Syaikh Ahmad ibn Idris mengenai kelebihan at-Tahlil al-Makhsus : Andai kata ada seorang individu mengucapkan “La ilaha illallah muhammadur rasulullah” dari masa Saiyidina Àdam ‘alaihissalam hingga ke masa ditiupkan Sangka Kala, tapi ada seseorang yang membaca at-Tahlil al-Makhsus satu kali saja, niscaya pahalanya melebihi pembacaan yang satunya lagi itu. Sesungguhnya telah dijelaskan oleh Shaykh yang Kamil, orang yang ‘Alim lagi mengamalkan, Sayyidi Shaykh Ismail an-Nawab yang bermukim di Makkah al-Musharrafah, dari Gurunya Barakatul Wujud, Sayyidi Shaykh Ibrahim ar-Rasyid, dari Gurunya yang Agung, Sayyidina Shaykh Ahmad ibn Idris, bahwa beliau ditalqinkan oleh Nabi SAW sendiri aurad Thariqat Syadziliyyah, dan memberinya aurad yang tinggi nilainya serta Tareqat Suluk yang teristimewa (khusus). Bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang sampai kepadamu (wasilahnya) maka ia tidak akan tersesat ke daerah yang lain atau kepada jaminan yang lain, tetapi akulah yang menjadi kekasihnya dan dia menjadi tanggunganku”. Dikatakan pula oleh Syeikh Ahmad: “Kemudian aku menerima aurad tersebut langsung dari Rasulullah dengan tanpa perantara, sehingga aku talqinkan kepada para murid sebagaimana yang telah ditalqinkan kepadaku”. Pernah suatu kali Rasulullah bersabda kepada Syekh Ahmad: “Laailaaha illallaahu Muhammadur Rosuulullah, Fii kulli lamhatin wanafasin ‘adada maa wasi’ahuu ‘ilmullaah. Aku menyimpannya untukmu, wahai Ahmad. Tiada seorangpun yang dapat mendahului keutamaan engkau, wahai Ahmad. Ajarkan pada para pengikutmu, agar mereka menjadi orang pertama yang mengetahuinya”. Syekh Ahmad berkata: “Rasulullah membacakan untuk ku hizib-hizib dari lafazh beliau”. Sehingga, ulama’ pengikutnya merasa kesulitan pada suatu kalimat dalam hizib. Maka ia berkata, “Wahai saudara kami, demikianlah Rasulullah SAW mengucapkan kepadaku”. Para Guru Sufi mengatakan bahawa dasar Tareqat Syadzili dari Syekh Ahmad ibn Idris. Setiap aurad yang diambil dari beliau bererti berasal dari Nabi s.a.w. Antara murid Ahmad ibn Idris yang termasyhur, Sayyidi Muhammad ibn Ali as-Sanusi dalam kitabnya Masyariqul Anwar menceritakan bahawa ia pernah ditanya, “Kepada siapa aurad ini di nisbahkan?” Beliau katakan bahawa setiap murid yang ditalqinkan oleh Syekh Ahmad ibn Idris pada awalnya, bererti ia di talqin oleh Nabi. Apa yang terkandung dalam zikir ini mencakup segala zikir seluruh makhluk, baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi. Secercah benda cair mahupun padat, yang bernyawa atau tidak merupakan bahagian terkecil dari Ilmu-Nya, yang tak lepas dari pengamatan-Nya, kesemuanya terangkum dalam keluasan Ilmu Allah (Wasi’ahu ‘Ilmullaah). Lazimilah membacanya sebanyak sekurang-kurangnya/minimum 4 Kali atau sebanyak-banyaknya di dalam hati walau diketika melakukan aktiviti. Insya Allah, banyak hikmah yang tidak terduga dari sisi Allah SWT buat yang ikhlas membacanya. Juga mendekatkan diri kepada peluang untuk bertemu Baginda Nabi Muhammad SAW yang sangat di cintai. Bila? Jalankanlah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Jika tidak berjumpa? Pahala membacanya adalah besar dan banyak keberkatannya yang tidak diduga.
via Blogger https://ift.tt/eA8V8J
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
SOLAT DHAIM
SATU PANDANGAN ORANG MAKRIFAT
SHOLAT DAIM = SADAR ALLAH
Banyak yang bertanya seperti apakah sholat Daim itu?
Makna Sholat daim ialah sholat yang terus menerus tiada putus. Bagaimana sholat yang tiada putus, bukan kah kita juga harus selalu beraktivitas menjalani hidup ini..?
Mari kita kaji ayat ini, Allah SWT berfirman:
فَاِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا اَوْ رُكْبَانًا  ۚ  فَاِذَآ اَمِنْتُم�� فَاذْکُرُوا اللّٰهَ کَمَا عَلَّمَکُمْ مَّا لَمْ تَكُوْنُوْا تَعْلَمُوْنَ "Jika kamu takut (ada bahaya), sholatlah sambil berjalan atau berkendaraan. Kemudian apabila telah aman, maka ingatlah Allah (sholatlah), sebagaimana Dia telah mengajarkan kepadamu apa yang tidak kamu ketahui." (QS. Al-Baqarah: Ayat 239)
Sangat jelas pada ayat tersebut Allah mengatakan sholat sambil berjalan dan berkenderaan. jadi dalam segala aktivitas kita itu harus selalu Sholat, jangan putus. lantas bagaimana cara sholat nya?
Kita lanjut lagi ke ayat berikut, Allah SWT berfirman:
اُتْلُ مَاۤ اُوْحِيَ اِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَاَقِمِ الصَّلٰوةَ     ؕ   اِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ  ؕ  وَلَذِكْرُ اللّٰهِ اَكْبَرُ    ؕ   وَاللّٰهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ "Bacalah Kitab (Al-Qur'an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah sholat. Sesungguhnya sholat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (sholat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS. Al-'Ankabut: Ayat 45)
Jadi, inti atau tujuan Sholat itu adalah Dzikrullah (Sadar Allah).. Orang yang rajin sholat lima waktu jika tiada Sadar Allah, bagaimana mungkin kan mencegah perbuatan keji dan mungkar? Jika kesadaran nya tersambung kepada Allah barulah ia kan dapat menghindari dosa. karna merasakan kehadiran Allah.
Dan di ayat tersebut di jelaskan.. sebaik-baik nya ibadah ialah Dzikrullah (Sadar Allah). Jadi sholat itu adalah sarana atau ritual untuk berdzikir kepada Allah. jika Sholat nya tiada Dzikir, tiada Sadar Allah.. berarti sholat itu belum sampai kepada puncak nya. hanya ritual tanpa makna.
Jadi, antara sholat daim dan Sadar Allah ya sama saja.. yaitu sama-sama Dzikrullah. dzikir atau sholat yang terus menerus jangan sampai terputus.
Di sini banyak yang salah tafsir bagi yang mempelajari ilmu-ilmu makrifat. ketika ia merasa sudah bisa sholat daim, maka sholat fardhu yang lima waktu malah ia tinggalkan. karna ia merasa diri nya sudah melakukan sholat.
Pahami lah ayat ini, Allah SWT berfirman:
فَاِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلٰوةَ فَاذْكُرُوا اللّٰهَ قِيَامًا وَّقُعُوْدًا وَّعَلٰى جُنُوْبِكُمْ   ۚ   ؕ  فَاِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ   ۚ  اِنَّ الصَّلٰوةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتٰبًا مَّوْقُوْتًا "Selanjutnya, apabila kamu telah menyelesaikan sholat(mu), ingatlah Allah ketika kamu berdiri, pada waktu duduk, dan ketika berbaring. Kemudian, apabila kamu telah merasa aman, maka laksanakanlah sholat itu (sebagaimana biasa). Sungguh, sholat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman." (QS. An-Nisa': Ayat 103)
Jadi sholat itu ada dua.. ada sholat yang di tentukan waktu nya (Sholat Fardhu), dan ada sholat yang terus menerus tanpa putus (Dzikrullah atau Sadar Allah). Jika belajar makrifat tetapi meninggalkan sholat fardhu jelas ia telah dalam kesesatan.
Lakukan lah sholat fardhu seperti biasa, di luar itu dalam beraktivitas.. barulah Sholat daim (Sadar Allah).. itu baru betul..
via Blogger https://ift.tt/eA8V8J
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
ZIKIR
Hanya persoalan-persoalan yang bermain di jiwa dan akal manusia. via Blogger https://ift.tt/eA8V8J
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
SOLAT KU
Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat *Takbiratul-Ihram / Takbir:* Allah Maha Besar. *Doa Iftitah:* Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. *Al-Fatihah:* Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. *Bacaan ketika rukuk:* Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. *Bacaan ketika bangun dari rukuk:* Allah mendengar pujian orang yang memujinya. *Bacaan ketika iktidal:* Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian. *Bacaan ketika sujud:* Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. *Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:* Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. *Bacaan ketika Tahiyat Awal:* Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. *Bacaan ketika Tahiyat Akhir:* Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Semoga bermanafaat utk kita bersama! Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat Sabda Rasulullah SAW; *"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."* (Hadis Riwayat Muslim) AB via Blogger https://ift.tt/2SOH2kl
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
Terkejut beruk kena sergah.
from Facebook via IFTTT 2018-11-03T08:24:15.000Z
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
ALASAN UMUR
*TIDAK DITERIMA LAGI ALASAN BILA USIA SUDAH MELEBEHI 50-70 TAHUN* "Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50-70 tahun". (Hadith Riwayat Bukhari) Al-Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50-70 tahun tidak diterima lagi keuzuran atau alasan, kerana usia itu merupakan yang dekat dengan kematian... Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah." (Tafsir al-Qurthubi) Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur itu. *Nasihat Fudhail kepadanya : *"Bererti sudah 50-70 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus..!" Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 55-70 tahun ; 1. Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian. 2. Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mengerjakan amal saleh 3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal. 4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa hidup banyak bersabar dan bersyukur 5. Perbanyak doa mengharap keredha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah. 6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya. 7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta. 8. Kerapkan menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya. 9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi. 10. Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati. 11. Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu. 12. Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain. 13. Berhentilah dari semua maksiat ! *mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu* *tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu* *mulut, berhentilah berbicara yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain* *telinga, berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat* 14. Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa 15. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum mencapai Usia 50 tahun. WALLAHU A'LAAM BISSOWAB via Blogger http://bit.ly/2GBJaVa
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
ISTIFAR
*ISTIGHFAR..* Imam Ahmad bin Hambal Rahimakumullah (murid Imam Syafi'i) dikenal juga sebagai Imam Hambali. Di masa akhir hidupnya beliau bercerita:- Suatu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya tidak tau kenapa ingin sekali menuju satu kota di Iraq. Padahal tidak ada janji sama orang dan tidak ada keperluan. Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Bashrah. Beliau bercerita:- Begitu tiba di sana waktu Isya', saya ikut shalat berjamaah isya di masjid, hati saya merasa tenang, kemudian saya ingin istirahat. Begitu selesai solat dan jamaah bubar, Imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba penjaga masjid datang menemui Imam Ahmad sambil bertanya:- "Kenapa kamu di sini, syaikh?." Penjelasan Kata "syaikh" boleh digunakan untuk 3 panggilan: 1⃣untuk orang tua, 2⃣orang kaya atau pun 3⃣orang yg berilmu. Panggilan Syaikh dikisah ini panggilan sebagai orang tua, karena penjaga tu memanggil hanya sebagai orang tua. Penjaga masjid itu tidak tau yang lelaki itu adalah Imam Ahmad dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan dirinya. Di Iraq, semua orang kenal siapa Imam Ahmad, seorang ulama besar & ahli hadits, sejuta hadits dihafalnya, sangat shalih & zuhud. Zaman itu tidak ada kamera / gambar sehingga orang tidak tau wajahnya, cuma namanya sudah terkenal. Imam Ahmad menjawab, "Saya ingin istirahat, saya musafir." Kata penjaga tu, "tidak boleh, tidak boleh tidur di masjid." Imam Ahmad bercerita, "Saya diusir oleh orang itu, disuruh keluar dari masjid. Setelah keluar masjid, dikuncinya pintu masjid. Lalu saya ingin tidur di birai masjid." Ketika sudah berbaring di birai masjid Penjaganya datang lagi, marah-marah kepada Imam Ahmad. "Kamu nak apa lagi syaikh?". Kata penjaga itu. Sya nak tidur, saya "musafir", kata Imam Ahmad. Lalu penjaga masjid berkata: "Di dalam masjid tidak boleh, di birai masjid juga gak boleh." Imam Ahmad diusir. Imam Ahmad bercerita, "Saya diusir sampai jalanan." Di samping masjid ada penjual roti (rumah kecil sekaligus untuk membuat & menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat adunan, sambil melihat kejadian Imam Ahmad diusir oleh penjaga masjid tadi. Ketika Imam Ahmad sampai di jalanan, penjual roti itu memanggil dari jauh; "Mari syaikh, anda boleh menginap di tempat saya, saya punya tempat, meski pun kecil." Kata Imam Ahmad, "Baik". Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk di belakang penjual roti yg sedang membuat roti (dengan tetap tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya bilang sebagai musafir). Penjual roti ini punya perilaku baik dan memuliakan tetamu. Kalau Imam Ahmad mengajak bersembang, pasti dijawabnya. Kalau tidak, dia terus membuat adunan roti sambil *(terus-menerus)* sambil melafazkan *ISTIGHFAR.* _"Astaghfirullah"_ Saat meletakkan garam, _astaghfirullah_, memecah telur, _astaghfirullah_ , mencampur gandum _astaghfirullah_. Dia senantiasa mengucapkan _istighfar_. Sebuah kebiasaan mulia. Imam Ahmad terus memerhatiknnya. Lalu Imam Ahmad bertanya, _"Sudah berapa lama kamu lakukan ini?"_ Orang itu menjawab; "Sudah lama sekali syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya lakukan." Imam Ahmad bertanya; "Apa hasil dari perbuatan mu ini?" Orang itu menjawab: "(lantaran wasilah Istighfar) Tidak ada hajat / keinginan yg saya minta, kecuali PASTI dikabulkan Allah. Semua yg saya minta ya Allah... pasti saya akan dapat" Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda; "Siapa yg menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yg tidak disangka-sangkanya." Lalu orang itu melanjutkan, "Semua dikabulkan Allah kecuali satu, masih satu yg belum Allah beri." Imam Ahmad penasaran lantas bertanya; "Apa itu?" Kata orang itu; "Saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad." Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir, *"Allahu Akbar..!!!* Allah telah mendatangkan saya jauh dari Bagdad pergi ke Bashrah dan bahkan - sampai diusir oleh penjaga masjid - Sampai ke jalanan, ternyata karena ISTIGHFAR MU. Penjual roti itu terkejut dan memuji Allah lantas mencium tangan imam Ahmad.
via Blogger http://bit.ly/2G8JoUo
0 notes
rlongnuar · 5 years
Text
Alhamdulillah selamat sampai.
from Facebook via IFTTT 2019-02-01T19:57:54.000Z
0 notes
rlongnuar · 5 years
Photo
Tumblr media
Malam tadi kau buat hal kat hiway. Hari ni kena hantar jumpa Dr. via Facebook http://bit.ly/2HFIlwR
0 notes
rlongnuar · 5 years
Photo
Tumblr media
via Facebook http://bit.ly/2MoHVts
0 notes
rlongnuar · 5 years
Photo
Tumblr media
via Facebook http://bit.ly/2sI7g8l
0 notes