Tumgik
labyrinth-thoughts · 4 years
Photo
Tumblr media
LUAS RAHMAT TUHAN JANGAN DISEMPITKAN
“Aku tak sangka perempuan nampak baik macam dia rupanya penzina.” “Mesti dia pakai tudung labuh macam tu sebab nak tutup kesalahan dan aib dia. Siapa sangka, pernah terlanjur rupanya.” “Harap je pandai ngaji, solat jaga, tutup aurat, tapi sayang.. Pernah berzina.” “Penzina macam dia tak layak dapat orang baik-baik, dia layak dapat orang yang sama macam dia.”
Begitulah lemparan kata-kata yang bukan sekadar meninggalkan kesan yang dalam, Malah juga menutup rahmat Tuhan buat si pendosa yang disangkakan luas selama ini oleh mereka.
Siapa tahu, Penzina itulah yang malam-malamnya penuh dengan hiba dan penyesalan, Malam-malamnya yang penuh dengan esak tangis merintih rahmat dan pengampunnya sifat Tuhan, Mereka yang setiap hari meratapi akan dosa yang telah mereka lakukan, Dan siapa tahu berapa lama masa dan peluang yang mereka ambil untuk maafkan diri mereka sendiri, Dan untuk menerima suratan takdir dengan hati yang lapang dan redha.
Tapi kita, Kita manusia penuh hina dina, Asal kita tidak berzina, syirik mahupun melakukan dosa-dosa besar yang lain, Kita sangka kita hamba paling baik dan tidak pernah berdosa, Lalu kita menilai baik buruk si pendosa, Dengan neraca yang langsung tidak ada keadilan padanya.
Kau tahu, Ada antara mereka yang Tuhan sengaja singkapkan dosanya pada kita, Bukan Tuhan mahu kita menjatuhkan hukuman buat mereka, Tapi untuk kita mendengar, Sekaligus membantu membebaskan diri mereka dari sekian dosa, Entah selama ini hidup mereka diselubungi rasa bersalah pada Tuhan, Buatkan setiap helaan nafas terasa berat dan beban di bahu semakin menekan.
Kau tahu sebenarnya, Mereka sudah lama ingin kembali padaNya, Yang kita tidak tahu betapa perit dan seksanya jiwa menanggung dosa sebesar itu, Lalu mengapa kita masih memilih untuk menjatuhkan, Sedangkan jika mereka diberi hidayah disebabkan oleh kita, Itu lebih baik dari dunia dan seisinya.
Dan kita sering kali tidak sedar, Betapa Tuhan sebenarnya mengajarkan, Betapa Tuhan sayang dan mahukan kita kembali padaNya, Dia memberikan kita masa silam, Bukan untuk diratapi namun untuk kita jadi lebih baik dari semalam.
****************** “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).” 3:135
“Some have found God in the depth of their sins.”
8 notes · View notes
labyrinth-thoughts · 7 years

"Some have found God in the depth of their sins."
8 notes · View notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Quote
Ku perhati ahli ibadah, ia lelah dan menangis, tapi nikmat dan ketenangannya tak pernah habis. Lalu kuperhatikan diriku sendiri, berburu senang dalam dosa, mencari tawa dalam sia tapi pedih dan gelisah yang terasa.
Salim A. Fillah
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Quote
Tuhan, jagakan dia...
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Text
Ada langkah yang takkan mati, Walau kau sangka aku berhenti. Meski aku diam menyepi, Aku tetap kan menanti.
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Quote
I told Allah about you and i cried.
Cik Gula Pasir’s tweet (via alfaroqiah)
Everytime 😢
3K notes · View notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Quote
Jangan risau, aku setia. Dengan izinNya, aku takkan berubah. Serious, jangan risau! ❤️
Izzah (via alfaroqiah)
99 notes · View notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Quote
Syarat Sebenar Ketika kita memutuskan untuk menghabiskan waktu yang ada dengan seseorang, bukanlah cinta yang menjadi syarat utama. Kerana bukan setiap masa kita akan membutuhkan pasangan kita. Ada waktunya kita akui, kita ingin masa bersendiri. Jadi, apakah syarat utama untuk memastikan kita tetap utuh bersama? Itulah komitmen dan setia. Kerana itu, ketika datang seorang lelaki kepada S.Umar Al-Khattab dengan membawa hajatnya untuk menceraikan isterinya setelah dia mengatakan dia sudah tiada cinta pada isterinya, lalu tanya S.Umar: "Apakah pernikahan itu hanya dibina atas dasar cinta? Ke manakah perginya tanggungjawab dan kemuliaan diri?" *** Saya bukan yang sebetulnya untuk mengekspresikan hal ini, namun terkadang datang kesedihan yang teramat dalam apabila ramai yang menterjemahkan pernikahan itu adalah untuk 'menghalalkan yang haram' semata. Sedangkan di hujung pernikahan itu kita ingin menjadi hamba yang lebih dekat dengan Tuhan. Namun, jika yang kita undang melalui pernikahan itu hanyalah kemurkaan Tuhan, sebenarnya itu adalah kesilapan. Kesilapan kerana kita tidak berpeluang untuk mengenali kesucian dalam sebuah pernikahan.
Kak Nadhirah Alias
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Quote
Selalu orang kata, Biar masa pulihkan segalanya, Tapi jarang sekali yang bicara, Tuhan saja yang punya kuasa, Memulihkan segala luka, Meleraikan gundah gulana, Meluaskan kesempitan jiwa, Menyurutkan gusarnya hidup, Dan mendamaikan rasa pedih sengsara.
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Text
...
Siapa sangka, Di saat kita sedang berjalan laju tanpa menoleh ke belakang, Entah tiba-tiba, Langkah kita terhenti, Dan kita kembali mengingati. Lalu bersama setiap ingatan itu, Sesalan dan kesalahan terus menghantui, Air mata juga laju menuruni, Seakan sama seperti lebatnya hujan pada waktu ini. Aku berharap, Tuhan berikan kau kebahagiaan, Bahagia yang tidak pernah kau rasakan sepanjang lewat hidupmu, Semoga Dia sentiasa menjagamu, Lantaran aku tidak mampu. Cuma aku impi satu masa, Semoga Dia angkat kesedihan ini, Yang aku pikir takkan pudar sampai bila-bila.
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Text
Kapasiti bersama limitasi
Pernah ku jumpa orang yang workloadnya terlalu banyak dalam satu masa, hinggakan tak sempat nak makan walaupun makanan sudah pun dibeli awal-awal. Apabila ditanya, "Akak, akak taknak makan ke?" Jawabnya ringkas, "Takpelah awak makan la makanan ni, akak dah kenyang dengan gerak kerja." Last-last, kita yang kena paksa dan suap dia untuk makan walaupun sedikit. Ada yang pernah ku jumpa, beban jawatan dan tanggungjawab membelenggu di keliling lehernya, namun insan itu seorang yang berjiwa besar, malah senyuman tidak pernah lekang dibibirnya, seakan tiada satu pun keresahan yang bersarang di lubuk hatinya. Rasa bukan posisi diri ini untuk mengeluh dan mengadu dengan bebanan kerja yang kurang berbanding yang lain, ditambah dengan faktor desakan yang datang dari sekeliling umumnya, namun tidak dinafikan setiap manusia itu berbeza kapasiti dan limitasinya untuk menguruskan sesuatu perkara. Tinggikan kebergantungan kepadaNya, moga dianugerahkan keikhlasan dan rasa kemanisan menunaikan setiap tanggungjawab yang diamanahkan. Kerana sungguh, tiada daya dan kekuatan melainkan denganNya. ‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ #MembinaGenerasiKemenangan #jadipejuangjiwakenabesar #nangiskalahorangbercinta
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Quote
Iman yang teguh apabila singgah di hati boleh seimbang dengan bukit. Orang yang memiliki iman yang jitu dan keyakinan yang teguh ini melihat kepenatan dunia walau banyak mana sekalipun, betapa besar dan bertalu-talu datangnya -namun di samping keimanannya ia melihat- perkara-perkara itu tak ubah bagaikan kiambang yang dibawa arus air bah yang mengalir deras datang untuk memecahkan tembok yang teguh dan kubu yang kuat. Oleh itu dia tidak mempedulikan sedikitpun kesusahan-kesusahan yang dialaminya apabila berhadapan dengan kemanisan iman yang dirasainya.
Raheeq Makhtum
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Text
Aku...
Aku ada banyak benda yang tak terluahkan. Ada seribu satu rasa yang aku simpan dalam-dalam sampai ianya menyesakkan. Ada senyuman yang aku ikhlaskan, untuk sembunyikan keperitan. Ada waktu aku lemah, aku tetap memanjat doa pohon kekuatan. Aku penat, namun aku terus berlari di sepanjang jalan. Aku rapuh, meraba-raba dalam kegelapan, mencari bahu untuk sandaran. Aku menangis, untuk tersenyum di hari kemudian. Aku sakit diamah kesengsaraan, untuk aku terus melangkah demi menghadapi hari penyesalan. Aku rindu, aku tetap sabar pendam perasaan. Aku yang kau tinggalkan sendirian, siapa tahu untuk bersama di hari yang tiada pengakhiran? Aku diuji dengan kesedihan, untuk aku tak putus memohon keampunan. "Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata, dan Allah pula amat belas kasihan pada hamba-hambaNya." (2:207)
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Text
Aku, Ingin sekali hidup di syurga, Di mana tiada satu pun kemungkaran didalamnya, Yang dimana kejahatan di dunia fana, Membuatkan aku semakin lari jauh dariNya. Aku, Ingin sekali berdiri sama tinggi duduk sama rendah, Bergandingan bersama bidadari bermata indah, Yang tiada lesu menghilangkan pemiliknya dari rasa gundah, Dan terus menjadi impian para mujahid di jalan dakwah. ...
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Text
Berhenti bermimpi
Kerana saya tahu, cubalah saya bermimpi untuk terbang seperti burung-burung riang gembira di awanan, begitulah saya ibaratkan betapa saya tidak akan dapat merasakannya lagi. Tapi sudah, sudahlah. Yang pergi, pergilah. Beban ini bukanlah seberat batu terbesar dan terberat di muka bumi ini sehingga beban sedihnya terpaksa dibawa seumur hidup di bahu saya kerana saya tahu di saat Guy kehilangan ibu bapanya (movie The Croods), nasihat terakhir ibu bapanya kepadanya ialah, "Don't hide, live. You'll make it till tomorrow. You'll make it to the light." Terima kasih. Dan sungguhlah betapa saya rindu saat kita mengira kapal terbang di langit yang hitam dan kelam, maka izinkan saya terbang, mengejar cahaya itu. shine my way!
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Photo
Tumblr media
#alhamdulillah
0 notes
labyrinth-thoughts · 7 years
Photo
Tumblr media
I fall in love with the beach more than I have ever loved you.
Setiap kali datang pantai, setiap kali tu rasa macam kali pertama datang. Hebatnya penangan cinta, memberikan rasa yang tidak pernah puas.
0 notes