Tumgik
coffeebooktaken · 13 days
Text
When am truly sad and I would come back here.
It’s okay to sacrifice whatever it takes, but feeling unappreciated by your loved ones is something different.
I tried my best to suppress my feelings bcoz I know it was not worthy to have a fight. Not worth for my kids to hear and see what they are not supposed to.
Our home is too small to have a fight. And yet, how big should our heart be to let the rage or sadness go?
And my workplace is the first place I hate to be. I believe I can fix and do better but I just hate how many times I told myself ‘it’s okay’ and ‘it’s okay’ when I have had it enough.
0 notes
coffeebooktaken · 2 months
Text
Tumblr media
:)
0 notes
coffeebooktaken · 6 months
Text
Perkara yg aku sangat bersyukur dan bermakna buat aku sekarang ini:
Emotional check by husband. Kadang2 dia telefon/mesej tanya aku ok ke tak.
Dan sebelum tidur malam dia datang ucap terima kasih dan beri ciuman.
Atau sebelum pergi kerja, dia peluk dan ucap terima kasih sekali lagi.
Kata-kata semangat yg dia ungkapkan, meskipun aku tahu kadang2 untuk dirinya sendiri juga.
Semoga Allah memberkati penat lelah kita bersama. Membesarkan anak2 ni amanah kita. Kecundang entah berapa kali kena bangun kembali. Terima kasih ya Allah, berikan aku pasangan yg saling menguatkan. Terima kasih untuk nikmat yg Engkau berikan: wang, makanan, tempat tinggal, anak2 yg sihat, wlpn masa dan tenaga banyak yg terkorban. Susah sekarang, senang kemudian.
Jadikanlah aku dan suami hamba yg bersyukur. Amiin.
0 notes
coffeebooktaken · 9 months
Text
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Saying goodbye to my old school. Even this school has too many stories and controversies, but still the ukhuwwah made with some friends is precious. And here, I am getting used to the reality life-job as a teacher.
Too many things I learnt. I am so grateful with everything I went through here. AATS will be one of greatest memories to be told.
Now, I need to do better. Try to learn and adapt better. Achieve higher goals for myself learning. Inshaallah, this will be my permanant job, my carrier as Guru Tahfiz. Amiin!
0 notes
coffeebooktaken · 10 months
Text
Tumblr media
Ternyata, ujian yg kusangka sudah berakhir datang lagi.
Bagus betul anak kedua ni, melatih mama abah utk banyak bersabar.
Semoga anak kedua ni pun jenis yg banyak bersabar, bijak, dan berbudi perwatakannya.
Adik kerap nak check in hotel labour room ni kenapa?😂 Simulasi sekali cukup lah dikkkkk!
Mengandungkan Asma’ tidak banyak karenah. Tp kita pula mengalami depresi postpartum selepas itu. Dan cabaran membesarkan Asma’ ialah membesarkan Asma’ hahaha
First time parents, never expected the first born will consume all your time and energy. Emotion ups and downs. Seriously, like heyyyy!
But then, things are getting better. Asma’ characters are blooming beautifully. Ceria, senang terhibur, banyak bercakap, manja, pandai mengekspresikan perasaan dgn kata-kata.
Asma’ adalah perwatakan abah dia masa kecil dan perwatakan mama dia masa dewasa.
Wondering, how will our second child would be. Is she a cool person that her own mama will admire? Hahaha because mama admired abah’s coolness too 😎
Adik, sabar tau dik. Mama kasi diskaun, bertahanlah 2 minggu saja lg dik. Lepas tu kita check in lg labour room ni dgn senang hati. Mama bersyukur, sebab akhir2 trimister ni Allah banyak ingatkan mama utk bergantung pd Dia. Allah banyak tegur mama dgn sakit2 ni yg sememangnya tak terbanding dgn dosa2 mama. Mama rasa ibadah tu berat, Allah kasi mama kepayahan melaksanakan ibadah dgn ujian yg lbh berat supaya mama bersyukur melaksanakan ibadah ketika mama sihat.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Semoga Allah menjaga mama, abah, Asma’, dan adik Raihana.
1 note · View note
coffeebooktaken · 10 months
Text
Tahu Cara Bergaduh
Pesan bro Hasrizal yg memberi bekas kpd diri saya ialah kita orang dewasa kena tahu cara bergaduh yg betul.
Bermasam muka, menunding jari, menyindir, tidak bertegur sapa, atau mengelak perbincangan/membisu, bukan cara komunikasi yg baik dalam bergaduh.
Bergaduh boleh, tapi mesti bercakap dan berbincang. Rasional dan berobjektif. Semua ini tidak mudah melainkan dgn mendisiplinkan diri sendiri.
Beberapa kali, dgn pasangan atau org yg kita rapat/sayang, kita mudah kecundang sebab kita tidak kekok menunjukkan bhgn diri kita yg ‘kebudakan’. Sedangkan, mereka itu lbh memerlukan diri kita yg matang utk menyelesaikan sesuatu konflik/masalah.
Hubungan kita sesama manusia ada manis dan pahit. Jika pahit saja, kita gelar itu toksik. Tetapi, kalau hanya manis shj tidak ada pahit, adakah hubungan itu okey?
1 note · View note
coffeebooktaken · 10 months
Text
Cahaya Mata yang Ke-2
Kehamilan yang kedua ini banyak betul cerita-ceritanya. Ia dimulai dengan rasa syukur yang sangat tinggi kepada Allah kerana Dia telah membuka dan melembutkan hati si suami untuk menambah seorang lagi. Tiba-tiba, suatu hari, si suami memikirkan usiaku yang semakin bertambah dan risau jika ingin hamil ketika usia sudah lewat. Alhamdulillah, kami berdua akhirnya bersetuju untuk menambah seorang lagi ahli keluarga, yeay!
Gembira memang bukan kepalang, 3-4 hari lewat datang bulan, aku terus buat ujian kehamilan di rumah dan hasilnya positif. Dalam hal ini, aku kena banyak bersyukur kepada Allah sebab aku dikurniakan rahim yang mudah mendapat zuriat kerana tidak semua orang begitu. Selama aku bekerja, hampir separuh kenalan kawan perempuan aku yg sudah berkahwin 4-5 tahun belum lagi berjaya mendapat seorang zuriat. Rezeki bukan sahaja pada anak tetapi aku kena bersyukur dan sentiasa ingat amanah yg Allah beri pada aku dan suami.
Setiap kehamilan lain-lain, bukan? Yup, kehamilan kedua ni adalah pertama kali aku merasakan loya pagi, loya setiap kali memberus gigi, gastrik yg teruk kerana perut mudah masuk angin, di samping tidak lalu makan. Aku beli snek kemain banyak, akhirnya buat sedeqah saja di pejabat. Tapi, ada satu makanan yg forever-tempting buat aku: SAMYANG! Hihihihi. Juga tak pasal-pasal awal trimester tu aku belasah minum saja jus nanas sampai kawan-kawan menjeling-jeling perhati.
Ujiannya bukan sampai situ sahaja. Pada 6 bulan kehamilan, berlaku pendarahan. Ketika itu agak risau tentang keguguran tp alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dengan doktor di Pusrawi, aku disahkan positif GBS. Mulanya aku sangka ini perkara kecil tetapi ada risiko yg menunggu. Terlampau banyak rupanya aku perlu belajar.
Pada kehamilan 31 minggu, aku mengalami kontraksi yang semakin tetap dan dan kuat sakitnya. Alamak! Bungkuslah segala baju dalam beg, siap-siap nak bersalin di Pusrawi. Ambil CTG di sana, kontraksi sudah 3 in 10. Pada masa itu agak kalut sebab aku juga positif test air ketuban bermakna air ketuban aku sudah pecah. Pusrawi terpaksa rujuk aku ke Hospital Kuala Lumpur sebab di Pusrawi tiada pakar neonatologi jika bayi lahir awal dari 35 minggu.
Bermusafirlah dikau ke HKL. Sampai saja di sana, tudddiiiaaaaaaa! Masa menunggu katil lebih dari 48 jam! Kami berdua mula buat pertimbangan untuk cuba Hospital Selayang. Lagi pula jam sudah lebih dari pukul 11 malam, Asma' pun sudah penat dan ngantuk. Kami pun bergegas ke Hospital Selayang dan berurusan di sana sehingga berjaya pendaftaran masuk wad.
Dan hmm...rupa-rupanya test air ketuban sebelum itu adalah false-positive. Tapi, aku sudah ada bukaan 1cm. Sementara menunggu ada katil, misi telah suntik ubat mematangkan paru-paru bayi which is SAKIT SANGAT! Mengerang juga aku yang tabah dengan jarum ni.
Kemudian, aku dibawa masuk ke bilik bersalin (labour room) kerana bimbang aku akan terberanak malam tu. Yang sedih pada malam itu, aku tak sangka bila aku telah dimasukkan ke dalam bilik bersalin, aku tak boleh jumpa suami dan anak. Asma' yg ketiduran di dalam kereta tak tahu apa-apa yg esoknya dia bakal berpisah dengan mama dia selama 5 hari.
Mujur adik-adik ipar membantu menjaga Asma' supaya suami boleh datang melawat. Rawatan aku selama di bilik bersalin itu tidaklah best dan sakitnya tidak dijangka. Oleh kerana rawatan mag-su itu perlu untuk mengelakkan bayi menghadapi cerebral palsy, tiub kencing perlu dimasukkan untuk pemantauan air kencing. It was hurtful, very painful, to the core, seriously. But it lasted for 6 hours so after that, the tiub was taken out and here comes another nightmare, setiap kali nak kencing tulah kau rasa sakit sehingga 2-3 hari. Aku trauma sampai aku kena gagahkan diri aku kalau ianya berlaku lagi waktu nak bersalin nanti.
Apa yang doktor dan misi di hospital cuba buat adalah untuk perlahankan kontraksi aku dan cuba hentikan selama mana yang boleh supaya bayi ada masa untuk mencapai kelahiran matang. Hari ketiga di bilik bersalin, aku dibenarkan keluar TAPI keluar ke wad bersalin saja untuk tujuan pemantauan pula selama 2 hari.
Pada hari-hari itulah air mata aku mengalir kerana mendengar berita Asma' di rumah Maklangnya tiba-tiba meluahkan kata-kata dia sedih dan dia rindu mama. Kemudian, di sekolah pula dia yang tidak pernah menangis, menangis juga sebab dia sedih dan rindu mama. Pengorbanan awal Asma' sebagai seorang kakak. Namun, aku sebenarnya bersyukur kerana Asma' dapat meluahkan perasaannya dengan beritahu orang lain apa yang dia rasa. Sangat matang.
Seperkara lagi yang aku ambil perhatian juga adalah pengorbanan suami. Biasanya kita akan mengakui pengorbanan dan penat lelah si isteri. Tetapi aku merasakan yang mengorbankan banyak tenaga dan masa pada waktu ini adalah suami. Ketika dia tak cukup tidur, tidak ada masa untuk memikirkan perasaan sendiri, tidak boleh meluahkan rasa penat dan perlu jaga anak seorang diri. Dan kalau dia perlu hadir bekerja, dia kena berlagak macam semua berada di dalam kawalan.
Isteri memang penat melawan sakit rawatan di hospital, tetapi ada juga misi-misi dan doktor tolong tengokkan. Bila suami dan mak ayah datang melawat, kita boleh meluahkan apa yang kita rasa dan kalau hang bersosial sikit, boleh berkawan dengan kawan-kawan ibu di wad.
Setelah keluar dari hospital pun, aku sering merasa takut setiap kali perut mula mengeras. Aku jadi bimbang kalau-kalau aku akan bersalin sebelum bayi cukup bulan. Suami aku perasan dengan kebimbangan melampau aku ini sehingga satu malam tu, suami menasihati aku supaya jadilah diri aku semula. Buat seperti biasa saja sebab kalau Allah nak takdirkan sesuatu berlaku, aku ada suami, anak, adik beradik dan mama abah untuk bantu. Aku tak perlu risau tentang sesuatu perkara yang tidak pasti.
Sebulan lagi, inshaallah, aku akan masuk ke hospital semula. Dan ketika itu aku berdoa dan berharap kepada Allah untuk memudahkan urusan kami sekeluarga. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran buat hati dan jiwa kami untuk melahirkan anak yang ke-2 ini. Sebab, tiada lagi yang dapat membantu dan memahami kesukaran yang pernah kami alami melainkan Dia. Allah sajalah tempat kami berharap untuk segala-galanya.
5 notes · View notes